tajuk yang sangat sangat dipengaruhi oleh 9GAG.
tadi semasa sedang memandu, saya lepaskan pandangan rambang ke kereta kereta lalu lalang. lepas tu saya nampak lambang MIRA.
gentle face palm berlaku sendiri. sambil otot sekitar mulut bekerja buat senyuman.
sebab, teringat pasal satu kejadian yang berlaku antara saya dengan salah seorang insan kesayangan saya.
masa tu kami zaman sambung belajar diploma, dalam umur awal 20-an. beliau belajar di kolej swasta di cyberjaya. so, mak beliau sponsor kereta family, proton wira. dan tiba masa, beliau nak tukar kereta baru; perodua viva. ada satu malam tu, kami set untuk gathering. beliau ingat beliau sempat nak surprise kan saya dan kawan kawan saya; budget kereta baru sempat keluar on that date. ohh sekali, tak sempat keluar.
perodua dealer tu bagus jugak bagi beliau pakai perodua kancil sementara viva sampai. kancil tu agak meriah la dengan window visor cap mira lah. pemegang pintu kilat lah dan aksesori kereta macam macam yang lain yang biasa kita classified kan sebagai semak mata memandang.
so, bila beliau nak jemput saya, saya tertanya tanya lah ni kereta siapa. dia pun cerita lah dari A ke Z kenapa dia pakai kereta kancil tu.
bagus kan dia bagi pinjam kereta ni. even kereta ni obvious ada nama owner dia
nama owner? mana?
tu MIRA tu, sambil tunjuk kat mana mana yang ada cap MIRA.
ehhhhhhh ohhh BEBBBB. ini jenama macam accessories kereta lahhh
(face palm, gently)
ohhhhh serious tak tauuuuuuuuuuuuuuuw
sekarang ni kalau keluar dengan dia, nampak lambang MIRA, memang wajiblah kena bahan. haha

2 comments:
low yatt
ada kena mengena ka apa?
Post a Comment