Saturday, February 28, 2009

alah setakat cinta manusia

sessi bincang dengan rakan, nak convoy ke kenduri kahwin seorang member di Muar 14hb mac ni.



hey wey.. kau ada contact *** tak?
dah lama tak contact, last contact pun last month kalau tak silap

ouhh tu la tu.. sekarang ni dia senyap je.
sejak habis belajar memang aku tak dapat contact dia lansung.

tapi hari tu beriya jugaklah ajak aku gi kenduri kahwin dia dalam tahun ni.
eeaa dia dah putus lah..

serious wey?

ye lahhh..

wey, kan lama diorang bercinta tu.. sejak diploma..
(sekarang dah grad degree)

'abang' dia kan hari tu sambung belajar kat KL, lepas tu jumpa orang lain

ouhh yeeeaaaa?

...


kesian.
kau bercinta lama lama pun, kalau tak da jodoh.. hmm..
baik je kau setia bercinta dengan Allah.
itu ada balasan yang sangat pasti.

dan kepada rakan rakan yang selalu questioning;



eh? dia nak kahwin dahh?
lahh cepatnyaaaa.. dengan siapa ntah tu
dah lah baru kenalll..
dia frust sangat dengan kekasih dia yang lama kut, bercinta lama sangat, tu yang terus kahwin
tu...





kita tak payah lah wondering itu dan ini, membuat spekulasi kononnya kawan tu frust ka apa ka. terlanjur ka apa ka. at least dia sedang bertarung dan membina keberanian nak membina masjid.

bagi daku, tempoh yg lama bercinta tu tak menjamin lansung kebahagian kau di future nanti.
berserah jelah kat Allah.
alah putus cinta dengan manusia je, apa barang??

dari kau putus cinta dengan Allah?
nauzubillah!!

Monday, February 23, 2009

pendek akal

haha. ini semua rentetan cerita dari kursus kahwin tu la.
lecturer kat depan tu tanya;


kalau suami awak kata;
"beramboooss kau dari rumah ni",
* talak kinayah: lafaz talak tak nyata, yang berkehendak kepada niat *

apa yang awak nak buat??

a) keluar dari rumah tu terus (ikut cakap suami tu lah)
b) stay je kat rumah tu lagi.

in the meantime lepas si hubby tu menghalau, dia pergi kerja.

dengan jiwa yang lurus bendul dan daku rasa cukup bagus, daku rise up hand pada jawapan 'a'. dan tak ramai pun yang ikut jejak langkah lurus tu.

kenapa?
SEBAB DAKU NI MEMANG JENIS YANG EMOSI TERIMA REJECTION.
once somebody say NO TO ME, i will take it and just leave.

yang menjadi hal 'pendek akal' di sini, bila lecturer tu sambung, buat ulasan jawapan.

siapa siapa yang jawab 'b' tu, ada back up plan la kiranya.
bila suami tu balik kerja, isteri ni layan la suami, sedia makan la minum la, picit picit la dan saat saat akhir nak mendapatkan kepastian masa dah malam tu, sebelum ehem ehem tu, tanya balik pada suami, adakah dia maksudkan untuk cerai masa dia suruh beramboooss tu.

so, hubby tu, setelah dilayan baik baik takkan la nak say; 'yes, i mean it' kan?


yang mnjawab 'a' tu, memang dah selamat la; pendek akal !

tapi apa natijahnya pada kes yang jawab 'b'?

suami tu, kena tanggung la dosa dia, antara dia dengan Allah la, sebab hukum talak tu dah jatuh sebenarnya.

so, sedia maklum, daku kan ada perangai ala ala ego tak mengaku kalah kadang kadang kan? so, untuk membela diri sendiri di sini;

adalah lebih elok jawapan 'a' bagi daku, sebab daripada menjadikan suami tu rasa serba salah dengan Allah, lebih baik la dia terang terangan, jelas dengan akibat seterusnya. ey faham tak?
yelahkan, kalau isteri tu dah blah, suami mesti fikirkan, apa benda yang dia dah cakap/buat sebelum ni.

kalau betul dia nak teruskan niat cerai, ok, end up kat situ.
kalau dia menyesal, dan betul betul mahukan isteri tu balik, dia tahu kat mana dia halau isteri dia, so cari balik!

perempuan memang sensitif ok.
itu memang tak boleh diubah.
suami kena belajar untuk handle diri sendiri yang nak handle isteri sensitif ni.
macam tu jugak isteri, kena handle diri sendiri untuk handle suami.


so, to becoming husband, ingat ni ok.
daku auto-save tau.

Saturday, February 21, 2009

mencari cari

hari ni dengan esok,
daku pergi KURSUS KAHWIN ok. :)
so elok benarlah entri ni dengan aktiviti weekend ni.
enjoy reading :)

.


Renungkanlah Sedalam-dalamnya.
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.

Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang.

Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.
Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


credit to i.kazuo.
sumber: BERNAMA

Friday, February 20, 2009

abah

the situation:
sitting for test 1; solid waste and hazardous waste management

trettttttt.. trettttttttt.. (as if it means as a vibration sound) :P


.

New Message
[abah.bigboz]

19/02/09 09:01AM
abh nk deposit some money into yr bank. which yu prefer cimb or muamalat? pl reply immediately

. .

[ reply ]

ayt tgh test ni. knapa nak bank in duit? ive enuf money for now

..

..

..

New Message
[abah.bigboz]

19/02/09 10:30AM
abh dh bank in 400 dlm cimb awak.


.





uh?



HAPPY BIRTHDAY ABAH :)
*20th of february 1950*

Friday, February 13, 2009

tension

kes final year project. diskusi santai bersama sama rakan se-makmal :)


K : kawan saya tu lagi la, dia terlampau tension sampai tak buat lab.

T : you tau tak, apa yang buat you tension sebenarnya ialah; YOU TAK BUAT APA APA.

daku : siut. betul la tu! (dalam hati je la)


insaf insaf.

Thursday, February 12, 2009

lembut

daku ni jenis yang ntah aa kenapa ntah jadi macam allergic je tengok spesis lelaki lembut ni. allergic bukan apa, rasa macam; bila dengar spesis tu bersuara, alahai macam nak bagi penumbuk je rasanya.

serious sorry la. memang mereka tak bersalah pun.

dan yang menjadikan satu titik keinsafan di sini, supaya daku akan terus menghormati spesis lelaki lembut adalah;

bila,
selama ni,

TAK PERNAH SEORANG LELAKI 'KASAR' PUN YANG BERSUNGGUH - SUNGGUH BUKAKAN PINTU kereta ka, apa saja la pintu untuk daku,

tapi,

si lelaki lembut yang daku duk allergic dan rasa nak bagi penumbuk tu,
tiba tiba je kan,
BERSUNGGUH - SUNGGUH;
berlari ke arah daku (nak masuk ke sesuatu tempat berpintu) yang penuh barang di tangan
dan kemudian si lembut tu membukakan pintu penuh GENTLE sebelum daku sempat nak tolak pintu guna kaki.
bukan satu je pintu ok, pintu seterusnya pun dia bukakan.
lepas tu dia blah, buat kerja dia semula.

ok. masa tu rasa macam kena sepak je.
benda yang kau kutuk habis habis tu lah yang berbuat baik pada kau.
pergh. insaf!
janji dah tak nak kutuk lelaki lembut sembarangan.

Friday, February 6, 2009

hey eyyy

abang.

berapa kali dah saya cakap, berhenti merokok tu.
saya nak anak!


AKIBAT MEROKOK Apakah kesan-kesan jangka panjang?

  • Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
  • Penyakit Jantung
  • Angin Ahmar / Strok
  • Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
  • Penyakit mulut dan gusi
  • Ulser (perut, peptic)
  • Osteoporosis
  • Kemandulan (tidak boleh hamil)
  • Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
  • Mati pucuk awWW!

.click untuk ketahui lain lain kesan


:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...