~~
perkara pertama yang mendatangkan rasa menyampah bila sampai ke kolej masa mula mula daku sampai isnin lepas adalah;
(1)
pihak kolej kediaman yang bersifat pari - pari, bila, tidak menepati kata kata mereka di semester sebelum ni iaitu, TIADA PENUKARAN BILIK.
so daku dengan yakinnya simpan barang dalam locker di bilik sebelum ni, tingkat 3, atas sekali ok. dalam hal ni sila maafkan abah daku, kerana beliau tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk belikan daku kenderaan pacuan empat roda, atau van, atau kenderaan yang lebih besar yang membolehkan daku mengangkut keluar kesemua barang barang, sebaliknya beliau menyediakan sang kancil silver yang sangat setia dan tahan lasak walaupun buatan malaysia. lalala. ouh, cerita selanjutnya,
bila sampai di pejabat hostel nak ambil kunci, terserlahlah kePARI-PARIan pengurusan hostel bila mana daku diberitahu, BILIK KENA TUKAR. pulak. daku yang keletihan, layan je la usha senarai bilik. dan terima kasih kepada pengurusan hostel, blok B je yang free, tingkat atas sekali ok. kau bayangkan betapa akan terjejasnya lemak tak seberapa yang sempat diternak sepanjang duduk di rumah bila terpaksa angkut barang turun beberapa kali dari blok D (blok sebelum ni) dah tu pulak kena transfer ke blok B, beberapa kali juga bawa naik ke tingkat atas sekali.
bahana suka membuat kerja seorang diri, tiada membawa askar atau escort adalah perkara biasa dalam hidup daku. selama ni, tak pernah rasa sangat terrible menjadi seorang independent, sehinggalah hari itu. pergh.
janganlah sistem peranakan daku terjejas. uish.
membuat kerja dengan hati yang membara, dan tak lupa juga menyumpah nyumpah staf hostel, dalam hati je la.
siut betul. melayu, tapi cakap macam pari pari!
daku pun tak sure ini atas arahan pihak atasan ke apa. kalau nak skip something tu, mesti nak guna ayat;
ni arahan pihak atasan dikk.. kita ikut je, tak boleh buat apa apa.awas pihak atasan. kau telah menganiaya manusia. jangan lupa, doa orang teraniaya makbul.
(2)
sehari lepas tu, sakit otot masa berkuat kuat angkat barang tu tak hilang lagi, ada la pulak masalah lain. kunci yang pihak hostel bagi tak boleh guna. satu hal pulak nak kena heret badan badan dengan perisa tambahan kepenatan otot tu turun, lepas tu naik blok pejabat hostel pulak. lepas complain, staf tu suruh balik bilik dulu, nanti dorang naik bilik.
ok, kalau kau rajin sila la kira berapa kali daku dah turun naik tingkat 3 dalam satu hari tu mulai cerita di sini >>
dah naik balik tingkat 3, lama jugak menunggu, baru la dorang datang. dah la staf tu lelaki lelaki ajnabi, yang masalah kunci tak boleh masuk je. apa kes sampai tiga empat orang datang bilik? tak selesa sungguh! dah tu datang bilik, lepas tu main sua sua kunci dalam tombol dan menabur kata, kunci baru siap jam 3 petang nanti. sila ke pejabat ambil kunci ya. tolong kira dah berapa kali turun naik tingkat 3.
jam 3 petang. ke pejabat hostel;
kunci awak tak buat lagi la. nantilah pukul 5 awak datang balik ambik ye.
WTH.
daku terlalu kecewa nak mempercayai kata kata staf yang mempunyai ciri pari - pari tu, dan mengutip kunci pada pagi keesokan harinya. lepas tu, naik balik tingkat 3 sebab nak try boleh pakai ke tak kunci tu. ouh terima kasih atas usaha anda wahai staf staf pejabat hostel. kunci tu tak boleh pakai jugak. terima kasih sangatlah.
mujurlah hati daku; si gadis yang semakin berusia sedang berang, tidak bertindak keterlaluan dengan menyimbah petrol ke pejabat hostel. daku sempat juga beristigfar, itu pun selepas beberapa kali mulut ni kecundang mengeluarkan sumpah seranah yang agak busuk kepada staf staf pejabat hostel.
dengan hati yang membara, daku berbudi bicara dengan salah seorang room mate baru, mahu pinjam kunci dia dan mahu duplicate sendiri.
di kala itulah, daku lebih menghargai kerja seorang apek cina tua, pembuat kunci yang membuat kerja dengan pantas, yang awalnya tertidur atas kerusi malas tapi bingkas bangun bila mahu memberi servis, daripada beberapa orang melayu yang membuat kerja entah dia tau ke tak apa benda yang dia buat.
dan daku perlu ke pejabat hostel lagi untuk uruskan hal tu. dengan nada yang angkuh, daku terangkan dengan jelas dan terang;
encik, kunci tu tak boleh guna lagi. tapi tak payah susah susah dah, saya dah pergi duplicate sendiri. kalau nak tunggu pihak encik buat memang lambat GILA. malas saya nak tunggu!!
laaa.. ye keeeeeeee.... berapa ringgit awak buat ni........
respon yang begitu prihatin kan. masa tu tak semena mena daku menyumpah dalam hati, s*ut punya melayu. menyampah!
maaflah. entri ni tak berniat nak menyinggung sesiapa. daku terang terangan bukan seorang racist apatah lagi membenci bangsa sendiri. cuma attitude tu, kalau kau melayu ke kau cina ke kau india ke, lekatkan dalam kepala;
kau buat salah sikit, orang dah boleh mula salahkan kesemua manusia dalam bangsa kau.
marah noo.
8 comments:
sabo itukan separuh dari imangggg
MElayu???
yg menulis pn xmlmbgkan melayuan...
hny mlmbgkan perempuanan
ouh ye Tanpa Nama,
sy memang perempuan yang berang dengan orang yg melebihkan kata kata drp usaha kerja.
sy terima komen anda, 'entri ini melambangkan perempuanan'
nwy, thanks kerana BERANI komen dengan tanpa identiti dan jantina.
berani betul.
hahaha...
nwy,xksh la ...
bkn ker smua ni mlmbangkan melayuan...
sm2 la pkirkan...
ank melayu...
kau kutuk aku,
aku kutuk kau,
melayu kutuk melayu,
melayu tetap melayu.
come on la.
pemencarutan si Tanpa Nama menemui jalan buntu.
melayu kutuk melayu? ouh yeah?
sy kutuk org yg suka bebel bebel je tapi tak buat kerja betul betul. obvious.
hey i like your blogging style...keep rocking like this..
This comment has been removed by a blog administrator.
..kecelaruan di pds adalah biasa..walaupun namanye suda bertukar dari desasiswa kpd kolej kediaman..
Post a Comment