Tuesday, August 12, 2014

Allah ajarkan sesuatu

beberapa ratusan ribu jam yang lepas, Allah aturkan macam macam mengisi kronologi hidup saya.

Allah ajarkan sesuatu melalui ujian hidup sahabat.
Bekas housemate saya, telah kematian tunang dalam sekelip mata.
Sahabat saya diuji dengan tertariknya nikmat sihat tubuh badan 
Sahabat saya diuji dengan balasan tidak amanah dengan tanggung jawab.

yang paling ketara, Allah ajarkan tentang ke-ber-gantung-an kepadaNya atas soal hidup, terutama jodoh. 
Allah dah aturkan datangnya jodoh, dengan tiga pilihan.
Satu, datangnya dari abah; aktiviti match make geng surau
Dua, datangnya dari bekas majikan.
Tiga, datangnya dari majikan terkini.

Istikharah.
Jawapannya bukan mudah. Mungkin Allah train untuk saya memaksimakan aktiviti menghubungkan sel sel dalam otak haha
Hati, sentiasa was was.
Mungkin benar, sahabat nasihatkan saya, perlunya buat solat sunat taubat sebelum mencari jawapan.
Dosa dosa lampau, mungkin menutup hidayah/petunjuk dari Allah.

Dan sekarang,
saya telah bertunang dengan dia; pilihan abah.

Allah janjikan perempuan yang baik, adalah untuk lelaki yang baik.
Itu betul betul mengusik jiwa saya.
Adakah Allah mengambil kira saya dulu yang hina?
Sebab pada mata kasarnya, setakat hampir 3 bulan berta’aruf dengan tunang saya, saya rasa taraf yang ketara.
Alhamdulillah, dia dalam definisi normal, dan, baik.

Pasti, 
saya akan ceritakan pada bakal zuriat saya, macamana manisnya Allah aturkan pertemuan jodoh saya. Saya tak nak dia bimbang celaru macam saya dulu.

Lillahita,ala.
Saya terima segalanya.

Sunday, January 19, 2014

astagfirullah

perancangan abah dan mak nak menemukan aku dengan ibunya 'lelaki' tersebut akan berlaku dalam weekend minggu depan. aku masih lagi sasau.

sasau.
tak terkata. ada tambahan isi isi penting karangan. sebab,

pagi tadi bekas majikan aku call. dia merancang benda yang sama. dan dalam aku tak sangka, aku pernah dilajaktemukan dengan empunya diri yang berkenan tanpa aku sedari sehari sebelum abah dan mak suarakan benda yang sama. 12 januari itu.

ya Allah.
mudahkanlah aku membuat pilihan
semoga salah satu kemahuanku, pilihanku, tidak menyakitkan hati mana mana hambaMu ya Allah dan tidak juga memudaratkan hati dan hidup antara kami.


Tuesday, January 14, 2014

bad and good. news

semalam. 13 january.
two major things happening.

one.
seharian rasa tak senang duduk. tak sedap hati. kelopak hujung mata kiri berkedip dahsyat.
motif, aku percaya, Allah cuba datang kan sesuatu.

sahabat yang aku rancang untuk sama sama mengejar syurga di mahsyar nanti; diduga ujian kesusahan.

sekerap aku menangis malam meratap betapa aku tak mampu terima hukum dunia, rupanya, dia, ujian pada aku hanya sejentik dari luasnya ujian dia. ya RABB, KAU lindunglah sahabat aku dari segala ujian yang tak mampu untuk aku, dia, dan ahli keluarga dia tempuhi. aku belajar menyayangi dia, berniatkan untuk KAU ya ALLAH.


two.
abah dan mak.
dah mula bersuara serious nak match make kan aku dengan anak orang surau taman rumah.
aku? redha.
ada rasa excited nak share dengan sahabat di atas. tapi, aku, tak boleh.


tak berdaya.
ya RABB.

mudahkanlah segalanya.
amiiin.

Wednesday, January 1, 2014

2014

syukur.
alhamdulillah.

Allah menguji saya dengan kesusahan.

ntah kembali merintih menghadap Allah ke kalau Allah tukarkan ujian kesusahan ni kepada ujian kesenangan.

nau zubillah.

Monday, August 12, 2013

world biggest problem

taip taip taip,
delete delete delete.

na'ah.

taip taip taip,
delete, ok enough.

post.

Sunday, April 21, 2013

yang tinggal hanya tanggungjawab

cinta.
antara lelaki dan perempuan dah tak menjadi satu pencarian bagi saya dikala umur senja ni
(senja nye kaktonn)

yang menjadi datum dalam penilaian sekarang, sejauh mana keupayaan beliau dalam memahami tanggungjawab dan, kesanggupan beliau pikul tanggungjawab tu. 

so, suprised (LAHSANGAT), i finally accepted on a friend matchmaking thingy that i hated so much in past life.

1st conversation : 2 February 2013
1st met : 20 April 2013

he might be a journey, but lucky me if he is the final destination.

munajat serious bermula, lagi,
dan yang menjadi perhitungan
hanya tanggungjawab.

OH OKLAH, CINTALAH LEPAS NIKAH.

hihi nak jugak pengaruh drama. choiii

Saturday, January 26, 2013

upload laju laju entry banyak gambar

nak taruk title WOMANISH sebenarnya. tapi tak berapa nak bedah tajuk tu.

.

menjadi 'dara tunggal' dalam keluarga kerja adalah sesuatu yang istimewa, kadang - kadang.
salah satu bukti istimewa tu adalah seperti,

sang 127 kepancitan tanpa sebab munasabah yang dikenalpasti

situasi:
penghulu hari yang mulia; hari Jumaat dalam bulan November tahun lepas (berkurun sudah), saya buat rutin biasa, ke RC (Reporting Center) sekitar Batu Caves dan pulang ke Unit Office dalam jam 11 am. langsung tak perasan kejadian yang mengakibatkan perkara seperti yang di atas berlaku. jarak masa mungkin dalam dua jam setelah itu, adalah antara manusia prihatin wasap saya.

helpline, sangat. hahaha 

beliau yang me-roger, dalam perjalanan nak ke masjid untuk solat jumaat. lepas je solat jumaat, maka turunlah segerombolan warga pejabat (hampir 3/4 staf 2nd floor tu) turun memberikan bantuan pernafasan kepada tayar yang kepancitan tu. saya sungguh extra kagum dengan lelaki kalau bab bab tolong kawan ni. lagi lagi bab kereta. cukuplah saya, hanya jadi pemerhati yang berjaya je dari satu sudut.

peristiwa yang berkaitan previous entry pun sama.
yang saya cakap saya telah menghadiahkan diri sendiri dengan peti ais second hand tu kan. saya beli dari owner yang tinggal di Bukit Beruntung. begitu jauh jugaklah nak transfer ke Batu Caves. maka dengan kuasa veto bos atasan, beliau minta bantuan downline staf contribute-kan tenaga untuk transfer kan peti ais tu. saya tak perlu susah susah sewa lori bagai. nahhh ini dia harta yang tidak seberapa tetapi begitu dinanti-nantikan tu.

hai. saya samsung smart freezer. (nak jugak jadik smart)

dan, kebelakangan ni, kerja dah mula rasa challenging, sangat. tak boleh lansung buat muka ketat, nanti cepat je manusia sekeliling perasan. lepas tu mula la mereka mereka hantar kata kata semangat, haruslah hantar pakai wasap jugak;

bos  T__________T
suami orang itu TT____________TT

upline staf  -__________-


oleh itu, marilah mulakan larian. yeah running man i am.

setiap kali saya berlari, dengan harapan dapat lari dari masalah. 

saya baru perasan, kepada sayalah yuna tujukan lagu tajuk PENAKUT tu. bai.

-MUNTAH

Monday, January 7, 2013

gentle face palm

tajuk yang sangat sangat dipengaruhi oleh 9GAG.



tadi semasa sedang memandu, saya lepaskan pandangan rambang ke kereta kereta lalu lalang. lepas tu saya nampak lambang MIRA.

gentle face palm berlaku sendiri. sambil otot sekitar mulut bekerja buat senyuman.
sebab, teringat pasal satu kejadian yang berlaku antara saya dengan salah seorang insan kesayangan saya.

masa tu kami zaman sambung belajar diploma, dalam umur awal 20-an. beliau belajar di kolej swasta di cyberjaya. so, mak beliau sponsor kereta family, proton wira. dan tiba masa, beliau nak tukar kereta baru; perodua viva. ada satu malam tu, kami set untuk gathering. beliau ingat beliau sempat nak surprise kan saya dan kawan kawan saya; budget kereta baru sempat keluar on that date. ohh sekali, tak sempat keluar.

perodua dealer tu bagus jugak bagi beliau pakai perodua kancil sementara viva sampai. kancil tu agak meriah la dengan window visor cap mira lah. pemegang pintu kilat lah dan aksesori kereta macam macam yang lain yang biasa kita classified kan sebagai semak mata memandang.

so, bila beliau nak jemput saya, saya tertanya tanya lah ni kereta siapa. dia pun cerita lah dari A ke Z kenapa dia pakai kereta kancil tu.


bagus kan dia bagi pinjam kereta ni. even kereta ni obvious ada nama owner dia

nama owner? mana?

tu MIRA tu, sambil tunjuk kat mana mana yang ada cap MIRA.

ehhhhhhh ohhh BEBBBB. ini jenama macam accessories kereta lahhh
(face palm, gently)

ohhhhh serious tak tauuuuuuuuuuuuuuuw 


sekarang ni kalau keluar dengan dia, nampak lambang MIRA, memang wajiblah kena bahan. haha

Sunday, January 6, 2013

2013


first entry untuk tahun ni. susah betul saya nak menzahirkan dalam tulisan perkara perkara yang berlaku sekarang.

kehidupan.
ok kot. kot. nothing to be mourned. makan minum cukup. gaji kerja duniawi cukup. masa terluang cukup. geng geng baru are getting so well with me, even so they are all men.

pencarian.
ok, ada dua kelas.

** kelas pertama, pencarian jalan menuju Tuhan.



room mate yang warak tu mendorong saya untuk menghafaz. dia yang kenalkan saya dengan buku ni. at first, saya meragui kemampuan diri. tapi bila baca guideline dalam buku ni, saya rasa teruja bila dapat tahu, lagi banyak kita melatih otak untuk menyimpan memori, maka makin bergandalah daya kemampuan otak bertambah.

ok.

macam, kita ada satu jentera berkuasa A yang boleh bantu untuk hasilkan pensil. bila dah sampai tahap 100 pengeluaran pensil, jentera berkuasa tu akan upgrade automatic jadi AA(ganda), so kemampuan pengeluaran akan bertambah menjadi 10,000 pulak sekarang. unik betul!
saya cuba nak fokus surah surah lazim untuk hafalan awal. insyaAllah.

** kelas kedua, pencarian teman hidup yang mendorong menuju ke jalan Tuhan.

kes kes elektrik kecil dalam hati yang datang kebelakangan ni agak merunsingkan lah.
1. macam; suami orang.
2. macam; staf downline.
3. macam; staf upline.
4. macam; lelaki yang lebih muda. jauh lebih muda dari scandal lama. jauh lagi muda. MUDA understand me?

bersangka baik dengan Allah dan ketentuanNya.
setakat ini, jalan menjauhkan/melindungi diri adalah yang paling dirasakan selamat.

lain lain, saya telah menghadiahkan diri sendiri dengan membeli peti ais satu pintu second hand untuk kegunaan di rumah sewa. lepas tu orang kata;

mesti nanti masak masak. ok takpa. practice makes perfect.

haha ada kaitan tak?   :)

Saturday, December 22, 2012

you know what

saya cuba usaha mencari jodoh secara serious-santai buat kali kedua.
orang kata, kalau kita suka kat seseorang, jangan cakap pada orang tu.

semua milik Allah, termasuklah hati kecil ni, milik Allah.
Allah berhak  tentukan hati ni bersangkut paut dengan hati siapa yang selayak nya.

jadi saya doa, minta pada Allah.
lepas tu, seperti ada satu petunjuk yang membuatkan hati orang itu jauh dan semakin tidak bersangkut paut dengan saya.

oh man.
kecewa nya tidak lah seperti kecewa patah hati nangis sedu bad mood muka ketat seperti sebelum ini.

redha ni, lebih menenangkan sebab kita meminta melalui jalan Allah.
siapalah kita nak melangkaui apa yang Allah dah plan untuk kita,

kan?

Saturday, November 24, 2012

antara nikmat hidup duniawi


sahabat.
saya yat dan dia xing. hampir sempurna sepuluh tahun kami berkawan. tak sangka sekarang berkerja di bawah label syarikat yang sama.

saya, cik y; capturing..

kawan saya, cik x; capturing saya

pening tak baca capture gambar? haha
sangat tak sangka sekarang jumpa bincang serious hal kerja.

*waktu jumpa ni pun cik x nak hand over document untuk saya sampai kan ke unit office.meeting point;
MASJID NURUL IMAN, SERENDAH.

Monday, November 5, 2012

working class. ehem hero?





me and my men. sing it; we are the working class heroes :) 

Sunday, October 28, 2012

caution myself



due to work's commitment
I WILL BE LIVING AS A LONER again.
T__________________________T


 i am going to have lots of time; back in line, typing up every craps, probably starting on this  NOVEMBER 2012.

alahai nak duduk rumah mak.

Sunday, October 7, 2012

being a boss; it is damn funny.


the way of my staff conveying his appreciation.

Saturday, September 29, 2012

agensi


awak, kalau dah berpunya, nanti declare kat saya ke kat siapa siapa dalam office ni ke

eh apasal pulak kena macam tu..?

sebab, kat dalam office ni, ada agensi cari jodoh percuma.

ohh ok... saya.. dah ada yang punyaaaa lahh


terima kasih sebab sabotaj diri sendiri. jawapan poyo sebab malu, gelabah.
kalau cakap terus terang kan senang agensi buat kerja diorang hahaha


Saturday, September 22, 2012

ke-tidak sangka-an

i am now like a dry sponge; i need to absorb all of the moist coming over from all dimensions.  

kerja is work. saya tak punya banyak masa nak mengeluh nak mengadu dengan kerja baru ni.semuanya positive :)

saya rasa, kerja akan lebih stress out kan saya kalau bos saya tak berperangai super lucu. seriously, kerja banyak nak approve hari hari, bos pun buat lawak hari hari. office mate saya yang soleh tu pun, boleh jugak masuk raja lawak sama. 

we will be deadly serious in a serious time, but a super joker in a joke time. begitulah mereka. 

ada waktu santai, office mate saya yang soleh tu, ok fine, marilah namakan dia sebagai en.soleh lepas ni. mudahkan.

ok mula semula.
bila waktu santai, en.soleh dan saya masih melakukan proses ta'aruf sesama kami. sampai, ada SATU cerita yang disampaikan buat saya rasa nak menangis sangat. bukan menangis sedih, TERHARU. TERHARU GILA.

saya, baru je tahun ni istiqamah belajar belajar pakai stokin, belajar belajar pakai baju labuh labuh, belajar belajar pakai baju besar ala ala mengandung haha.
obvious sangat, tahun ni lah semuanya agak istiqamah.

last time, saya pergi job interview untuk vacant di company sekarang ni, saya dah rasa tawar hati dah sebenarnya. sebab TIGA kali kot kena panggil. tapi tulah, setiap benda yang kita tak suka tu, adalah Allah nak bagi hikmah. masa tu saya dress up sempoi je, stokin dah start pakai.

ada 3 orang yang datang interview masa tu, termasuk saya. saya berbeza masa tu, datang interview tak study, tak bawak notes, bawak diri je hahaha. saya agak rendah diri tengok candidate lain, ada sorang tu pergh aweks cun datang pakai baju kurung fashion apa tah. tapi cun lah, make up smooth. saya dah la tepek kat muka bedak baby je haha ada sorang tu pulak lagi, datang bawak beg sekolah. notes gila macam eshhh memang psycho saya lah seketika.

saya orang yang pertama masuk interview. serious, otak kosong (sebenarnya dah cuba study tapi tak ingat ingat haha). berbekalkan doa majikan lama saya je;
' salamun ala sulaiman na fil alaminn '

sebulan lepas tu, alhamdulillah dapat.

ok sambung cerita en.soleh dan saya berta'aruf tu;


sebenarnya, masa awak interview tu  bos1 (ada 3 bos yang interview saya), suruh saya pilih yang mana saya nak.

haa? wehh serious? saya tak nampak awak pun masa tu?

saya ada kat tangga masa tu.. awak tak nampak saya..

saya..  sebenarnya pilih awak sebab.. susah saya nak tengok perempuan pakai stokin sekarang..



lepas tu, saya rasa nak keluar je bilik tu, sebab nak nangis semahu mahunya sembah Allah.

Wednesday, September 5, 2012

kehidupan baru sebelum mati :)

fuh bilik saya kat office baru besar dan sangat selesa. saya kongsi bilik dengan kawan sejawatan. alhamdulillah, soleh orang nya.

kalau lah kawan solehah, boleh saya bawa bantal ka selimut ka katil ka buat tempat landing landing masa rehat huhu

ehemm. kalau tu kalam awal hasutan syaitonnnnn!


Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, September 2, 2012

sorta meat eater!

RUTIN 'DAILY REPORT' DENGAN MY OTHER HALF

i just do not know what happens on me recently. i ate meat lots especially lamb.
asal dine out, mesti nak makan western, mesti nak makan kambing. 

oleh sebab rasa sensation yang melampau, sampaikan nak google the pros of daging kambing and i am gainning THE OH WOW INFO;

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.
*info-click 

lepas tu rasa macam;


Wednesday, August 29, 2012

bai bos. oh hai bos baru.

walaupun dah berjaya tinggalkan tempat kerja lama, tapi hati kecil ada la sedikit calar dan risau risau besar untuk beberapa perkara. masa kat office lama, bos dah lah stok stok islamic lifestyle. nak dhuha selamba je pun dia kasi, siap saran kan buat lagi. masa ramadhan lepas, lagi la dia bagi permission suruh tadarus. nak lagi, dia buat kelas tajwid. kau ade?
haii la kat tempat baru ni harap harap dapat istiqamah buat dhuha. berharap. sangat.

tapi tulah. it is about my own survival;
- gaji besar sikit (hopefully sumbernya ditapis cukup halal)
- nak rasa environment baru, 
- nak usaha jumpa orang lain baru kat company besar (as if it means saya nak cari jodoh kot kot ada kat tempat kerja baru hihihi)
- to make use degree holder saya tuh
- nak apa tah lagi

tak sampai seminggu je lagi dah nak start duty kat tempat baru.
sepatutnya kena ada rasa nervous, tapi jap, tengah mood malas nak nervous, boleh tak.

nanti colleagues section baru saya, semua abang-gah abang-gah. 
nampaknya saya seorang je 'insan yang lemah tak berdaya' T___T
camana nak bincang hal hal gincu ka, cream muka ka, sale sogo ka camana camana

oh! there was really something happening after i get interviewed for the third times.

ye, interview sampai TIGA KALI. bos bos yang interview tu dah siap borak borak santai sebab dah kenal kot. cuma lepas tu, ada lah seorang stranger yang keeps on text-ing me; updating the status of selection progress. mestilah curious tanya siapa kan, even masa tu dah meneka neka mungkin kah bos yang interview sebelah kanan, atau tengah, atau yang kiri.

beliau pulak macam; 
"ohh nanti awak masuk kerja awak akan tahu jugak saya siapa."

*dikhuatiri bos, jadi kena la layan sms kan nanti takut la dia kata tak diplomatik pulak kikiki
sms punya sms sampai lah dia begitu baik hati email kan beberapa info untuk persediaan masuk kerja.
identiti dia pun lama lama dah terselak sikit sikit, dan diyakini haruslah dia orang nya!

so

first day, nak cakap camana dengan dia.
oh hai bos. bos ea yang selalu text saya tu kan?


huyyaii. 
AWKWARD nyaaaaaaaaaaaaa jemahh

Friday, August 24, 2012

59. al-hasyr

21.
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

22.
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

23.
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

24.
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.


*mengusahakan sesuatu :)

Published with Blogger-droid v2.0.6
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...