walaupun dah berjaya tinggalkan tempat kerja lama, tapi hati kecil ada la sedikit calar dan risau risau besar untuk beberapa perkara. masa kat office lama, bos dah lah stok stok islamic lifestyle. nak dhuha selamba je pun dia kasi, siap saran kan buat lagi. masa ramadhan lepas, lagi la dia bagi permission suruh tadarus. nak lagi, dia buat kelas tajwid. kau ade?
haii la kat tempat baru ni harap harap dapat istiqamah buat dhuha. berharap. sangat.
tapi tulah. it is about my own survival;
- gaji besar sikit (hopefully sumbernya ditapis cukup halal)
- nak rasa environment baru,
- nak usaha jumpa orang lain baru kat company besar (as if it means saya nak cari jodoh kot kot ada kat tempat kerja baru hihihi)
- to make use degree holder saya tuh
- nak apa tah lagi
tak sampai seminggu je lagi dah nak start duty kat tempat baru.
sepatutnya kena ada rasa nervous, tapi jap, tengah mood malas nak nervous, boleh tak.
nanti colleagues section baru saya, semua abang-gah abang-gah.
nampaknya saya seorang je 'insan yang lemah tak berdaya' T___T
camana nak bincang hal hal gincu ka, cream muka ka, sale sogo ka camana camana
oh! there was really something happening after i get interviewed for the third times.
ye, interview sampai TIGA KALI. bos bos yang interview tu dah siap borak borak santai sebab dah kenal kot. cuma lepas tu, ada lah seorang stranger yang keeps on text-ing me; updating the status of selection progress. mestilah curious tanya siapa kan, even masa tu dah meneka neka mungkin kah bos yang interview sebelah kanan, atau tengah, atau yang kiri.
beliau pulak macam;
"ohh nanti awak masuk kerja awak akan tahu jugak saya siapa."
*dikhuatiri bos, jadi kena la layan sms kan nanti takut la dia kata tak diplomatik pulak kikiki
sms punya sms sampai lah dia begitu baik hati email kan beberapa info untuk persediaan masuk kerja.
identiti dia pun lama lama dah terselak sikit sikit, dan diyakini haruslah dia orang nya!
so
first day, nak cakap camana dengan dia.
oh hai bos. bos ea yang selalu text saya tu kan?
huyyaii.
AWKWARD nyaaaaaaaaaaaaa jemahh
bacaan sendirian berhad; in case Allah tarik balik nikmat mengingat kisah hidup.
Wednesday, August 29, 2012
Friday, August 24, 2012
59. al-hasyr
21.
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
22.
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
23.
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
24.
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
*mengusahakan sesuatu :)
Published with Blogger-droid v2.0.6
Sunday, August 12, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
