Monday, December 12, 2011

penang-kedah 2011 (membiasakan diri habiskan masa di negara negara utara)



cuti cuti malaysia lagi lah saya dihujung tahun 2011.
wedding, shopping, fishing dan yang paling epic adalah, meng-hiking-kan diri kat Penang National Park, Teluk Bahang.


S U B H A N A L L A H






anda pernah dengar kan lagu selena gomez; ah ahlike you like a love song bebey tu kan?
nak nyanyi kat kekasih jugak, tapi nak tukar jadi;


ah ahlike you like a hiking trip bebey.


bersusah payah menyusur denai, tersangkut kat akar kayu la apa la, dan kemudian dapat tengok teluk yang warghhhhhh so much make my eyes teary.



i love how the feeling of hiking teach me how to be fully patience before reach the bay. 
and i,  hope i will love and be loved on way like that.

Friday, December 2, 2011

jangan risau, everyone shall taste death

rasanya malam ni semua kaki blog, kaki twitter kaki internet segala sibuk update tentang pemergian zarith nadira binti zarina


apa yang paling syahdu mengenangkan kematian kepada individu lain ni, 
sebenarnya bukan pada keseluruhan perjalanan hidup si mati, 
tapi,
pada saat yang sama-bayangan hadapi kematian kita sendiri pulak nanti.




innalillahi wa 'inna lillahi rojiun. 
walausiapa pun anda, selamat pulang menemui Pencipta wahai zarith nadira.

Thursday, December 1, 2011

marah yang menyesatkan -monolog membuang masa

menjaga hati dan perasaan kesayangan anda 
adalah lebih bermakna setelah berkahwin.
sebab Allah bagi pahala.

menjaga hati dan perasaan kesayangan yang belum pasti menjadi pasangan anda yang sah, adalah sangat menyampahkan (boleh tak cipta perkataan sedemikian?).
dah la tak dapat pahala berganda pun.

belajar belajar minta maaf boleh?
sebab minta maaf tu is a sign of maturity
sebab minta maaf tu is not a sign of weakness

tolonglah jangan buat benda jadi lebih susah boleh tak?
tolonglah jumpa blog ni boleh tak?
tolonglah jangan bazir masa yang tinggal ni boleh tak?
tolonglah jangan paksa saya larikan diri sampai sesat dalam marah


sebab?
sebab saya seorang PEMALAS, yang malas 'nak mulakan semula'.

Saturday, October 29, 2011

1st stranger on 2011

berfoya foya dengan stranger adalah bukan perkara mulia.



bosan kot kadang kadang. 'terpaksa' chat dengan stranger. 

ok tipu terpaksa.
haha

Tuesday, October 25, 2011

surat kepada

penyerahan surat oleh saya kepada yang berkenaan ahhoiiii


Menteri berkenaan,


saya sedang merancang berkahwin.  setelah berkahwin, kami merancang untuk melahirkan zuriat. saya dan bakal suami saya adalah daripada golongan yang biasa biasa sahaja. mungkin tidak berapa berkemampuan mendapatkan rawatan lanjut sepanjang tempoh hamil di hospital swasta islamik yang selalunya berkos tinggi. 


bolehkan tuan/puan berikan jaminan, atau menggubal dasar, atau menjalankan perlaksanaan supaya segala urusan kami di hospital kerajaan nanti diuruskan dengan individu yang sepatutnya seperti doktor muslim, muslimah dan tidak sesukahati menjadikan kami sebagai subjek (bahan tontonan) dalam kajian para pelajar medik membuat rujukan kes tertentu seperti yang telah berlaku sebelum ini.


 ini kerana saya perlu prihatin dengan kewajipan saya sebagai seorang muslim terutama dalam penjagaan aurat saya.


saya percaya, menteri menteri di negara Islam juga jelas dan prihatin dengan masalah ini.




cc. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di negara ISLAM.


untuk rujukan

Sunday, October 23, 2011

korbankan kesayangan

salah satu obsession daku pada zaman 2011 adalah DUIT, 
YES U ARE; MONEY.
duk kumpul kumpul membukit lepas tu tah macam tak ada nafsu nak belanja, 
bangang punya kerja.


so,
bila dah dikurniakan Allah rezki yang melimpah ruah tak putus putus, ditampar pulak dengan SUARA SUARA MENYERU atas kewajipan melaksanakan ibadah qurban.


oh ye. raya haji nak dekat dah. sekian pengumuman.
(jangan gaduh laki bini rebut balik kampung ok)


tahun ni adalah tahun pertama nak buat qurban atas satu bahagian nama sendiri. setahun satu bahagian sampai cukup 7 bahagian, boleh? hehe


Dipetik daripada Kitab Sabilal Muhtadin bahawa Nabi Muhammad bersabda bermaksud: 


“Perbesarkanlah korban kamu, kerana ia menjadi tungganganmu di atas titian siratulmustakim pada hari kiamat nanti."



InsyaAllah, qurban ni akan berlansung di Kemboja.

Wednesday, September 7, 2011

nama saya materialistik

ye saya.
kesedaran pertama yang datang sendiri tak perlu ada orang tampar, goyang-goyang bahu;

SEMAKIN BANYAK SAYA MENGUMPUL HARTA DUNIAWI,
SEMAKIN KURANG SELERA NAK BERKOMUNIKASI SECARA 'TRADISIONAL' DENGAN MANUSIA SEKELILING.

okay, sekarang, terangkan apa kaitan tajuk entry dengan tulisan 'caps lock' di atas.
tak ada kaitan kan?
dah agak dah.


Wednesday, August 24, 2011

meeting. serious.

woh. 
pernah tak anda punya slot meeting dengan majikan, 
sepatutnya, sepatutnya, 
sepatutnya serious bincang pasal progress company, 
tiba-tiba,
tiba-tiba,


bos anda rancak borak pasal 
WAHABI, 
PEMUDA KAHFI
ect. berkaitan ?


lepas tu anda blur. sebab kurang bersifat astro (tak menyerlah sangat dalam conversation).






CIS. bye. nak google.

Saturday, August 20, 2011

10 malam terakhir BERMULA SEKARANG

daku kira musibah musibah yang melanda telah melunturkan sikit semangat menghadapi 10 malam terakhir ramadhan. benci gila perasaan kecewa ni dah ibarat annoying dengan lalat yang terbang main main depan makanan berbuka puasa.

HANYA ALLAH YANG TAHU,
HANYA ALLAH YANG BERHAK TENTUKAN,
APA YANG TERBAIK UNTUK SETIAP HAMBANYA.

daku (belajar belajar) redha.
urmmmmm kalau menangis time bulan puasa ni, puasa batal tak?
nak google. bye.

Friday, July 15, 2011

udnir terlabik sudah

" kalau lah kedah ke bangi tu 5 minit je boleh sampai... "



ai malu siput siput. damnn

Sunday, July 10, 2011

Saturday, June 4, 2011

doa dua hala

perlu diingat, daku sebagai pe-merapu dalam blog kepunyaan sendiri ini masih menagih maksud maksud dan ilmu ilmu akhirat. jadi kata spontan yang agak tidak berkiblatkan iman, adalah tidak disengajakan.

kenapa nak title doa dua hala.

sebab, baru baru ni, daku rasa superkecewa. BUKAN DENGAN KETENTUAN ALLAH. tapi dengan kudrat sendiri yang tidak dipaksa semaksima habis cuba mendapatkan apa yang terbaik. merujuk kepada kudrat fizikal, bukan mental. mental dah arrange bermacam macam acara grand. tapi tah kenapa body ni boleh layan sang syaitan, suh lepak, lepak dulu bro sap sap rokok dulu camtu.

tahun 2011 ni, antara target yang diletakkan adalah, mencari harta duniawi semaksima yang mampu supaya tahun 2012 boleh kahwin ulalala. bukan fokus utamalah tu, itu ayat pemanjang cerita blog je. suka buang masa kau yang baca :P
berharap, dapat melangkah satu tapak atas dari yang ada sekarang. contoh; pekerjaan.

peluang sangat halus. lagi lagi kerja kerajaan. huh tak delah harap sangat. semua orang pun bila tanya apa kerja yang lagi better, mesti nak jawab ouhh kerja kerajaanlah yang relax, banyak benefitlah apalah semua ada pencen, loan rumah bagai.

eh merapu da.
tadi sebenarnya nak cerita pasal DOA DUA HALA.

kenapa ek dua hala.
sebenarnya, daku selalu berdoa, random. oho jangan kau sangka daku bercerita ni atas niat riak ka apa ka. fitnah tu fitnah! nak berkongsi pengajaranlah.

selalu daku berdoa macam ni;

(sungguh sungguh)
YA ALLAH YA TUHANKU, PERMUDAHKANLAH URUSAN KU UNTUK ..(cerita sekian sekian),

banyak kali doa macam tu. dan TAK SEMUA pun dimakbulkan Allah. kecewa gila babun lepas tu makan hati gila fikir, apa lagi tak cukup ke doa doa aku selama ni. 
jangan duk ikut perangai syaitan ni.

lepas tu, lepas banyak membuka jiwa, merenung logic, INSAF.
sepatutnya, doa di atas (ULANG SEMULA), sekarang ditambah dengan memberikan option kepada diri sendiri atas ketentuan Allah. contohnya;


dan,
jika,
DITAKDIRKAN DAKU TIDAK MENDAPAT SEPERTI APA YANG DIHAJATKAN,
maka,
KAU KURNIAKANLAH KESABARAN YANG MENEBAL DALAM JIWAKU,
KAU TUNJUKKANLAH HIKMAH DISEBALIK KEKECEWAAN ITU.

hanya Allah SAHAJA yang SENTIASA tahu apa yang terbaik untuk kita.
doa doa yang dipanjatkan kepada Ilahi, bukanlah dapat balasan kosong je. berdoa dan bergantung harap kepada Allah, dapat PAHALA jugak. MULIA betul ALLAH. kita meminta minta pada Dia, Dia bagi pahala. 
kalau nak lebih faham, bagi contoh macam, kau nak pinjam satujutaRM kat kawan kau. dalam masa kau kata nak pinjam duit tu, dia tak bagi lagi pinjam duit dengan amount yang kau mintak. tapi dia bagi kau duatigapuluhribuRM sebab ganjaran kau bercakap-minta pada dia. so, dapat ke tak dapat duit satujutaRM yang kau mintak tu sebenarnya kau dah dapat duit extra lain. daku harap kau faham.

baru baru ni, melimpah ruah Allah turunkan rezki kepada daku dalam pelbagai segi, walaupun bukan apa yang diharapkan dapat. tapi daku tahu, ada hikmah disebalik semua yang berlaku. planning berubah ubah ikut arus. syukurlah dapat rasa diberi nikmat daripada tak menerima apa apa lansung.
ALHAMDULILLAH.
DOA DUA HALA MEMANG MAKIN LAMA MAKIN LEMBUTKAN HATI.


Julai, Allah dah offer satu peluang, jadi daku takkan sia sia kan. 
lagi lagi benda yang melibatkan masa depan :)


* cerita tak best sejarah hari ini
spy-man adalah tunangan orang. YA ALLAH TUNJUKKAN HIKMAH ATAS PERKARA YANG BERLAKU.

Saturday, May 21, 2011

voices in my head

hahaha seriously, daku macam dengar ada suara suara busuk dalam kepala. (kadang kadang). dramatic betol dah macam babak orang sakit jiwa dalam drama drama television gitu.

well, TODAY is my birthday.
( ada dengar sikit bunyi cengkerik)

tak ada apa sangat yang berubah melainkan masa bekerja adalah menjadi satu commited pada daku. double jobs are paying me tiredness and oh sometimes as a way to escape. 
to escape from what? 
itulah jawapan yang kita tak berapa nak tahu.

setiap kali pergi kenduri kahwin rakan rakan seangkatan, masa bersalam dan mengucapkan tahniah, sebenarnya daku nak sangat tanya soalan yang sangat susah kot nak dapat jawapan.

SOALANnya berbunyi begini;

CAMANE KAU BOLEH ISTIQOMAH MENCINTAI DIA DAN BERKAHWIN DENGAN DIA.

i s t i q o m a h .
seriously, DAKU mempunyai masalah dalam menapak hubungan cinta yang istiqomah pada seorang. oh BUKANlah ini ayat penyataan bahawa daku ini seorang player cis. contohnya seperti,


ada seorang jejaka, datang nak approach, kemudian daku seperti biasa memberikan peperiksaan bertingkat tingkat (selalunya berdasarkan keperluan agama la). oh tak guna la muka hensem tapi solat tak jaga. oh tak guna la cinta separuh mati katanya tapi cinta dia pada Allah sipi suku pun tak capai.

lepas tu, datang lagi sorang jejaka approach. ok kau bukak langkah, meh sini masuk, masuk bagi bunga. so sekejap je nanti daku akan tinggalkan jejaka A ni lepas jumpa jejaka B. lepas tu bila jejaka C datang, perangai jom lompat lompat pun berlaku.

daku ada terbaca dalam majalah solusi pasal jodoh jodoh ni. 
KENA ISTIQOMAH DALAM MENJALINKAN HUBUNGAN. fuh.

masalahnya, bekas calon calon;
(perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. sedar diri ini taklah begitu baik, tapi tak pernah berhenti berusaha nak menjadi 'baik'. jadi kepercayaan begitu menjadi datum untuk daku menilai nilai jejaka yang pernah singgah menyedekah kasih sayang)

1. 
dulu pernah (oh sekarang pun dia masih lagi) ada seorang jejaka yang supercinta pada daku. tahap dia maha duniawi. kalau dalam drama melayu memang sweet like cokelet la, BUT NOT TO ME. hari hari mau call, hari hari mau sms, hari hari mau report. mual betol. makin larikan diri, makin dahsyat dia kejar. dia tak hensem (ini bukan kutukan rambang, kutukan ini bertujuan lain), lepas tu bila daku reject reject dia, mula la cakap apa dosa dia tak hensem? apa dosa dia lebih muda dari daku? apa dosa dia berketurunan tak baik? percayalah, terlalu MEMULIAKAN cinta manusia lebih daripada cinta Allah adalah bukan satu perbuatan yang baik. huh

2.
lepas tu jejaka supersilence. tenggelam timbul pastu tenggelam pastu tah manetah hanyut. hari ni confess jatuh kasih, esok lusa hilang dalam pasir jerlus. daripada daku rasa nak mengenali lebih lanjut, dah terus tak berminat dah. awak ni tak faham ke saya ni jenis yang malu nak mencari. jadi bila dah jumpa jejaka lain, dia pulak muncul lagi, dengan kata kata yang pra-kecewa ucapkan selamat berbahagia la apa la. ok, babai to the type.

3.
 jejaka separa ikut budaya-hedonism. dia cool, tapi daku cukup berkira bila tengok dia merokok lah. kaki karaoke lah. main game poker dalam fb lebih lebih lah, lepak berpelesiran malam malam sangat dengan kawan kawan dia lah. daku tahu itu hak tapi tah la kenapa la tegar sangat nak mencari at least yang difikirkan setaraf level daku terhadap keimanan kepada Allah. mestilah lelaki lebih sesuai dijadikan untuk membimbing perempuan. jadi, bila dia guna alasan 'awaklah bimbing saya' automatic daku amik lane laju, potong!

4. 
pernah jugak tersuka seseorang tetapi selalu angkat bendera putih sebab selalunya terLALU SEGAN nak memulakan langkah. ok babai hahaha

kutuk kutuk je pandai kan. hahaha lepas tu, pernah kena maki dengan salah seorang jejaka;
AWAK TU MEMILIH SANGAT.

masalahnya kita ada hak memilih yang kita fikirkan terbaik untuk kita kan?
lepas tu ada pulak nasihat sinis cakap;

terimalah seadanya. cinta itu bermaksud menerima segala kekurangan dalam diri orang yang dikasihi.
KEKURANGAN FIZIKAL ok daku boleh terima kerana siapalah daku ni taklah sejelita vanida imran.
hal hal tak hensem, kurus, itam, pendek itu bukan kelemahan yang diambil kira.

KELEMAHAN YANG NYATA DAN YANG DIAMBIL KIRA ADALAH;
kurangnya KECINTAANNYA KEPADA ALLAH, RASUL-RASULNYA.
boleh tak tunjuk sikit sifat sifat menjadi pemimpin dan pembela agama.

fuh. emo saya di hari menambah usia hehe




-update: scandal baru kawan sekelas lama♥
minta minta la lepas ni lebih istiqomah DENGGG!

Sunday, April 10, 2011

Saturday, April 9, 2011

oh cengkerik bunyik kuat gila

kau kena belajar percaya pada first instinct, sebab first instinct itu adalah sesuatu yang benar dan penuh racun (kadang-kadang).
JANGAN CTRL+A! JANGAN!

NAMPAKNYA DIA BETUL BETUL DAH BERTUNANG.

maka makin kuatlah bunyi cengkerik. sekian, terima kasih.




-oh! rasa super duperr tercabar-

Monday, April 4, 2011

bongkar lagu lama lama dia bagi hukhuk




Jealousy
, turning saints into the sea
swimming through sick lullabies
choking on your alibis
but it’s just the price i pay
destiny is calling me
open up my eager eyes
‘cause i’m Mr Brightside
.

Saturday, April 2, 2011

tak jealous tapi dengki gila

dupdapdupdap lalu depan rumah bekas kekasih,
curi pandang tengok tengok dah naik khemah.
dem! takkan dia majlis dulu kot dari daku.
 

itu bukan jealous. itu dengki.
lagi satu, dengki tu menutup relevant.
SEBAB,
mana la ada naik khemah kat rumah tunang lelaki.

haha astagfirullah.
macam la takda benda penting lain nak difikirkan panjang :P

Tuesday, March 29, 2011

kau tak payah tanya meh sini aku nak cerita

dem.
lama gila post ni perap tak publish publish!
terima kasih kepada kakanda sebilik yang mengingatkan daku tentang pemilikan blog datnsendiriseri ni.

nah post peram!


*sepatutnya tajuk entry ---> vary various

first.
jawapan kepada istikharah dan hajat yang diusahakan istiqamah selama sebulan berturut memberikan kekuatan untuk terus sendiri dan itu bukan alasan untuk tidak berusaha membaiki diri sendiri menjadi wanita yang baik KERANA nyatanya LELAKI YANG BAIK ADALAH UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK. insyaAllah. details ceramah yang berkesan dalam jiwa bolehlah merujuk kepada majalah solusi isu29.
dem. membakar jiwa betul.


second.
sangat sangat berusaha memberikan yang terbaik lebih atau setara dengan apa yang telah diberikan sebelum ini;
ouh maaf, ini merujuk kepada amanah kerja.
stress sikit. 
sikit je.

third.
redha dengan ujian Allah yang tak seberapa. bila diduga berhadapan dengan ketidakmatangan seseorang yang melulu menuduh punca tepat di muka. UNTUK RECORD PERIBADI; SAYA PEMUSNAH KEBAHAGIAAN ORANG.
small the matter. piece of cake.
kelemahan dia adalah kelebihan untuk kita.


fourth.
nak tukar kerja, tetapi selepas program yang diarahkan sempurna bersidang. bukan semata atas dasar isu personal. hanya mahukan pengalaman yang berbeza.
anyone? ada info untuk job vacant?




fifth.
kena ngorat dengan jejaka OKU.
bukanlah merendah - rendahkan martabat anda wahai jejaka. tapi jalan ceritanya agak kurang menepati gaya hidup islamik, which I DO NOT LIKE IT VERY MUCH. lepas tu bila dia buat perangai tak senonoh, daku mula la terkait kaitkan kecacatan fizikal dia sebagai sebahagian daripada kata maki, contoh (tak tepat);
ESHHHH DAH LA TEMPANG, SUKA PUSH PUSH ORANG LAK TU EEE.
soorrrrrrrrrryyyyyyy to sayyyyyyyyyyylah!


sixth.
NAK BERCUTI CUTI UTARA MALAYSIA bersama geng geng bujang (soon-notanymore) UTHM. ya Allah berikanlah kami rezeki untuk berjumpa untuk hubungan kami semua lebih harmoni.


seventh.
baru daku rasa derita merindu.


eighth.
ya Allah. matikanlah si dia jika dia tak mampu mampu menanggung kesakitan, dan jika mati itu lebih baik untuk dirinya. dan hidupkanlah dia jika dia berupaya untuk teruskan berjuang dan jika itu lebih baik untuknya.


ninth
susahnya hidup sebelah rumah laki bujanggggggggggggggggggggggggggggg!
HUARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.


ok bai. esok meeting.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...