haha
tiba tiba je nak cakap pasal poligami.
sebab, pada hari yang bertuah; eh di mana pulak tuahnya sedangkan daku terlupa tarikhnya bila!
hurm. yang penting, pengisian hari tersebut;
outting bersama watak kecintaan sejak lima tahun lepas, bertempat di mid valley mega mall, menyentuh bab bab cinta manusia yang duniawi nilah, kemudian bercerita pasal HAL SERIOUS HAL KAHWIN LAH APA LAGI.
dan terselit sedikit hal poligami. =)
dah lama kot tak lepak midvel! (nama manja mid valley mega mall)
lepas tu diskusi sambil layan pizza hut pulak. memang syahdu betul.
ops! FOCUS; POLIGAMI.
teringat dulu, ramai rakan rakan sejantina (hai, daku perempuan, bagi yang tak tahu) bagi pandangan tak percaya, bila daku utarakan daku tak kesah pun dimadukan. dan paling keji, bila rakan bukan sejantina mengepal penumbuk acah depan muka daku yang tak jelita ni, sambil berdialog;
KAU GILE KE YAT NAK BERMADU ?
tak. daku tak gila. daku redha.
aicehh.
begini.
setiap perkara yang diciptakan untuk kita, pasti ada manfaatnya.Allah SWT berfirman:
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang saja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”. (Surah An-Nisa’, ayat 2)
perlu diingatkan kat sini, daku bersetuju untuk berpoligami,
tapi, bukan bermaksud, beriya iya nak berkempen nak suruh suami suami berpoligami.
sebab HEI, DAH BACA SLOW SLOW TAK AYAT KAT ATAS TADI?
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang saja ..
come on lah.
dunia sekarang dah makin ramai wanita wanita,
yang baik perlu disayangi, dan yang kurang baik perlu dididik.
lelaki, memang terang terangan akan tewas pada satu nafsunya; wanita.
dah memang fitrah seorang lelaki macam tu.
jadi, bila nanti kita (wanita), dah bersuami, pikul tanggung jawab serba serbi terbahagi dekat anak anak lagi, dekat urusan rumah tangga lagi, lagi pulak kalau bekerja, akan ada masa untuk sang suami yang tak terbayar.
kalau suami tu jenis yang boleh bertahan, dan tahap kesabaran tu melangit, boleh lah kot nak stay, tak mencari 'hiburan' kat luar. tapi, dengan keadaan sekarang; zaman kapitalis (pinjam tag-line kau addy!), hiburan semata mata, dengan keadaan manusia yang semakin jahil ni, tak tergoda ke suami kita nak join sama.
so, solusi nya,
KITA JUMPA TOK BOMOH, BOMOHKAN SUAMI KITA SUPAYA SAYANG KITA JE.
KITA JUMPA TOK BOMOH, BOMOHKAN SUAMI KITA SUPAYA SAYANG KITA JE.
haha NAK MAMPOS?
jealousy?
of courselah ada okay!
tapi, besar ganjarannya kalau kita lebih meredhakan suami kita menjalinkan hubungan yang halal dengan wanita lain, daripada tah sepah sepah je dia jumpa perempuan tepi longkang. kita ni kan manusia, khalifah Allah di muka bumi, dikurniakan akal dan fikiran, maruah dan harga diri. bukan macam haiwan, nak buat sex je on; tanpa akad nikah kan.
jealousy dengan perempuan memang kawan baik kan?
baru baru ni daku baca dari buku - Sejarah Hidup Nabi Nabi (Qashasul Anbiyaa') 1980 -, tentang kisah Nabi Ibrahim AS dengan isterinya Siti Sarah dan dayangnya Hajar. terang terangan depan Siti Sarah diturunkan malaikat kepada Nabi Ibrahim AS membawa khabar berita bahawa akan lahirnya Nabi Ismail AS (anak dari rahim Hajar) dan Nabi Ishak AS (anak dari rahim Sarah).
selepas Hajar melahirkan Nabi Ismail, Siti Sarah jealous sebab Hajar mengandung dulu sebelum dia, dan disuruhnya Nabi Ibrahim AS hantar Hajar jauh jauh dari penglihatannya. Allah SWT kemudiannya mewahyukan kepada Nabi Ibrahim AS agar keinginan dan permintaan Siti Sarah dituruti untuk sesuatu hikmah yang tidak diketahui. dan akhirnya ditinggalkan Hajar dan Nabi Ismail yang masih breast-feeding oleh Hajar di Mekah, dengan hanya berbekalkan makanan dan minuman yang terhad, disekelilingnya hanya batu gunung dan pasir.
sedangkan isteri Nabi pun tak tertahan tahan jealous, inikan pulak kita.
TAK. bukan bermaksud, SILALAH JEALOUS. maksud daku disini, JEALOUS ITU SESUATU YANG NORMAL. bersabarlah. banyak pahala kita boleh dapat dengan bersabar.
ye.
daku redha dan insyaAllah akan bersedia jika suatu hari nanti dimadukan.
tapi, sekarang ni tengah mencari bakal suami bijak berlaku adil
dalam memberi kasih sayang kepada setiap zuriatnya, setiap isterinya,
memberikan didikan agama (INI PALING PENTING), supaya setiap zuriatnya menjadi anak anak yang soleh dan solehah, supaya isteri isterinya menjadi isteri isteri yang solehah dan saling hormat menghormati madu madunya dan terutama suaminya.
daku mencari bakal suami yang sangat layak untuk handle poligami.
dalam memberi kasih sayang kepada setiap zuriatnya, setiap isterinya,
memberikan didikan agama (INI PALING PENTING), supaya setiap zuriatnya menjadi anak anak yang soleh dan solehah, supaya isteri isterinya menjadi isteri isteri yang solehah dan saling hormat menghormati madu madunya dan terutama suaminya.
daku mencari bakal suami yang sangat layak untuk handle poligami.
SANGAT LAYAK.
baca dua kali, slow slow sambil urut dada anda
get what i mean?
anda tak berani kan?