bacaan sendirian berhad; in case Allah tarik balik nikmat mengingat kisah hidup.
Thursday, October 30, 2008
tentang kesyukuran, perkara mengingati nikmat kurniaan Allah.
andai kata Allah nak mengambil semula hak-Nya ke atas penglihatan yang dipinjamkan kepada daku sekarang, pengakuan secara tak malunya, daku tak rela, daku tak bersedia. terlalu banyak benda yang daku kesalkan, terlalu remeh perkara yang menjadi santapan mata daku selama daku hidup.
kalau ada nisbah, mungkin hanya 4/10, 4 tu hanya perkara yang berfaedah dan dituntut dalam Islam yang daku sempat manfaatkan guna kedua mata ni selama daku hidup. selebihnya memang sungguh tak dimanfaatkan.
sekarang, apa yang daku sangat kesalkan, bila dulu stress menghadapi hidup, nak cari alternatif menghilangkan stress, pastinya menggunakan mata, tengok movie.
kenapa eh tak guna untuk baca Quran?
kenapa sekarang bila mata dah kabur baru nak sedih tak dapat baca Quran?
readers, semua.
daku gagahkan diri untuk post entri bukanlah atas sebab menagih simpati anda semua. kalau boleh, daku mahu anda semua bersyukur atas segala perkara yang sangat mudah anda miliki.
hari ni daku diberitahu doktor, luka dalam mata kiri dah mengecil. tapi mata kanan pula tumbuh selaput. mungkin allergic pada treatment. daku tetap bersyukur atas Allah berikan keupayaan untuk mata kiri ni kembali terbuka luas. daku sedar tak semuanya milik daku. lepas satu, satu pula masalah yang timbul. ini dugaan.
daku teringat betapa berusahanya daku yakinkan insan kesayangan; nurul afinie dulu bila dia ditimpa musibah. Allah menguji kesabaran kita, kerana Allah sayangkan kita. dan Allah hanya berikan sesuatu yang termampu kita harungi. sekarang memang itu yang daku pegang. bersyukurlah, daku ditimpa musibah sekarang. mudah mudahan kesakitan teramat sangat yang daku tanggung ini untuk membalas dosa daku yang tak terhingga.
nurul afinie pesan;
TOLONG JANGAN PERNAH PUTUS ASA!
daku usaha ok. sebab daku berkeinginan sangat dapat tengok wajah kelahiran anak kamu yang begitu demand suruh mama dia layan coffee kat starbucks!
perkara yang paling daku BENCI adalah, bergantung hidup pada orang lain. dan sekarang, daku tak boleh elak, dari menyusahkan hidup cupin setiap hari. kesabaran cupin, ketabahan cupin menjaga daku memang sesuatu yang sangat mengharukan. ini melebihi hebatnya dari kisah cinta. ini adalah ertinya sahabat susah dan senang.
cupin, Allah je yang mampu balas segala jasa kau.
bila kita ditimpa sakit, baru kita akan berusaha dekat diri kepada Allah kan?
kesakitan ini memang begitu menginsafkan. syukurlah sakit ini bukan sepanjang masa. ada masanya ia menyerang, daku tak termampu untuk buat apa apa selain berselawat dalam hati dan menahan nafas selama yang boleh.
mungkin ini caranya Allah mengajar daku untuk terus mengingati-Nya.
.gettouchedbykamu?.