bab lain.
setelah peristiwa baru nak mula berani mengorat ****** tapi tak jadi tu berlalu, saya berharap saya dah tak akan berhubung dengan ****** lagi. satu(utama), sebab malu. dua, sebab tak nak ganggu hubungan orang lain. tiga, sebab, wajiblah move on.
bab lain.
rasanya, dalam lebih kurang seminggu selepas tragedi kemaluan itu berlaku, ****** tiba tiba je call saya. mula mula saya sangat cuak nak angkat. dah macam macam saya fikir. adakah dia nak melakukan sesuatu yang saya takut akan berlaku itu berlaku (oh mann no!). saya tak angkat pun call dia. sebab masa tu maghrib, waktu waktu yang saya tak suka nak berkomunikasi dengan manusia melainkan darah daging sendiri. dia call saya tiga kali, bagus, sebab saya rasa macam dia ni ikut sunnah je. hahaha. esok pagi, dia text pulak.
' salam. hai cik. saya ada kat semenyih ni ada projek. dekat tak kalau nak jumpa? '
beberapa kali saya taip perkataan, lepas tu saya delete balik lepas tu saya taip lagi lepas tu saya delete balik. saya rasa sangat serba salah. walaupun sebenarnya tak patut rasa bersalah pun.
' eh perlu ke nak jumpa? hahaha '
saya fikir, wajiblah saya mencipta dialog dialog selamba, supaya saya sendiri tak rasa stress dan fikir bukan bukan pasal apa yang akan berlaku.
' saya rasa perlu '
okay. masa itu, saya rasa macam; bodohnya saya, kenapa saya balas text dia. lepas tu saya ignore, lepas setengah jam dia call. saya takut nak angkat, lepas tu saya intend nak hang up call je, tapi ke-reckless-an saya, saya pergi slide button answer. bagus.
' oh ok. awak nak bagi kad jemputan ea '
saya cuba sedapkan hati sendiri.
bab lain.
ye. kami berjumpa. tanpa mahram, so saya suruh dia bawak kawan dia. lokasi; hahahaha sesuatu tempat yang sangat bising dan ramai gila orang. supaya tak wujudkan suasana dan rasa; pelik.
' so here is the plan.'
start dia cakap macam tu, saya hanya banyak pejam mata dan urut urut kening. plan. ada pulak dia buat plan?
bab lain.
saya.. bertunang dengan orang yang saya baru kenal. mak saya bising bising sebab saya tak ada steady girlfriend, so dia punya idea nak tunangkan saya dengan geng tupperware dia. sepanjang saya kenal dia (tunang), tak banyak benda yang saya tertarik. frankly speak, dia perempuan yang biasa biasa je. tak pakai tudung, kurang peka aurat sendiri, tak matang blablabla. kalau saya tinggalkan dia, mesti mak saya marah gila. awak rasa awak sudi tak kalau awak jumpa keluarga saya, dan saya cakap kat mak saya, sebenarnya saya tak nak nikah dengan tunang saya.
bab lain.
awak, memang gila.
ini suara dalam hati je, muka reaksi selamba (tahan nangis, takut tiba tiba)
bab lain.
jangan anggap saya nak riak dengan amalan amalan yang saya dah cuba buat untuk dapatkan keredhaan Allah. saya cuma nak cerita, macammana saya dapat gerak hati yang saya yakin, ini atas bantuan Allah. malam malam lepas saya balik kerja parttime, saya akan curi masa nak mengadu masalah dengan Allah. saya buat solat hajat untuk meminta pada YANG BERKUASA YANG MAHA MEMBERI tentang keinginan keinginan saya. saya mintak jugak keredhaan dan ketabahan hati jika saya tak dapat apa yang saya harapkan bukanlah apa yang terbaik untuk saya. saya dapat rasa ini, bukan sesuatu yang betul. hati saya walaupun ada goosebumps dalam hati, ada butterfly dalam perut, hati saya tak diberatkan untuk meng-iya-kan benda ni. saya ambil masa nak explain kat dia. oleh sebab masa lama sangat saya ambil masa nak fikir, dia dah respons dulu.
' saya minta maaf. saya sebenarnya tak patut buat macam ni. kan? '
OH YA ALLAH TERIMA KASIH KERANA KURNIAKAN DIA GERAK HATI UNTUK BERFIKIR SEDEMIKIAN.
just in the right time!