
~ hari ni, setelah sekian lama baru daku ada mood nak menaip.
lepas graduasi dan menetap kembali di hometown, daku dipertemukan dengan sahabat sahabat baru. dan cerita cerita baru pun ada. wow wow, take it easy, ni bukan nak bercakap pasal cinta jiwang sang pari pari segala yang indah.
lelaki dan perempuan.
lelaki kita bagi nama boboi ok, yang perempuan nak bagi nama apa best eh? nini lah.
ok boboi ni, background family dia boleh lah kita bagi grade moderate, sederhana serba serbi. parents yang tak berkiralah nak terima menantu yang macam mana asalkan bukan gadis gadis busuk perangai.
nini pulak, background family dia agak lorded lah gitu. ayah nini accountant, mak nini doktor. walaupun nini ni macam gayanya kurang mendapat belaian kasih sayang parents dia yang sangat commit kepada kerja kerja grand gitu, tapi kira oklah didikan agama dia membentuk dia ada la jatuh dalam kategori gadis gaya ala ala muslimah. kiranya keperibadian tu masih suci dan tak terpengaruh dengan gaya muda mudi clubbing sana sini tak tentu arah semua.
maka boboi dan nini pun bercintalah.
dan jeng jeng jeng halangannya, ayah nini ni (ouh ada rhytme ninini best pulak bila baca laju laju), jenis yang demand calon calon menantu. tak nak accountant pulak (padahal dia tu accountant).
daku faham situasi ni. si bapak mestilah nak yang terbaik untuk anak. tapi soal jodoh ni agak kurang setujulah bila boleh pulak dia terus terus kata "BAPAK NGAK MAHU PACAR KAMU BERKERJA SEBAGAI AKAUNTAN. FULL STOP TAKE IT OR LEAVE IT" ecey. eh kira ok la kut kan daripada tak kerja, ataupun jual dadah ka apa ka.
entahlah. setiap manusia mesti ada sebab yang tersendiri.
hubungan boboi dan nini mulanya agak bertahan la, bercinta senyap senyap. sampailah bapak nini tu tau yang boboi tu akauntan. serangan mula hebatlah kan.
boboi tu daku bagi title sebijik; KURANG GAGAH.
sebab, bila dia dapat tau bapak nini banned calon menantu kerja akauntan, terus dia macam;
"OK THAT IS IT. I AM GONNA TURN OFF NOW"
ouh anda semua, itulah dia sifat sifat kurang gagah.
daku tak berada ditempat dia, so mungkin kurang faham celaru celaru dikepala hotaknya tu. tapi sebagai lelaki lah kan, tak salah kan kalau boboi AT LEAST CUBA jumpa ayah nini, slowtalk, pillowtalk ke apa talk ke, tanya baik baik;
" UNCLE, APA MASALAH U TAK SUKA ACCOUNTANT JADI MENANTU U? I ACCOUNTANT KAT COMPANY CABUK PUN KIRA HALAL APA GAJI I. I BOLEH JE BUAT IMPROVEMENT DALAM KERJAYA I. GIMME SOME TIMES. CHANGE NEEDS TIME LA UNCLE. "
haha sukahati daku je. tapi at least la, boboi tu kena jugak jumpa bapak nini, tunjukkan kesungguhan. tak setuju lansung daku bila si boboi ni, once dah dapat tau yang bapak si nini macam in a way to reject dia, dia terus stop. sambil pura pura bersiul dan berkata kuat kuat depan rakan rakan "ADA LAGI APA AWEK CUN" padahal sebenarnya nak menutup luka dalam hati. hampeh.
kesian nini.
hari ni daku belajar, dugaan cinta hadir dari sudut yang berbeza beza.
hurmmmmmmmmmmmmmm.
2 comments:
best tol citer nini dan boboi ni...
best la sangat haha
Post a Comment