Tuesday, August 12, 2014

Allah ajarkan sesuatu

beberapa ratusan ribu jam yang lepas, Allah aturkan macam macam mengisi kronologi hidup saya.

Allah ajarkan sesuatu melalui ujian hidup sahabat.
Bekas housemate saya, telah kematian tunang dalam sekelip mata.
Sahabat saya diuji dengan tertariknya nikmat sihat tubuh badan 
Sahabat saya diuji dengan balasan tidak amanah dengan tanggung jawab.

yang paling ketara, Allah ajarkan tentang ke-ber-gantung-an kepadaNya atas soal hidup, terutama jodoh. 
Allah dah aturkan datangnya jodoh, dengan tiga pilihan.
Satu, datangnya dari abah; aktiviti match make geng surau
Dua, datangnya dari bekas majikan.
Tiga, datangnya dari majikan terkini.

Istikharah.
Jawapannya bukan mudah. Mungkin Allah train untuk saya memaksimakan aktiviti menghubungkan sel sel dalam otak haha
Hati, sentiasa was was.
Mungkin benar, sahabat nasihatkan saya, perlunya buat solat sunat taubat sebelum mencari jawapan.
Dosa dosa lampau, mungkin menutup hidayah/petunjuk dari Allah.

Dan sekarang,
saya telah bertunang dengan dia; pilihan abah.

Allah janjikan perempuan yang baik, adalah untuk lelaki yang baik.
Itu betul betul mengusik jiwa saya.
Adakah Allah mengambil kira saya dulu yang hina?
Sebab pada mata kasarnya, setakat hampir 3 bulan berta’aruf dengan tunang saya, saya rasa taraf yang ketara.
Alhamdulillah, dia dalam definisi normal, dan, baik.

Pasti, 
saya akan ceritakan pada bakal zuriat saya, macamana manisnya Allah aturkan pertemuan jodoh saya. Saya tak nak dia bimbang celaru macam saya dulu.

Lillahita,ala.
Saya terima segalanya.

Sunday, January 19, 2014

astagfirullah

perancangan abah dan mak nak menemukan aku dengan ibunya 'lelaki' tersebut akan berlaku dalam weekend minggu depan. aku masih lagi sasau.

sasau.
tak terkata. ada tambahan isi isi penting karangan. sebab,

pagi tadi bekas majikan aku call. dia merancang benda yang sama. dan dalam aku tak sangka, aku pernah dilajaktemukan dengan empunya diri yang berkenan tanpa aku sedari sehari sebelum abah dan mak suarakan benda yang sama. 12 januari itu.

ya Allah.
mudahkanlah aku membuat pilihan
semoga salah satu kemahuanku, pilihanku, tidak menyakitkan hati mana mana hambaMu ya Allah dan tidak juga memudaratkan hati dan hidup antara kami.


Tuesday, January 14, 2014

bad and good. news

semalam. 13 january.
two major things happening.

one.
seharian rasa tak senang duduk. tak sedap hati. kelopak hujung mata kiri berkedip dahsyat.
motif, aku percaya, Allah cuba datang kan sesuatu.

sahabat yang aku rancang untuk sama sama mengejar syurga di mahsyar nanti; diduga ujian kesusahan.

sekerap aku menangis malam meratap betapa aku tak mampu terima hukum dunia, rupanya, dia, ujian pada aku hanya sejentik dari luasnya ujian dia. ya RABB, KAU lindunglah sahabat aku dari segala ujian yang tak mampu untuk aku, dia, dan ahli keluarga dia tempuhi. aku belajar menyayangi dia, berniatkan untuk KAU ya ALLAH.


two.
abah dan mak.
dah mula bersuara serious nak match make kan aku dengan anak orang surau taman rumah.
aku? redha.
ada rasa excited nak share dengan sahabat di atas. tapi, aku, tak boleh.


tak berdaya.
ya RABB.

mudahkanlah segalanya.
amiiin.

Wednesday, January 1, 2014

2014

syukur.
alhamdulillah.

Allah menguji saya dengan kesusahan.

ntah kembali merintih menghadap Allah ke kalau Allah tukarkan ujian kesusahan ni kepada ujian kesenangan.

nau zubillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...