Saturday, October 29, 2011

1st stranger on 2011

berfoya foya dengan stranger adalah bukan perkara mulia.



bosan kot kadang kadang. 'terpaksa' chat dengan stranger. 

ok tipu terpaksa.
haha

Tuesday, October 25, 2011

surat kepada

penyerahan surat oleh saya kepada yang berkenaan ahhoiiii


Menteri berkenaan,


saya sedang merancang berkahwin.  setelah berkahwin, kami merancang untuk melahirkan zuriat. saya dan bakal suami saya adalah daripada golongan yang biasa biasa sahaja. mungkin tidak berapa berkemampuan mendapatkan rawatan lanjut sepanjang tempoh hamil di hospital swasta islamik yang selalunya berkos tinggi. 


bolehkan tuan/puan berikan jaminan, atau menggubal dasar, atau menjalankan perlaksanaan supaya segala urusan kami di hospital kerajaan nanti diuruskan dengan individu yang sepatutnya seperti doktor muslim, muslimah dan tidak sesukahati menjadikan kami sebagai subjek (bahan tontonan) dalam kajian para pelajar medik membuat rujukan kes tertentu seperti yang telah berlaku sebelum ini.


 ini kerana saya perlu prihatin dengan kewajipan saya sebagai seorang muslim terutama dalam penjagaan aurat saya.


saya percaya, menteri menteri di negara Islam juga jelas dan prihatin dengan masalah ini.




cc. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di negara ISLAM.


untuk rujukan

Sunday, October 23, 2011

korbankan kesayangan

salah satu obsession daku pada zaman 2011 adalah DUIT, 
YES U ARE; MONEY.
duk kumpul kumpul membukit lepas tu tah macam tak ada nafsu nak belanja, 
bangang punya kerja.


so,
bila dah dikurniakan Allah rezki yang melimpah ruah tak putus putus, ditampar pulak dengan SUARA SUARA MENYERU atas kewajipan melaksanakan ibadah qurban.


oh ye. raya haji nak dekat dah. sekian pengumuman.
(jangan gaduh laki bini rebut balik kampung ok)


tahun ni adalah tahun pertama nak buat qurban atas satu bahagian nama sendiri. setahun satu bahagian sampai cukup 7 bahagian, boleh? hehe


Dipetik daripada Kitab Sabilal Muhtadin bahawa Nabi Muhammad bersabda bermaksud: 


“Perbesarkanlah korban kamu, kerana ia menjadi tungganganmu di atas titian siratulmustakim pada hari kiamat nanti."



InsyaAllah, qurban ni akan berlansung di Kemboja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...