Saturday, January 31, 2009

puji ke apa

mak dah balik ke Bangi. so secara automaticnya,tanggung jawab menjaga nenek, ada la terlekat sikit kat bahu daku. ah, tak pernah menjadi masalah pun semua ni.

yang menjadi masalah sekarang ni, bila malam tadi;

bermalam berdua je dengan nenek. (eh bukan ini masalahnya)
terasa macam nak mudahkan je segala urusan nenek, like;

isikan kopi panas dalam thermos, so that dia tak payah la bangun buat air.
*nenek selalu terjaga malam

so semalam, dengan hati yang suci dan penuh jujur, daku buatlah air kopi.

pagi tadi, nenek tanya;


kau buat air apa dalam thermos tu?
kopi la nekk..
rasa macam TEH.
...
eh?



kau rasa nenek daku tu puji ke perli ha?

Wednesday, January 28, 2009

penang to kedah o9


daku jealous tengok latest entri cik BUKAN SESIAPA.
ok. daku try version sendiri;

selangor - kL - penang - kedah - selangor
boleh?

SELANGOR.
jumaat 23hb hari tu, lepas je class pukul 12, daku dengan kak mimi terus merempit pulang ke Bangi. eh, tak lupa juga ada pelakon tambahan; kak raja, yang sabar menahan diri melantun lantun di seat belakang kancil yang dipandu begitu hyper, yelah kan mengejar masa :P
plan asal, nak pergi penang naik kereta. sebab tak cukup corumn (gila la nak tanggung tambang minyak tol semua), terpaksalah daku belajar belajar naik BAS.

ya diulangi BAS!


K L.
tiket bas dari Batu Pahat memang haram la nak membolehkan dirinya dibeli, sebab tengah raya cina kan. jadi, daku pun suka je menyusahkan abah dengan menyuruh dia beli tiket dari area Kajang atau Pudu.

jadi, setelah sampai je kat Bangi tengahari tu, abah drop daku dan kak mimi kat stesen LRT; Sungai Besi. nak hantar ke Pudu terus, confirm jam kan. alah KEYYYY ELLLL!!

BAS, adalah kenderaan yang mendatangkan paranoid yang sungguh dahsyat bagi daku. MABUK adalah climax kepada paranoid itu. jadi, terpaksalah daku mencari alternatif;
MENELAN chemical yang bernama DIMENHYDRINATE (50mg).

BAS yang dijanjikan akan depart jam 5.05pm, terkedek kedek delay sampai jam 6.
ya, TERIMA KASIH MALAYSIA!


PENANG.

kak, kita kat mana ni kak?
.. she mentioned someplace that i rudely forgot the name.. perak

later

kak, kita dah sampai mana pulak..?
.. again, she mentioned someplace.. perak

eh WTH? perak lagi!
ya, PERAK SUNGGUH PANJANG.

dan akhirnya jam 12 malam kami selamat sampai di Bukit Mertajam.
ke rumah mak tam kak mimi, dengan MOTOSIKAL. ok!

no no do not get me wrong, i am not complaining here.
daku cuma macam rasa culture shocked kut.

" menjadi gadis rempit di lewat malam ", adalah pengalaman yang SERONOK juga. now i know, kenapa mat rempit suka merempit. boleh ke macam tu? huhu

24hb awal pagi, pengantin yang aktif (kak zaimah), menjemput kami untuk temankan dia make up. this and that and, tiba masa menikah................................................

dot dot panjang sebab dah speechless.

boleh tak, nak SEBAK sama masa akad nikah?
boleh tak..?

:(

boleh tak, nak tumpang rasa sebak bila tanggung jawab UTAMA kat parents kita selama ni dah bertukar tempat ke suami?
boleh tak...?

:(

daku tak nangis lah. sebak je.


KEDAH.
25hb, menghantar pengantin ke rumah pengantin lelaki.
sempat menyibuk, berkongsi pengalaman dengan pengantin perempuan; rasakan suasana di rumah mak mertua kak zai. pergh.
dan malam itu jugak, daku pulang ke Bangi.


ya, dengan BAS.
dua tingkat ok.
bekalan DIMENHYDRINATE
masih mencukupi.
ouh terima kasih Tuhan.


back to SELANGOR.
jam 4.30 pagi, daku selamat sampai ke Hentian Kajang dan di pick up oleh abah. sehari merehat rehat diri, dan esoknya PULANG KE BATU PAHAT.

ouh. gambar, tunggu orang lain yang upload.
daku terlampau malas memegang camera sendiri.





ada cerita sucks tentang KAMU
nirrajimmm!
CHAR KUEW TIAW, KITA TAK DA JODOH LAGI! :(

Friday, January 23, 2009

kahwin gaga

friday. saturday. sunday.


3 days off to PENANG!


yay.




Tuesday, January 13, 2009

bukan lah sengaja

daku ada kawan bernama A, B dan C.
A, B dan C juga adalah kenal mengenali antara satu sama lain.
dulu status daku bersahabat dengan si A adalah boleh dikatakan dalam kategori agak close.
kemudian, B telah melakukan sesuatu yang agak dahsyat kepada C.
sesuatu yang agak dahsyat.
yang masih belum ada jalan penyelesaian antara mereka.

pada mulanya, sebagai seorang perempuan yang emosi, daku pastilah memihak kepada yang zahir dan batinnya nampak benar. atau dalam bahasa pasarnya, sibuk sibuk duk tolong curah minyak tanah ke bara api. A pulak tetap mendampingi B. mungkin ada sebab tertentu.

sekarang ni, daku masih berada dipihak yang daku rasakan benar, cuma dah rasa kurang patut nak mencurah minyak tanah tu. biarlah B uruskan sendiri hal dia dengan C.
yang pastinya, hutang perlu di bayarkan?

hubungan daku dengan A dan B dah macam minyak dengan air.
bertemu dipermukaan, tapi tak boleh nak masuk, nak campur dalam satu sama lain.

sejak kejadian yang agak dahsyat tu,
bukanlah sengaja nak pura pura simpan emas dalam mulut.
tapi memang tak tau nak borak apa dengan A dan B.

boleh tak nak diam je?
itu je.
tak ada niat pun nak putuskan silaturrahim. serious.



Islam melarang umatnya dari tidak bertegur sapa dengan sahabat seIslamnya yang lain dek kerana pergaduhan perkara keduniaan lebih dari 3 hari. Antara yang dimaksudkan pergaduhan kerana sebab dunia adalah kerana tanah, harta pusaka, rumah, tanam bunga masuk kawasan jiran, isu pangkat, isu cemburu wanita dan lelaki dan lain-lain yang tidak ada kaitan secara langsung kepada Islam.

Nabi SAW bersabda :
Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara
seIslamnya lebih dari 3 hari
( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)


Kenapa 3 hari?, inilah sifat fitrah dalam kerana Islam. Walaupun Nabi SAW pernah menasihatkan agar jangan marah dalam sabdanya :-

Ditanya kepada Rasulullah SAW : Apakah yang menjauhkan aku dari kemurkaan Allah SWT , jawab Nabi :
Janganlah kamu marah " ( Riwayat Ahmad, 2/175)

Walaubagaimanapun, kemarahan tetap tidak dapat dielak secara total, justeru Islam memberikan motivasi dan cara bagaimana cara menangani marah dengan pelbagai cara. Apabila ia berkait dengan orang lain, Islam mengajar kita agar jangan terlalu terbawa-bawa sehingga memutuskan ikatan persaudaraan dan persahabatan hanya kerana kes marah & gaduh tadi.

Imam An-Nawawi menyebutkan :-
"Diharamkan tidak bertegur sapa di antara Muslimin ( yang disebabkan punca pergaduhan dunia) lebih dari 3 hari secara jelas dari Nas hadith, dan secara mafhumnya difahami harus untuk melakukan itu (jika perlu) selama 3 hari, dan sesungguhnya dimaafkan sifat demikian kerana manusia sentiasa terbawa-bawa sifat marah"
(Syarah Sohih Muslim, 16/117)

Memang tidak mungkin untuk melenyapkan pergaduhan kerana keduniaan di antara sesama manusia, justeru Islam menggalakkan kemaafan antara satu sama lain.

Islam membenarkan tidak bertegur sapa untuk maksimum 3 hari sebagai memenuhi kehendak fitrah manusia, tetapi tidak lebih dari itu, kerana lebih dari tempoh tersebut akan membawa mudarat kepada ikatan dan keutuhan sesama Islam.

Di dalam kaedah Islam ditegaskan :-
"Kepentingan umum sentiasa di dahulukan atas kepentingan peribadi"
( Az-Zakhirah, 2/467 ; Al-I'tisam , As- Syatibi, 2/116 ; Al-Muwafaqat, 2/367)

Justeru, melayani kemarahan dan keegoan diri adalah kepentingan peribadi, jangan sampai ia melewati batas kepentingan umum. Kepentingan umum yang menjadi objektif Islam adalah masyarakat Islam yang berkasih sayang, bantu membantu dan objektif ini akan terhakis jika semua individu melayani kepentingan dan keegoan dirinya dalam hal ini lebih dari 3 hari.

Cuma perlu difahami, jika tidak bertegur sapa kerana berjauhan, kesibukan dan terputus komunikasi sehingga tidak dapat bertegur sapa lebih dari 3 hari, ia tidak termasuk dalam larangan Islam.

sumber >> www.zaharuddin.net


perempuan kan..?

Friday, January 9, 2009

whoa

Coca Cola = Huggies = River Island
Mc Donalds = Clinique = Disney
Donna Karan New York = Starbucks = Gap
Garnier = Perrier = Kotex
Sanex = Ja Malone = Lancome
Libbys = Tchibo = Loreal
Marks & Spencer = Kleenex = Maybelline
Nestle = Vittel = Revlon
= Wonderbra =

* no more Mc D? it will be the hardest sacrifices that i ever have to do.
* no more minum MILO anda jadi seeehattt dann kuatttt!

That is a list of brands we have found out donate money to ISRAEL.
We need to stop buying from them in order to cripple the ISRAEL economy. It may seem like a small thing to do but it is a start. (to destroy them!)


.those texts received by SMS from abah.

Tuesday, January 6, 2009

sembang kakak kakak

alhamdulillah.

hari ni, bersamaan 9 Muharam, dapat daku menambah pahala berpuasa. esok 10 Muharam, insyaAllah akan daku gagahkan berpuasa lagi.


Riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda:
"Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya".


hari ni berbuka puasa di Gazeebo; nama nak comersial kan. dah beberapa kali lepak makan kat sana sebelum ni (sepanjang daku sambung degree). banyak improvement la daripada dulu, foods pun dah bermacam macam pilihan. kira ok la.

* jealousnya sesetengah blogger best je upload gambar nak show up tempat mereka lepak lepak.
maaflah daku tak da passion nak mengambil gambar smart smart. maybe next time.

gerai kampung je. tapi decoration memang thumbs up la. mana kau nak cari gerai dalam area kampung decorate pakai langsir ala ala bali?

berbalik kepada title; SEMBANG KAKAK KAKAK.

kakak kakak?
sebab tadi kami berempat, daku, kak ina, kak mimi, kak zaimah.
(mereka ini boleh dikenali dari entri ini)

memang sejak sambung degree, daku banyak berkawan dengan kakak kakak. entah kenapa senang je nak masuk line. nak kata matang tu, secara jujurnya kak mimi tu taklah matang sangat lalala.
but the way they think, adalah sangat berbeza dengan rakan rakan sebaya yang berpeleseran sekitar daku. oklah fine lah nak cakap daku ni agak suka suasana yang under control, skema skema, dan tak huru hara sangat. kira dah tak jiwa muda sangat lah. fine, daku terima je. dah selesa macam ni, so what.


best tadi cerita pasal solat dhuha.
*sebelum ni pun ada jugak ura ura nak buat dhuha lepas intai blog The Spiral Eyes.
*ada jugak tengok tengok abah dan mak buat dhuha.

mm.. kau pernah buat?

pengakuan ikhlas tapi busuk, hingga sekarang umur daku 24 tahun, daku tak pernah buat solat dhuha. ok, sila ludah dengan marah untuk daku. tapi janganlah ludah ke muka daku. ludah geram dalam longkang je boleh, untuk tunjuk rasa marah, kesal.

so, 1430H, saksikanlah. daku akan mula buat solat dhuha.


Tuntutan Dhuha

Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari

google je la cara bacaan bacaan, macamana nak dirikan solat tu. info sekarang hujung jari je tak payah lah kau nak kena dress up smart smart bergegas ke kedai buku cari panduan solat dhuha. nak seribu daya.

atau kau malas sangat nak google; nah amik link ni;
http://surau.townplan.gov.my/surau/ebook/Solat_Dhuha.pdf

format pdf terus. tinggal nak print out je.

dan,

sejak kau hidup sampai sekarang ni, confirm sangat tiang tiang agama kau mesti tak terdiri semuanya. lagi lagi masa kau muda jagung sayur. hari tu daku sempat usha dalam paper *Berita Harian kut* bahagian soal jawab agama. solat fardhu yang telah disengajakan tinggal kena qhada. harap maklum.

1430H, saksikanlah. daku akan qhada semua tiang tiang agama tu lepas tunaikan solat fardhu insyaAllah. mana la tau hari hari buat boleh cover semua tiang tiang agama yang tak terdiri dulu.


.mari berpesan pesan sesama insan.

Thursday, January 1, 2009

melayu

cuba kau intai intai blogger dalam blogspot ni, atau mana mana saja la webblog, 5/10, kau akan jumpa luahan blogger yang berbangsa melayu, yang kutuk attitude sesetengah melayu lain. hoo! betul kan. bangsa sendiri pun kutuk bangsa sendiri. tak payah la sensitif sangat, apa? semangat keMELAYUan? kalau semangat tu ada, tapi attitude macam sampah, apa kau nak bangga?? meh sini daku nak cerita kisah yang berbaur 'kutuk bangsa sendiri' jugak.

~~
perkara pertama yang mendatangkan rasa menyampah bila sampai ke kolej masa mula mula daku sampai isnin lepas adalah;

(1)
pihak kolej kediaman yang bersifat pari - pari, bila, tidak menepati kata kata mereka di semester sebelum ni iaitu, TIADA PENUKARAN BILIK.

so daku dengan yakinnya simpan barang dalam locker di bilik sebelum ni, tingkat 3, atas sekali ok. dalam hal ni sila maafkan abah daku, kerana beliau tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk belikan daku kenderaan pacuan empat roda, atau van, atau kenderaan yang lebih besar yang membolehkan daku mengangkut keluar kesemua barang barang, sebaliknya beliau menyediakan sang kancil silver yang sangat setia dan tahan lasak walaupun buatan malaysia. lalala. ouh, cerita selanjutnya,

bila sampai di pejabat hostel nak ambil kunci, terserlahlah kePARI-PARIan pengurusan hostel bila mana daku diberitahu, BILIK KENA TUKAR. pulak. daku yang keletihan, layan je la usha senarai bilik. dan terima kasih kepada pengurusan hostel, blok B je yang free, tingkat atas sekali ok. kau bayangkan betapa akan terjejasnya lemak tak seberapa yang sempat diternak sepanjang duduk di rumah bila terpaksa angkut barang turun beberapa kali dari blok D (blok sebelum ni) dah tu pulak kena transfer ke blok B, beberapa kali juga bawa naik ke tingkat atas sekali.

bahana suka membuat kerja seorang diri, tiada membawa askar atau escort adalah perkara biasa dalam hidup daku. selama ni, tak pernah rasa sangat terrible menjadi seorang independent, sehinggalah hari itu. pergh.
janganlah sistem peranakan daku terjejas. uish.

membuat kerja dengan hati yang membara, dan tak lupa juga menyumpah nyumpah staf hostel, dalam hati je la.
siut betul. melayu, tapi cakap macam pari pari!

daku pun tak sure ini atas arahan pihak atasan ke apa. kalau nak skip something tu, mesti nak guna ayat;

ni arahan pihak atasan dikk.. kita ikut je, tak boleh buat apa apa.
awas pihak atasan. kau telah menganiaya manusia. jangan lupa, doa orang teraniaya makbul.


(2)
sehari lepas tu, sakit otot masa berkuat kuat angkat barang tu tak hilang lagi, ada la pulak masalah lain. kunci yang pihak hostel bagi tak boleh guna. satu hal pulak nak kena heret badan badan dengan perisa tambahan kepenatan otot tu turun, lepas tu naik blok pejabat hostel pulak. lepas complain, staf tu suruh balik bilik dulu, nanti dorang naik bilik.

ok, kalau kau rajin sila la kira berapa kali daku dah turun naik tingkat 3 dalam satu hari tu mulai cerita di sini >>

dah naik balik tingkat 3, lama jugak menunggu, baru la dorang datang. dah la staf tu lelaki lelaki ajnabi, yang masalah kunci tak boleh masuk je. apa kes sampai tiga empat orang datang bilik? tak selesa sungguh! dah tu datang bilik, lepas tu main sua sua kunci dalam tombol dan menabur kata, kunci baru siap jam 3 petang nanti. sila ke pejabat ambil kunci ya. tolong kira dah berapa kali turun naik tingkat 3.

jam 3 petang. ke pejabat hostel;
kunci awak tak buat lagi la. nantilah pukul 5 awak datang balik ambik ye.

WTH.

daku terlalu kecewa nak mempercayai kata kata staf yang mempunyai ciri pari - pari tu, dan mengutip kunci pada pagi keesokan harinya. lepas tu, naik balik tingkat 3 sebab nak try boleh pakai ke tak kunci tu. ouh terima kasih atas usaha anda wahai staf staf pejabat hostel. kunci tu tak boleh pakai jugak. terima kasih sangatlah.

mujurlah hati daku; si gadis yang semakin berusia sedang berang, tidak bertindak keterlaluan dengan menyimbah petrol ke pejabat hostel. daku sempat juga beristigfar, itu pun selepas beberapa kali mulut ni kecundang mengeluarkan sumpah seranah yang agak busuk kepada staf staf pejabat hostel.

dengan hati yang membara, daku berbudi bicara dengan salah seorang room mate baru, mahu pinjam kunci dia dan mahu duplicate sendiri.

di kala itulah, daku lebih menghargai kerja seorang apek cina tua, pembuat kunci yang membuat kerja dengan pantas,
yang awalnya tertidur atas kerusi malas tapi bingkas bangun bila mahu memberi servis, daripada beberapa orang melayu yang membuat kerja entah dia tau ke tak apa benda yang dia buat.

dan daku perlu ke pejabat hostel lagi untuk uruskan hal tu. dengan nada yang angkuh, daku terangkan dengan jelas dan terang;
encik, kunci tu tak boleh guna lagi. tapi tak payah susah susah dah, saya dah pergi duplicate sendiri. kalau nak tunggu pihak encik buat memang lambat GILA. malas saya nak tunggu!!

laaa.. ye keeeeeeee.... berapa ringgit awak buat ni........

respon yang begitu prihatin kan. masa tu tak semena mena daku menyumpah dalam hati, s*ut punya melayu. menyampah!


maaflah. entri ni tak berniat nak menyinggung sesiapa. daku terang terangan bukan seorang racist apatah lagi membenci bangsa sendiri. cuma attitude tu, kalau kau melayu ke kau cina ke kau india ke, lekatkan dalam kepala;
kau buat salah sikit, orang dah boleh mula salahkan kesemua manusia dalam bangsa kau.

marah noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...