bacaan sendirian berhad; in case Allah tarik balik nikmat mengingat kisah hidup.
Saturday, September 29, 2012
agensi
awak, kalau dah berpunya, nanti declare kat saya ke kat siapa siapa dalam office ni ke
eh apasal pulak kena macam tu..?
sebab, kat dalam office ni, ada agensi cari jodoh percuma.
ohh ok... saya.. dah ada yang punyaaaa lahh
terima kasih sebab sabotaj diri sendiri. jawapan poyo sebab malu, gelabah.
kalau cakap terus terang kan senang agensi buat kerja diorang hahaha
Saturday, September 22, 2012
ke-tidak sangka-an
i am now like a dry sponge; i need to absorb all of the moist coming over from all dimensions.
kerja is work. saya tak punya banyak masa nak mengeluh nak mengadu dengan kerja baru ni.semuanya positive :)
saya rasa, kerja akan lebih stress out kan saya kalau bos saya tak berperangai super lucu. seriously, kerja banyak nak approve hari hari, bos pun buat lawak hari hari. office mate saya yang soleh tu pun, boleh jugak masuk raja lawak sama.
we will be deadly serious in a serious time, but a super joker in a joke time. begitulah mereka.
ada waktu santai, office mate saya yang soleh tu, ok fine, marilah namakan dia sebagai en.soleh lepas ni. mudahkan.
ok mula semula.
bila waktu santai, en.soleh dan saya masih melakukan proses ta'aruf sesama kami. sampai, ada SATU cerita yang disampaikan buat saya rasa nak menangis sangat. bukan menangis sedih, TERHARU. TERHARU GILA.
saya, baru je tahun ni istiqamah belajar belajar pakai stokin, belajar belajar pakai baju labuh labuh, belajar belajar pakai baju besar ala ala mengandung haha.
obvious sangat, tahun ni lah semuanya agak istiqamah.
last time, saya pergi job interview untuk vacant di company sekarang ni, saya dah rasa tawar hati dah sebenarnya. sebab TIGA kali kot kena panggil. tapi tulah, setiap benda yang kita tak suka tu, adalah Allah nak bagi hikmah. masa tu saya dress up sempoi je, stokin dah start pakai.
ada 3 orang yang datang interview masa tu, termasuk saya. saya berbeza masa tu, datang interview tak study, tak bawak notes, bawak diri je hahaha. saya agak rendah diri tengok candidate lain, ada sorang tu pergh aweks cun datang pakai baju kurung fashion apa tah. tapi cun lah, make up smooth. saya dah la tepek kat muka bedak baby je haha ada sorang tu pulak lagi, datang bawak beg sekolah. notes gila macam eshhh memang psycho saya lah seketika.
saya orang yang pertama masuk interview. serious, otak kosong (sebenarnya dah cuba study tapi tak ingat ingat haha). berbekalkan doa majikan lama saya je;
' salamun ala sulaiman na fil alaminn '
sebulan lepas tu, alhamdulillah dapat.
ok sambung cerita en.soleh dan saya berta'aruf tu;
sebenarnya, masa awak interview tu bos1 (ada 3 bos yang interview saya), suruh saya pilih yang mana saya nak.
haa? wehh serious? saya tak nampak awak pun masa tu?
saya ada kat tangga masa tu.. awak tak nampak saya..
saya.. sebenarnya pilih awak sebab.. susah saya nak tengok perempuan pakai stokin sekarang..
lepas tu, saya rasa nak keluar je bilik tu, sebab nak nangis semahu mahunya sembah Allah.
Wednesday, September 5, 2012
kehidupan baru sebelum mati :)
fuh bilik saya kat office baru besar dan sangat selesa. saya kongsi bilik dengan kawan sejawatan. alhamdulillah, soleh orang nya.
kalau lah kawan solehah, boleh saya bawa bantal ka selimut ka katil ka buat tempat landing landing masa rehat huhu
ehemm. kalau tu kalam awal hasutan syaitonnnnn!
Published with Blogger-droid v2.0.9
Sunday, September 2, 2012
sorta meat eater!
![]() |
| RUTIN 'DAILY REPORT' DENGAN MY OTHER HALF |
i just do not know what happens on me recently. i ate meat lots especially lamb.
asal dine out, mesti nak makan western, mesti nak makan kambing.
oleh sebab rasa sensation yang melampau, sampaikan nak google the pros of daging kambing and i am gainning THE OH WOW INFO;
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing. *info-click
lepas tu rasa macam;
Subscribe to:
Posts (Atom)

