seorang tailor kesukaan = arwah andak daku. (adik kepada abah) dia mengidap sakit malignant brain tumor. arwah kerap mengalami sakit kepala, dan mengambil jalan mudah dengan hanya menelan pain killer. penyakit tu mula dikesan selepas syawal 1426, dalam masa hanya 3 bulan selepas itu, sempat berumah di hospital putrajaya, kemudian ditempatkan di wad neurologi HKL, dibotakkan kepalanya, dipotong tempurung kepalanya dan meninggal dunia di situ.
2nd of march 2006, 7.30 pm.
*2nd of march 2006* adalah hari kelahiran abang daku. abang daku yang ketika kecil diasuh oleh arwah.
*7.30 pm* adalah masa tamatnya abah daku menyudahkan ayat terakhir surah yaasin yang memang dibacakan untuk arwah sebelum menerima panggilan dari hospital memberitahu arwah sudah meninggal dunia.
*7.30 pm* adalah masa sesudah daku memanjatkan doa selesai maghrib. daku berdoa; semoga perjalanan arwah menghadap-Mu ya Allah, dipermudahkan. dan pertama kalinya daku menyuarakan, daku halalkan segala makan dan minum arwah, dan daku relakan nyawanya dipulangkan semula kepada-Mu ya Allah, jika itu lebih baik daripada melihat arwah terkujur kaku di katil wad.
*3rd of february 1963* adalah hari lahir arwah. 0302 dan arwah pergi pada 0203. figura dan kebetulan.
~~~~
daku sempat menjaga arwah semasa dia pertama kali dimasukkan ke hospital putrajaya.
hanya satu malam. dan satu malam itu, sebenarnya hati daku sudah terdetik bahawa arwah akan pergi dalam masa yang terdekat. jujur daku katakan, kerana sepanjang malam tu, daku memerhatikan arwah banyak menuturkan perkara yang tak sepatutnya. bila sakit kepalanya menyerang, dia berkali - kali tanya;
..ayah (arwah atuk) mana?..dan dia, kerap mengulangkan cerita lama. tentang cita - cita daku melanjutkan pelajaran ke swinburne-australia terkubur akibat kegawatan kewangan keluarga. arwah bersungguh - sungguh kata, mahu jualkan rumahnya untuk menampung perbelanjaan ke sana. ah.
saat itu lah, daku menyuruh arwah berehat saja, tak perlu banyak berfikir, nanti sakit kepalanya akan menyerang. doktor pesan jangan bagi arwah banyak 'berfikir'. makin banyak difikirkannya makin sakit akan dirasakannya. bila sakit menyerang daku mengurut kepalanya, perlahan, sambil berselawat. daku tahu itu tak membantu, cuma ransangan sentuhan mungkin boleh mengurangkan sakitnya ketika itu. setelah arwah terlena, daku terasa sangat sayu melihatnya. daku letih, tapi daku tak mahu lelap. daku ketakutan, kalau - kalau Allah ambil nyawa arwah ketika daku tidak sedar.
sebelum daku ke hospital menjaga arwah, daku sempat capai nashkah surah yaasin simpanan daku. perbuatan spontan. dalam kegelapan malam di wad hospital putrajaya, daku bacakan surah yaasin disebelahnya. itu pertama kali daku membacakan yaasin untuk arwah.
arwah mempunyai keluarga yang boleh dikatakan tidak sempurna. maaf. daku berterus terang di sini, daku TIDAK PERNAH HORMATKAN SUAMI arwah. kerana; (bukan mahu mengaibkan) lelaki itu adalah bangsa yang tidak menghormati insan yang bergelar isteri, lelaki itu tidak berusaha untuk patuh kepada agamanya. anaknya 3 perempuan. yang pertama, sedang menunggu arwah di pintu syurga. (meninggal beberapa hari setelah lahir, sakit jantung). yang kedua dan yang ketiga, kini membesar bersama dengan lelaki yang daku tak pernah hormat tu. keadaan mereka, memang sangat menyedihkan sekarang, dan daku bersyukur Allah mengambil roh arwah daripada menanggung peritnya hidup sekarang.
setiap kali menyambut aidilfitri, aidiladha, memang terasa hambar. arwah yang daku kenali, seorang yang mempunyai 'kemahiran hidup' yang baik. pandai memasak, pandai menjahit, menghias bunga. arwah sekeluarga menyewa rumah berdekatan dengan rumah keluarga daku. bila ada resepi masakan baru yang dicubanya, pasti kami (daku dan kakakku selalunya) akan dipelawa ke rumah. arwah merupakan seorang pengusaha taska. kadangkala daku dan kakakku diminta menolong menjaga anak - anak di taska.
~~~~
abah bertanyakan sama ada daku mahu mengikutnya untuk membawa pulang jenazah arwah ke rumah. daku tak punya kekuatan. daku hanya memilih untuk tunggu sahaja di rumah.
dan saat tibanya jenazah arwah di rumah, daku terus menangis bila mendengar abah memberi salam, sayu, kepada orang - orang di rumah. jenazah diturunkan dari van, diusung masuk ke rumah daku, semua itu daku perhatikan dari tingkap bilik mak. dan akhirnya, daku memberanikan diri untuk berada berdekatan dengan jenazah. 3 kali surah yaasin sempat ku bacakan untuk arwah. daku sayu melihatkan kakakku yang tidak mempunyai kekuatan untuk melihat lansung jenazah walaupun sehingga dikebumikan. dia memang agak rapat dengan arwah berbanding daku.
dah dua kali rumah daku menerima jenazah, arwah atuk dan arwah andak. dan syukurlah kedua - dua urusan menguruskan jenazah berjalan lancar. ramai yang datang membantu. dan ketika menguruskan jenazah arwah andak, daku terdengar seseorang bersuara;
... nanti, masa nak kebumi, nak taruk bantal daun pandan bawah kepala mayat (arwah). nak kena jahit la sarung bantal tu...yes. kali ini, daku yang jadi 'tailor' untuk arwah. daku tak ingat, sama ada daku sendiri yang menawar diri untuk jahitkan sarung bantal tu atau daku disuruh oleh sesiapa.
tersedu - sedu juga daku menjahitkan sarung bantal untuk arwah. dalam hati mengenangkan, inilah pertama kali daku 'menjahit' pula untuk arwah. daku cuba menjahit sarung bantal itu sebaiknya walau dalam sedu. :(
dan pada jumaat 3rd of march 2006, keesokan harinya, jenazah arwah dikebumikan di tanah perkuburan sungai tangkas, kajang. tempat sama di mana arwah atuk dikebumikan. tika daku bersiap, memilih baju kurung, daku sayu melihat closet. hampir kebanyakan baju kurung dalam closet daku dijahit oleh arwah.
dan pada hari terakhir daku mengiring arwah ke kubur, adalah dengan baju yang dijahitnya.
.alfatihah.
semoga rohnya dicucuri RAHMAT-MU ya Allah
.RINDU:(.