Showing posts with label [islamic]. Show all posts
Showing posts with label [islamic]. Show all posts

Friday, August 24, 2012

59. al-hasyr

21.
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

22.
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

23.
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

24.
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.


*mengusahakan sesuatu :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, May 18, 2012

kesian

H A N T A R 

SELAMAT

sekarang saya bangga dan faham,
 kenapa orang kesayangan saya selalu marah marah 
bila saya nak celebrate birthday beliau.

Tuesday, October 25, 2011

surat kepada

penyerahan surat oleh saya kepada yang berkenaan ahhoiiii


Menteri berkenaan,


saya sedang merancang berkahwin.  setelah berkahwin, kami merancang untuk melahirkan zuriat. saya dan bakal suami saya adalah daripada golongan yang biasa biasa sahaja. mungkin tidak berapa berkemampuan mendapatkan rawatan lanjut sepanjang tempoh hamil di hospital swasta islamik yang selalunya berkos tinggi. 


bolehkan tuan/puan berikan jaminan, atau menggubal dasar, atau menjalankan perlaksanaan supaya segala urusan kami di hospital kerajaan nanti diuruskan dengan individu yang sepatutnya seperti doktor muslim, muslimah dan tidak sesukahati menjadikan kami sebagai subjek (bahan tontonan) dalam kajian para pelajar medik membuat rujukan kes tertentu seperti yang telah berlaku sebelum ini.


 ini kerana saya perlu prihatin dengan kewajipan saya sebagai seorang muslim terutama dalam penjagaan aurat saya.


saya percaya, menteri menteri di negara Islam juga jelas dan prihatin dengan masalah ini.




cc. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di negara ISLAM.


untuk rujukan

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Edulfitri.



ya Allah ya Tuhan,

kami memohon kepadaMu iman yang berkekalan
dan kami memohon kepadaMu hati kami yang khusyuk
dan kami memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat
dan kami mohon ditetapkan keyakinan yang besar
dan kami memohon amal yang soleh
dan kami memohon tetap dalam agama Islam
dan kami memohon diberi kebaikan yang melimpah - limpah
dan kami memohon kesihatan yang sempurna
dan kami memohon kesyukuran atas kesihatan kami
dan kami memohon kecukupan.

ya Allah ya Tuhan kami,
terimalah sembahyang kami,
puasa kami,
rukuk kami,
pengabdian kami
dan sempurnakanlah apa yang kami lakukan selama sembahyang
ya Allah, ya Allah, yang Maha Pengasih dan Penyayang.

selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat - sahabatnya sekalian dan segala puji bagi Allah Pengatur Alam.

-doa sesudah solat witr-




MAAF ZAHIR BATIN

Friday, August 20, 2010

hati hati mangsa terbaru

اكو منچينتايمو كران اڬام يڠ اد ڤدمو، جك كاو هيلڠكن اڬام دالم ديريمو، هيلڠله چينتاكو ڤدمو


Imam Nawawi

Wednesday, July 28, 2010

saya izinkan awak kahwin lain

haha
tiba tiba je nak cakap pasal poligami.

sebab, pada hari yang bertuah; eh di mana pulak tuahnya sedangkan daku terlupa tarikhnya bila! 
hurm. yang penting, pengisian hari tersebut; 
outting bersama watak kecintaan sejak lima tahun lepas, bertempat di mid valley mega mall, menyentuh bab bab cinta manusia yang duniawi nilah, kemudian bercerita pasal HAL SERIOUS HAL KAHWIN LAH APA LAGI.
dan terselit sedikit hal poligami. =)

dah lama kot tak lepak midvel! (nama manja mid valley mega mall)
lepas tu diskusi sambil layan pizza hut pulak. memang syahdu betul.

ops! FOCUS; POLIGAMI.

teringat dulu, ramai rakan rakan sejantina (hai, daku perempuan, bagi yang tak tahu) bagi pandangan tak percaya, bila daku utarakan daku tak kesah pun dimadukan. dan paling keji, bila rakan bukan sejantina mengepal penumbuk acah depan muka daku yang tak jelita ni, sambil berdialog;
KAU GILE KE YAT NAK BERMADU ?

tak. daku tak gila. daku redha.
aicehh.

begini.
setiap perkara yang diciptakan untuk kita, pasti ada manfaatnya.Allah SWT berfirman: 
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang saja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”. (Surah An-Nisa’, ayat 2)

perlu diingatkan kat sini, daku bersetuju untuk berpoligami, 
tapi, bukan bermaksud, beriya iya nak berkempen nak suruh suami suami berpoligami. 
sebab HEI, DAH BACA SLOW SLOW TAK AYAT KAT ATAS TADI?
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang saja ..

come on lah.
dunia sekarang dah makin ramai wanita wanita,
 yang baik perlu disayangi, dan yang kurang baik perlu dididik. 
lelaki, memang terang terangan akan tewas pada satu nafsunya; wanita. 
dah memang fitrah seorang lelaki macam tu. 

jadi, bila nanti kita (wanita), dah bersuami, pikul tanggung jawab serba serbi terbahagi dekat anak anak lagi, dekat urusan rumah tangga lagi, lagi pulak kalau bekerja, akan ada masa untuk sang suami yang tak terbayar.

kalau suami tu jenis yang boleh bertahan, dan tahap kesabaran tu melangit, boleh lah kot nak stay, tak mencari 'hiburan' kat luar. tapi, dengan keadaan sekarang; zaman kapitalis (pinjam tag-line kau addy!), hiburan semata mata, dengan keadaan manusia yang semakin jahil ni, tak tergoda ke suami kita nak join sama.
so, solusi nya,
KITA JUMPA TOK BOMOH, BOMOHKAN SUAMI KITA SUPAYA SAYANG KITA JE. 
haha NAK MAMPOS?

jealousy?
of courselah ada okay!
tapi, besar ganjarannya kalau kita lebih meredhakan suami kita menjalinkan hubungan yang halal dengan wanita lain, daripada tah sepah sepah je dia jumpa perempuan tepi longkang. kita ni kan manusia, khalifah Allah di muka bumi, dikurniakan akal dan fikiran, maruah dan harga diri. bukan macam haiwan, nak buat sex je on; tanpa akad nikah kan.

jealousy dengan perempuan memang kawan baik kan?
baru baru ni daku baca dari buku - Sejarah Hidup Nabi Nabi (Qashasul Anbiyaa') 1980 -, tentang kisah Nabi Ibrahim AS dengan isterinya Siti Sarah dan dayangnya Hajar. terang terangan depan Siti Sarah diturunkan malaikat kepada Nabi Ibrahim AS membawa khabar berita bahawa akan lahirnya Nabi Ismail AS (anak dari rahim Hajar) dan Nabi Ishak AS (anak dari rahim Sarah). 

selepas Hajar melahirkan Nabi Ismail, Siti Sarah jealous sebab Hajar mengandung dulu sebelum dia, dan disuruhnya Nabi Ibrahim AS hantar Hajar jauh jauh dari penglihatannya. Allah SWT kemudiannya mewahyukan kepada Nabi Ibrahim AS agar keinginan dan permintaan Siti Sarah dituruti untuk sesuatu hikmah yang tidak diketahui. dan akhirnya ditinggalkan Hajar dan Nabi Ismail yang masih breast-feeding oleh Hajar di Mekah, dengan hanya berbekalkan makanan dan minuman yang terhad, disekelilingnya hanya batu gunung dan pasir.

sedangkan isteri Nabi pun tak tertahan tahan jealous, inikan pulak kita.
TAK. bukan bermaksud, SILALAH JEALOUS. maksud daku disini, JEALOUS ITU SESUATU YANG NORMAL. bersabarlah. banyak pahala kita boleh dapat dengan bersabar.


ye.
daku redha dan insyaAllah akan bersedia jika suatu hari nanti dimadukan. 
tapi, sekarang ni tengah mencari bakal suami bijak berlaku adil 
dalam memberi kasih sayang kepada setiap zuriatnya, setiap isterinya, 
memberikan didikan agama (INI PALING PENTING), supaya setiap zuriatnya menjadi anak anak yang soleh dan solehah, supaya isteri isterinya menjadi isteri isteri yang solehah dan saling hormat menghormati madu madunya dan terutama suaminya.


daku mencari bakal suami yang sangat layak untuk handle poligami. 

SANGAT LAYAK.

baca dua kali, slow slow sambil urut dada anda
get what i mean?
anda tak berani kan?  

Thursday, July 15, 2010

and i am thinking two, is better than one

menurut ceritera para ulama', Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang sebelah kiri di waktu dia lagi tidur, sehingga ketika dia terjaga, ia melihat Hawa sudah berada disampingnya.


dia ditanya oleh malaikat;
wahai Adam! apa dan siapakah makhluk yang berada disampingmu itu ?


jawab Adam sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya;
seorang perempuan


tanya malaikat lagi;
siapakah namanya ?


jawab Adam;
Hawa


bertanya lagi sang malaikat;
untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini ?


Adam menjawab;
untuk mendampingiku, 
memberi kebahagiaan bagiku dan 
mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah.




- Sejarah Hidup Nabi Nabi (Qashasul Anbiyaa') 1980 -




aw :)

Wednesday, March 10, 2010

SABAR HIDAYATI

هاي اورڠ-اورڠ يڠ برايمان، جاديكنله صبر دان صلاة سباڬاي ڤنولوڠمو ، سسوڠڬوهڽ الله بيسيرتا اورڠ-اورڠ يڠ صبر
Al-Baqarah: 153


sabar yat. sabar.

Monday, July 27, 2009

macam kena lempang

hellow anda gadis gadis keras hati.
ini untuk anda dan ouh ya tidak lupa daku juga.

copy-paste dari s.i.n.i

* * * * * * * * * *

Oleh: Abi Muslih dan Mama Farhah
“Jodoh ditangan Tuhan, apa boleh buat”
“Bukan saya tak mahu kawin, belum jodoh lagi!”
“Apa nak susah-susah kalau dah rezeki nanti, adalah yang datang meminang”
“Takkanlah perigi nak cari timba?”
Dialog di atas tak asing bagi kita. Baru-baru ni seorang pengunjung bergelar sinar mengemukakan komen berikut kepada kami:
first time sy masuk laman ni ,…ape pun nak cari jodoh dan apakah pergertian sebenar jodoh itu…
Beliau juga memberikan komen:
akum,
selalu sangat berbicara mengenai isu calon suami dan isteri … sy minta di adakan isu kenapa jodoh masih tiada…..ini adalah untuk ramai anak -anak gadis yang masih belum bertemu jodoh walaupun telah berusaha ke arah itu……apakah maksud ketentuan atas jodoh,ajal dan maut. Moga dengan ini dapat melegakan hati gadis-gadis (ardartu) untuk terus bertawakal……..
Ya, soal jodoh adalah satu soal yang amat kritikal dalam membina rumahtangga yang bahagia. Masalah jodoh ini bukan sahaja disebut-sebut oleh orang belum berpunya, bahkan ada juga yang telah berkahwin masih keliru dan bingung dalam soal jodoh ini.
Ramai orang kita yang beranggapan soal jodoh ini adalah satu ketentuan yang tidak perlu diusahakan. Bagi mereka rezeki, jodoh dan ajal di tangan Allah, dan manusia hanya perlu pasrah. Lantas mereka terus ‘bertawakkal’ mengikut fahaman yang tidak tepat.
Sahabat besar sayyidina Umar Al-Khattab pernah menangis melihat satu kumpulan jemaah haji dari Yaman yang datang tanpa menyediakan bekalan makanan. Umar menegur dan membetulkan tindakan mereka yang silap dalam memahami konsep tawakkal.
Umar bertanya: Siapakah kamu?
Rombongan Yaman itu menjawab: Kami adalah al-mutawakkilun (orang-orang yang bertawakkal kepada Allah).
Umar menjawab: Kamu sebenarnya al-muta’akkilun (orang-orang yang mengharapkan diberi makanan). Orang yang sebenar-benar bertawakkal ialah orang yang menabur benih di bumi, kemudian bertawakkal kepada Allah.
Nah, itulah jawapannya.
Kisah diatas tentang rezeki. Sama juga dengan jodoh. Jika rezeki perlu diusahakan, maka jodoh juga perlu diusahakan. Jika Ummul Mukminin Khadijah berikhtiar dengan menghantar orang untuk menyatakan hasrat untuk mengahwini Nabi, maka takkan lah wanita hari ini yang lebih terbuka tak berani untuk menyatakan hasrat kepada pihak lelaki secara terhormat begitu.
Itu jika sudah ada pilihan. Jika belum ada, usahakan lah dengan membuat tinjauan dan membuat senarai pendek secara sendirian. Kemudian, teliti dengan penuh hemah dan jangan lupa untuk bersolat istikharah. Jika kenalan dan maklumat terhad, mintalah bantuan dari rakan dan keluarga yang diyakini, berakhlak dan boleh diharap. Jika ada banyak pilihan, pilih lah yang memenuhi sifat yang pernah saya bincangkan dulu. Jangan pula terlalu gopoh sehingga tersilap pilih.
Moga lepas ini para anak-anak dara (andartu) dan bujang (terlajak) tidak mengambil sikap ‘menunggu jodoh’, tetapi bertekad untuk ‘mencari jodoh’. Kami doakan moga permudahkan jalan.
Selamat Berusaha!
* * * * * * * * * *

PANGGGGGG!

Friday, April 17, 2009

tudung





long time ago, with the situation; meeting old friends.


esh diorang semua dah lain kannnn..
semua dah pandai melawa.
kita je cupin, sempoi macam ni je lah sejak habis sekolah.


tulahh.

eh dulu si S tu masa sekolah, pakai tudung labuh siut.

sekarang pergh..


sekarang lagi labuh..!


haa?


RAMBUT dia la yang sekarang labuh.

HAHAHAHA!! cupin kau memang siutttlaHH!

Tuesday, January 13, 2009

bukan lah sengaja

daku ada kawan bernama A, B dan C.
A, B dan C juga adalah kenal mengenali antara satu sama lain.
dulu status daku bersahabat dengan si A adalah boleh dikatakan dalam kategori agak close.
kemudian, B telah melakukan sesuatu yang agak dahsyat kepada C.
sesuatu yang agak dahsyat.
yang masih belum ada jalan penyelesaian antara mereka.

pada mulanya, sebagai seorang perempuan yang emosi, daku pastilah memihak kepada yang zahir dan batinnya nampak benar. atau dalam bahasa pasarnya, sibuk sibuk duk tolong curah minyak tanah ke bara api. A pulak tetap mendampingi B. mungkin ada sebab tertentu.

sekarang ni, daku masih berada dipihak yang daku rasakan benar, cuma dah rasa kurang patut nak mencurah minyak tanah tu. biarlah B uruskan sendiri hal dia dengan C.
yang pastinya, hutang perlu di bayarkan?

hubungan daku dengan A dan B dah macam minyak dengan air.
bertemu dipermukaan, tapi tak boleh nak masuk, nak campur dalam satu sama lain.

sejak kejadian yang agak dahsyat tu,
bukanlah sengaja nak pura pura simpan emas dalam mulut.
tapi memang tak tau nak borak apa dengan A dan B.

boleh tak nak diam je?
itu je.
tak ada niat pun nak putuskan silaturrahim. serious.



Islam melarang umatnya dari tidak bertegur sapa dengan sahabat seIslamnya yang lain dek kerana pergaduhan perkara keduniaan lebih dari 3 hari. Antara yang dimaksudkan pergaduhan kerana sebab dunia adalah kerana tanah, harta pusaka, rumah, tanam bunga masuk kawasan jiran, isu pangkat, isu cemburu wanita dan lelaki dan lain-lain yang tidak ada kaitan secara langsung kepada Islam.

Nabi SAW bersabda :
Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara
seIslamnya lebih dari 3 hari
( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)


Kenapa 3 hari?, inilah sifat fitrah dalam kerana Islam. Walaupun Nabi SAW pernah menasihatkan agar jangan marah dalam sabdanya :-

Ditanya kepada Rasulullah SAW : Apakah yang menjauhkan aku dari kemurkaan Allah SWT , jawab Nabi :
Janganlah kamu marah " ( Riwayat Ahmad, 2/175)

Walaubagaimanapun, kemarahan tetap tidak dapat dielak secara total, justeru Islam memberikan motivasi dan cara bagaimana cara menangani marah dengan pelbagai cara. Apabila ia berkait dengan orang lain, Islam mengajar kita agar jangan terlalu terbawa-bawa sehingga memutuskan ikatan persaudaraan dan persahabatan hanya kerana kes marah & gaduh tadi.

Imam An-Nawawi menyebutkan :-
"Diharamkan tidak bertegur sapa di antara Muslimin ( yang disebabkan punca pergaduhan dunia) lebih dari 3 hari secara jelas dari Nas hadith, dan secara mafhumnya difahami harus untuk melakukan itu (jika perlu) selama 3 hari, dan sesungguhnya dimaafkan sifat demikian kerana manusia sentiasa terbawa-bawa sifat marah"
(Syarah Sohih Muslim, 16/117)

Memang tidak mungkin untuk melenyapkan pergaduhan kerana keduniaan di antara sesama manusia, justeru Islam menggalakkan kemaafan antara satu sama lain.

Islam membenarkan tidak bertegur sapa untuk maksimum 3 hari sebagai memenuhi kehendak fitrah manusia, tetapi tidak lebih dari itu, kerana lebih dari tempoh tersebut akan membawa mudarat kepada ikatan dan keutuhan sesama Islam.

Di dalam kaedah Islam ditegaskan :-
"Kepentingan umum sentiasa di dahulukan atas kepentingan peribadi"
( Az-Zakhirah, 2/467 ; Al-I'tisam , As- Syatibi, 2/116 ; Al-Muwafaqat, 2/367)

Justeru, melayani kemarahan dan keegoan diri adalah kepentingan peribadi, jangan sampai ia melewati batas kepentingan umum. Kepentingan umum yang menjadi objektif Islam adalah masyarakat Islam yang berkasih sayang, bantu membantu dan objektif ini akan terhakis jika semua individu melayani kepentingan dan keegoan dirinya dalam hal ini lebih dari 3 hari.

Cuma perlu difahami, jika tidak bertegur sapa kerana berjauhan, kesibukan dan terputus komunikasi sehingga tidak dapat bertegur sapa lebih dari 3 hari, ia tidak termasuk dalam larangan Islam.

sumber >> www.zaharuddin.net


perempuan kan..?

Tuesday, January 6, 2009

sembang kakak kakak

alhamdulillah.

hari ni, bersamaan 9 Muharam, dapat daku menambah pahala berpuasa. esok 10 Muharam, insyaAllah akan daku gagahkan berpuasa lagi.


Riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda:
"Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya".


hari ni berbuka puasa di Gazeebo; nama nak comersial kan. dah beberapa kali lepak makan kat sana sebelum ni (sepanjang daku sambung degree). banyak improvement la daripada dulu, foods pun dah bermacam macam pilihan. kira ok la.

* jealousnya sesetengah blogger best je upload gambar nak show up tempat mereka lepak lepak.
maaflah daku tak da passion nak mengambil gambar smart smart. maybe next time.

gerai kampung je. tapi decoration memang thumbs up la. mana kau nak cari gerai dalam area kampung decorate pakai langsir ala ala bali?

berbalik kepada title; SEMBANG KAKAK KAKAK.

kakak kakak?
sebab tadi kami berempat, daku, kak ina, kak mimi, kak zaimah.
(mereka ini boleh dikenali dari entri ini)

memang sejak sambung degree, daku banyak berkawan dengan kakak kakak. entah kenapa senang je nak masuk line. nak kata matang tu, secara jujurnya kak mimi tu taklah matang sangat lalala.
but the way they think, adalah sangat berbeza dengan rakan rakan sebaya yang berpeleseran sekitar daku. oklah fine lah nak cakap daku ni agak suka suasana yang under control, skema skema, dan tak huru hara sangat. kira dah tak jiwa muda sangat lah. fine, daku terima je. dah selesa macam ni, so what.


best tadi cerita pasal solat dhuha.
*sebelum ni pun ada jugak ura ura nak buat dhuha lepas intai blog The Spiral Eyes.
*ada jugak tengok tengok abah dan mak buat dhuha.

mm.. kau pernah buat?

pengakuan ikhlas tapi busuk, hingga sekarang umur daku 24 tahun, daku tak pernah buat solat dhuha. ok, sila ludah dengan marah untuk daku. tapi janganlah ludah ke muka daku. ludah geram dalam longkang je boleh, untuk tunjuk rasa marah, kesal.

so, 1430H, saksikanlah. daku akan mula buat solat dhuha.


Tuntutan Dhuha

Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari

google je la cara bacaan bacaan, macamana nak dirikan solat tu. info sekarang hujung jari je tak payah lah kau nak kena dress up smart smart bergegas ke kedai buku cari panduan solat dhuha. nak seribu daya.

atau kau malas sangat nak google; nah amik link ni;
http://surau.townplan.gov.my/surau/ebook/Solat_Dhuha.pdf

format pdf terus. tinggal nak print out je.

dan,

sejak kau hidup sampai sekarang ni, confirm sangat tiang tiang agama kau mesti tak terdiri semuanya. lagi lagi masa kau muda jagung sayur. hari tu daku sempat usha dalam paper *Berita Harian kut* bahagian soal jawab agama. solat fardhu yang telah disengajakan tinggal kena qhada. harap maklum.

1430H, saksikanlah. daku akan qhada semua tiang tiang agama tu lepas tunaikan solat fardhu insyaAllah. mana la tau hari hari buat boleh cover semua tiang tiang agama yang tak terdiri dulu.


.mari berpesan pesan sesama insan.

Sunday, November 9, 2008

kenapa .update.

tadi, masa daku tengah kalut study, daku didatangi oleh seorang sahabat berbangsa cina. dia jenis yang gemar bertanya 'kenapa' untuk apa saja isu.

dia bertanya kenapa babi itu haram dimakan, disentuh?
daku jawab, sebab babi tu binatang yang kotor, banyak memberikan penyakit.

dia tanya lagi, kenapa anjing itu haram?
alamak. memang KANTOI tak tau nak jawab apa.

dan tanya lagi,
dalam perubatan, orang bukan Islam, yang makan babi, boleh tak dermakan darah kepada orang Islam?

damn. damn. menyesal tak mendalami ilmu agama.

situasi soal jawab dengan dia tadi, buat daku terasa CETEKnya pengetahuan agama dalam diri!

balik bilik, apa lagi, berTERIMA KASIH KEPADA INTERNET.
jawapan dihujung jari.

dicopy-paste dari Koleksi Soal Jawab Agama
--------------------------------------------------------------------------

.ANJING.


Walaupun anjing dikenali sbg Man’s best friend, tetapi itu kaca mata di luar Islam. Tetapi pada kaca mata Islam; ia mesti ditimbang dgn Al-quran dan Al-Hadith. Walaupun tidak berbahaya; tidak menyerang manusia, tetapi islam mengambil berat tentang kebersihan. Anjing tidak dilarang utk dibela.

Diriwayatkan dari Ibn Umar R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa yg membela anjing, kecuali anjing yang dilatih untuk berburu atau anjing yang menjaga ternakan, maka pahalanya akan berkurangan setiap hari dgn dua qeerath.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari 5059, Muslim 2941, dalam riwayat yang lainnya diriwayatkan keduanya menyebut 1 qirath)

Perkataan qirath merujuk kpd jumlah besar pahala; sekiranya pahala seseorang itu dikurangkan dalam 1 qirath, maksudnya dia berada dlm keadaan dosa, kerana hilang pahala adalah seperti mendapat dosa, keduanya menunjukkan ia adalah sesuatu yang haram kerana ia menjadi penyebab mendorong ke arah itu.
Kesimpulannya:

  1. Boleh bela anjing dgn syarat ia menepati kehendak syarak
  2. Anjing hendaklah diletakkan di luar rumah (Malaikat tidak akan masuk ke dlm rumah yg ada anjing di dalamnya; hadith riwayat Bukhari 3225)
  3. Hendaklah berhati hati dengan kenajisan anjing kerana menyentuh anjing dalam keadaan basah, perlu disucikan 7 kali dengan air suci dan 1 kali air bercampur tanah (Hadith Sahihain dari Abu Hurairah)

.TERIMA DARAH DARIPADA BUKAN ISLAM.

ok yang ni, masih tak dapat jawapan yang jelas. tapi perkara dibawah mungkin membantu kau faham sikit tentang darah.


Para ulama sepakat bahawa darah adalah benda najis. Semua imam mazhab menyatakan hal yang sama dalam hal ini.
Namun mereka mengatakan bahawa darah yang najis itu adalah darah yang keluar dari dalam tubuh kita. Sedangkan darah yang ada di dalam tubuh dan sedang bekerja menyebarkan makanan, oksigen dan lainnya, tidak dikatakan sebagai najis.
Sebab kalau darah di dalam tubuh kita dinyatakan najis, bererti tubuh kita pun najis juga jadinya. Dan kalau tubuh kita najis, bagaimana kita shalat, thawaf dan sebagainya?
Di sisi lain, para ulama juga menyatakan bahawa tubuh manusia, kafir atau muslim, tidak termasuk benda najis. Kalau pun ada ungkapan di dalam Al-Quran tentang kenajisan orang kafir, maka para ulama sepakat bahawa yang dimaksud dengan najis di dalam ayat itu bukan najis secara hakiki, namun najis secara majazi.
Pada hakikatnya tubuh orang kafir bukan benda najis. Buktinya mereka tetap dibolehkan masuk ke dalam masjid-masjid mana pun di dunia ini, kecuali masjid di tanah haram.
Kalau tubuh orang kafir dikatakan najis, maka tidak mungkin Abu Bakar minum dari satu gelas bersama dengan orang kafir. Kalau kita belajar fiqih thaharah, maka kita akan masuk ke dalam salah satu bab yang membahas hal ini, yaitu Bab Su’ur.
Hukum darah orang kafir yang dimasukkan ke dalam tubuh seorang muslim tentu bukan termasuk benda najis. Ketika darah itu baru dikeluarkan dari tubuh, saat itu darah itu memang najis. Dan bekas mengisi darah tentu tidak boleh dibawa untuk shalat, kerana bekas darah itu najis.
Namun begitu darah segar itu dimasukkan ke dalam tubuh seseorang, maka darah itu sudah tidak najis lagi.
Dan darah orang kafir yang sudah masuk ke dalam tubuh seorang muslim juga tidak najis.
Sehingga hukumnya tetap boleh dan dibenarkan ketika seorang muslim menerima pemindahan darah dari penderma yang tidak beragama Islam.


.UPDATE.


web Koleksi Soal Jawab Agama dah menjawab soalan daku.

hidayati Berkata:

sahabat saya (bukan Islam) bertanya, kalau contohnya seorang cina yang makan benda yang haram untuk dimakan bagi kita orang Islam, seperti katak, babi dan sebagainya, boleh tak derma darah kpd orang Islam? sebab daging babi tu dah menjadi sebahagian daripada ‘darah’ mereka.
JAWAB
Assalamualaikum wbt. Apa yang dia makan tiada kaitan dengan darah nya.


kepada anda yang beragama Islam, bersedialah dengan ilmu ilmu yang macam ni.

Thursday, October 30, 2008

tentang kesyukuran, perkara mengingati nikmat kurniaan Allah.


andai kata Allah nak mengambil semula hak-Nya ke atas penglihatan yang dipinjamkan kepada daku sekarang, pengakuan secara tak malunya, daku tak rela, daku tak bersedia. terlalu banyak benda yang daku kesalkan, terlalu remeh perkara yang menjadi santapan mata daku selama daku hidup.

kalau ada nisbah, mungkin hanya 4/10, 4 tu hanya perkara yang berfaedah dan dituntut dalam Islam yang daku sempat manfaatkan guna kedua mata ni selama daku hidup. selebihnya memang sungguh tak dimanfaatkan.

sekarang, apa yang daku sangat kesalkan, bila dulu stress menghadapi hidup, nak cari alternatif menghilangkan stress, pastinya menggunakan mata, tengok movie.

kenapa eh tak guna untuk baca Quran?
kenapa sekarang bila mata dah kabur baru nak sedih tak dapat baca Quran?

readers, semua.
daku gagahkan diri untuk post entri bukanlah atas sebab menagih simpati anda semua. kalau boleh, daku mahu anda semua bersyukur atas segala perkara yang sangat mudah anda miliki.

hari ni daku diberitahu doktor, luka dalam mata kiri dah mengecil. tapi mata kanan pula tumbuh selaput. mungkin allergic pada treatment. daku tetap bersyukur atas Allah berikan keupayaan untuk mata kiri ni kembali terbuka luas. daku sedar tak semuanya milik daku. lepas satu, satu pula masalah yang timbul. ini dugaan.

daku teringat betapa berusahanya daku yakinkan insan kesayangan; nurul afinie dulu bila dia ditimpa musibah.
Allah menguji kesabaran kita, kerana Allah sayangkan kita. dan Allah hanya berikan sesuatu yang termampu kita harungi. sekarang memang itu yang daku pegang. bersyukurlah, daku ditimpa musibah sekarang. mudah mudahan kesakitan teramat sangat yang daku tanggung ini untuk membalas dosa daku yang tak terhingga.
nurul afinie pesan;
TOLONG JANGAN PERNAH PUTUS ASA!
daku usaha ok. sebab daku berkeinginan sangat dapat tengok wajah kelahiran anak kamu yang begitu demand suruh mama dia layan coffee kat starbucks!

perkara yang paling daku BENCI adalah, bergantung hidup pada orang lain. dan sekarang, daku tak boleh elak, dari menyusahkan hidup cupin setiap hari. kesabaran cupin, ketabahan cupin menjaga daku memang sesuatu yang sangat mengharukan. ini melebihi hebatnya dari kisah cinta. ini adalah ertinya sahabat susah dan senang.
cupin, Allah je yang mampu balas segala jasa kau.

bila kita ditimpa sakit, baru kita akan berusaha dekat diri kepada Allah kan?
kesakitan ini memang begitu menginsafkan. syukurlah sakit ini bukan sepanjang masa. ada masanya ia menyerang, daku tak termampu untuk buat apa apa selain berselawat dalam hati dan menahan nafas selama yang boleh.
mungkin ini caranya Allah mengajar daku untuk terus mengingati-Nya.



.gettouchedbykamu?.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...