pada ulang tahun perkahwinan daku yang ke (awww gedik. mula semula!)
pada ulang tahun hari lahir daku yang ke 15 tahun, manusia bernama anuar ni dijadikan 'hadiah' pemberian daripada best-boy-friend (masa tu je lah. kemudian ke-bestfriend-nan kami dicemari dengan emosi celaru cinta cinta monyet. siut. kemudian kami berantakan sebab daku tak boleh terima masa tu macam poyo la tak percaya kenapa best friend perlu ada perasaan cinta cinta pulak ni? tak cool! wekkk!!).
waw. panjangkan cerita dalam bracket tu? huhu
tapi taknak cerita pasal yang itu.
nak cerita pasal anwar.
tau ape si best-boy-friend (bbf) buat dengan manusia bernama anwar tu?
oh kalau nak bercerita, kelam kabut itu memang sifat daku ok.
mari kita flashback dulu dengan memberi gambaran awalan siapakah anwar pada cik yat.
anwar.
tak delah handsome sangat kot.
(ouh biasalah pilihan daku memang lari lansung dengan ciri ciri handsome yang extreme dan ciri ciri lain yang gadis gadis impikan). cerita dalam bracket kembali panjang kan? haha
anwar.
dia cool, appearance la.
dua tahun lebih tua dari daku.
muka dia sentiasa je macam sesuai dengan dialog;
uh..?ape eh ayat yang sesuai dengan dialog di atas, BLUR kot.
ye lah, muka dia jenis yang blur blur.
muka panjang ala ala aj-bsb auWW!
tapi bentuk muka je lahh.
eh muka tak penting sekarang ni (waw. kata hati dah bersuara :P)
eh ehh mula semulaa!
(kali ni buat betul betul!)
ehemm.. (ambil masa dengan berdeham di alam maya!)
anwar.
pada mata daku dia cool. sejuk mata memandang dan sangat sederhana.
bukan jenis lelaki yang huhahuha (ada faham?).
akibat pujian pujian di atas, maka terjadilah perkara admire.
hehe. dalam diam je lah. malu siut nak bagitau. gila apa?
relax aa kan. suka tengok je, tak semestinya kena ada hubungan serious bagai!
(syabas! perenggan yang berjaya menceritakan. ok cik yat, teruskan!)
perkara ini telah dikongsi bersama sama bbf. sebab masa tu bbf ada juga gadis manis yang dia usha. tapi bezanya, bbf sudah memulakan langkah langkah mengusha dengan serious. tapi semakin kami akrab semakin dia hilang fokus, siapa sebenarnya dia nak usha? daku ke si gadis manis itu.
eh eh cik yat. nak kena lempang?
kan tadi kau nak cerita pasal anwar!
anwar! oh.
ye, bukan dejavu. ambil semula kata kata di atas;
pada ulang tahun hari lahir daku yang ke 15 tahun, manusia bernama anwar ni dijadikan 'hadiah' pemberian daripada bbf.
tau ape bbf buat?
dia telah menemubual encik anwar itu untuk daku.
kemudian dia merekodkan perbualan mereka dalam pita kaset.
masa tu tak ada lagi teknologi voice recorder lah apa lah macam mp3 player sekarang yang digital habis, kalau tak nak kau delete je. dulu kalau nak record lagu lagu best kat radio pakai kaset tau tak!! bengang je kalau tengah record tu pita hitam tu dah masuk yang ke putih. adoi. record lagu tak habis!! tak pun, masa tengah record tu, boleh pulak siaran radio terganggu. perasaan macam nak hempas je radio tu! sekarang nak dengar lagu tak payah susah susah record mecord bagai. download je mp3. pergh teknologi, selain canggih, ia juga mengganggu cerita sebenar yang hendak diceritakan ni! chaitttt!
anak anak yang lahir pada zaman teknologi ini, mari daku tunjukkan apa itu pita kaset, jika ada yang tak ketahuan.
dalam perbualan bbf dengan anwar, pergh memang macam macam mencarut.
yang paling daku ingat semestinya pada suara encik anwar wish happy birthday dan yang paling diingati, bbf ada tanya pasal goal encik anwar. bukan goal bola eh sengal.
target dalam hidup.
tau tak, masa tu encik anwar bagi jawapan yang membuatkan daku hampa dan automatic berkata;
esh menyesal aku admire kauu ni!
dia jawab, target dalam hidup dia;
entah la.. aku jenis yang tak delah kalau buat something tu, then budget result gempak gempak.
aku jenis yang target something yang biasa biasa je.
kira macam kalau ada anugerah bintang 1 ke 5, dia akan pilih 3 je.
masa tu daku macam hampa la, apsal macam sengkek sangat fikiran tu?
sehinggalah hari ini.
daku buat perkara yang sama.
ye. benda yang kalau ada scale 1 hingga 5 bintang tu, daku pilih 3 je.
bukan apa, untuk mengelakkan kekecewaan melampau, ini adalah jalannya.
kita berusaha, itu memang perlu.
outcome target tu, tak nak lah gempak gempak sangat.
sebab kang kalau result yang keluar hampeh, tak ke kecewa kan?
kalau result yang gempak pulak keluar, kita syukur je lah, macam dapat bonus.
banyak benda dalam tak sedar daku buat secara sederhana.
dulu macam kecewa sangat dengan encik anwar dengan pendirian dia yang begitu sederhana tu.
sekarang, hehe. kau fikir la sendiri ayatttttt!
berapa banyak daaa benda kau settle dengan kau taruk '3 bintang' tu.
anda semua, janganlah prejudis dengan orang yang selalu je pencapaian dia average. kalau ada mulut jahat tu mesti nak gossip cakap 'orang tu tak berusaha la apa la, so padan muka result biasa biasa je'.
hey tak semestinya!
tau tak agihan rezeki tu sangat adil. kau kutuk di dia kurang yang itu sebab dia ada lebih yang ini. kau sebenarnya nampak diri kau terlebih ini sebab ada benda yang kau tak nampak sebenarnya kurang dalam diri kau.
kau mesti selalu pernah duduk diam kemudian fikirkan apa kurangnya kau dengan si dia yang kau rasa perfect.
kenapa kau tak ambil masa fikir, apa lebihnya kau ada berbanding dengan si dia?
hidup sederhana ni tenang. serious.
tq anwar, anda kenalkan kesederhanaan pada daku.
walaupun sesudah 9 tahun yang berlalu!