Saturday, May 21, 2011

voices in my head

hahaha seriously, daku macam dengar ada suara suara busuk dalam kepala. (kadang kadang). dramatic betol dah macam babak orang sakit jiwa dalam drama drama television gitu.

well, TODAY is my birthday.
( ada dengar sikit bunyi cengkerik)

tak ada apa sangat yang berubah melainkan masa bekerja adalah menjadi satu commited pada daku. double jobs are paying me tiredness and oh sometimes as a way to escape. 
to escape from what? 
itulah jawapan yang kita tak berapa nak tahu.

setiap kali pergi kenduri kahwin rakan rakan seangkatan, masa bersalam dan mengucapkan tahniah, sebenarnya daku nak sangat tanya soalan yang sangat susah kot nak dapat jawapan.

SOALANnya berbunyi begini;

CAMANE KAU BOLEH ISTIQOMAH MENCINTAI DIA DAN BERKAHWIN DENGAN DIA.

i s t i q o m a h .
seriously, DAKU mempunyai masalah dalam menapak hubungan cinta yang istiqomah pada seorang. oh BUKANlah ini ayat penyataan bahawa daku ini seorang player cis. contohnya seperti,


ada seorang jejaka, datang nak approach, kemudian daku seperti biasa memberikan peperiksaan bertingkat tingkat (selalunya berdasarkan keperluan agama la). oh tak guna la muka hensem tapi solat tak jaga. oh tak guna la cinta separuh mati katanya tapi cinta dia pada Allah sipi suku pun tak capai.

lepas tu, datang lagi sorang jejaka approach. ok kau bukak langkah, meh sini masuk, masuk bagi bunga. so sekejap je nanti daku akan tinggalkan jejaka A ni lepas jumpa jejaka B. lepas tu bila jejaka C datang, perangai jom lompat lompat pun berlaku.

daku ada terbaca dalam majalah solusi pasal jodoh jodoh ni. 
KENA ISTIQOMAH DALAM MENJALINKAN HUBUNGAN. fuh.

masalahnya, bekas calon calon;
(perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. sedar diri ini taklah begitu baik, tapi tak pernah berhenti berusaha nak menjadi 'baik'. jadi kepercayaan begitu menjadi datum untuk daku menilai nilai jejaka yang pernah singgah menyedekah kasih sayang)

1. 
dulu pernah (oh sekarang pun dia masih lagi) ada seorang jejaka yang supercinta pada daku. tahap dia maha duniawi. kalau dalam drama melayu memang sweet like cokelet la, BUT NOT TO ME. hari hari mau call, hari hari mau sms, hari hari mau report. mual betol. makin larikan diri, makin dahsyat dia kejar. dia tak hensem (ini bukan kutukan rambang, kutukan ini bertujuan lain), lepas tu bila daku reject reject dia, mula la cakap apa dosa dia tak hensem? apa dosa dia lebih muda dari daku? apa dosa dia berketurunan tak baik? percayalah, terlalu MEMULIAKAN cinta manusia lebih daripada cinta Allah adalah bukan satu perbuatan yang baik. huh

2.
lepas tu jejaka supersilence. tenggelam timbul pastu tenggelam pastu tah manetah hanyut. hari ni confess jatuh kasih, esok lusa hilang dalam pasir jerlus. daripada daku rasa nak mengenali lebih lanjut, dah terus tak berminat dah. awak ni tak faham ke saya ni jenis yang malu nak mencari. jadi bila dah jumpa jejaka lain, dia pulak muncul lagi, dengan kata kata yang pra-kecewa ucapkan selamat berbahagia la apa la. ok, babai to the type.

3.
 jejaka separa ikut budaya-hedonism. dia cool, tapi daku cukup berkira bila tengok dia merokok lah. kaki karaoke lah. main game poker dalam fb lebih lebih lah, lepak berpelesiran malam malam sangat dengan kawan kawan dia lah. daku tahu itu hak tapi tah la kenapa la tegar sangat nak mencari at least yang difikirkan setaraf level daku terhadap keimanan kepada Allah. mestilah lelaki lebih sesuai dijadikan untuk membimbing perempuan. jadi, bila dia guna alasan 'awaklah bimbing saya' automatic daku amik lane laju, potong!

4. 
pernah jugak tersuka seseorang tetapi selalu angkat bendera putih sebab selalunya terLALU SEGAN nak memulakan langkah. ok babai hahaha

kutuk kutuk je pandai kan. hahaha lepas tu, pernah kena maki dengan salah seorang jejaka;
AWAK TU MEMILIH SANGAT.

masalahnya kita ada hak memilih yang kita fikirkan terbaik untuk kita kan?
lepas tu ada pulak nasihat sinis cakap;

terimalah seadanya. cinta itu bermaksud menerima segala kekurangan dalam diri orang yang dikasihi.
KEKURANGAN FIZIKAL ok daku boleh terima kerana siapalah daku ni taklah sejelita vanida imran.
hal hal tak hensem, kurus, itam, pendek itu bukan kelemahan yang diambil kira.

KELEMAHAN YANG NYATA DAN YANG DIAMBIL KIRA ADALAH;
kurangnya KECINTAANNYA KEPADA ALLAH, RASUL-RASULNYA.
boleh tak tunjuk sikit sifat sifat menjadi pemimpin dan pembela agama.

fuh. emo saya di hari menambah usia hehe




-update: scandal baru kawan sekelas lama♥
minta minta la lepas ni lebih istiqomah DENGGG!

Sunday, April 10, 2011

Saturday, April 9, 2011

oh cengkerik bunyik kuat gila

kau kena belajar percaya pada first instinct, sebab first instinct itu adalah sesuatu yang benar dan penuh racun (kadang-kadang).
JANGAN CTRL+A! JANGAN!

NAMPAKNYA DIA BETUL BETUL DAH BERTUNANG.

maka makin kuatlah bunyi cengkerik. sekian, terima kasih.




-oh! rasa super duperr tercabar-

Monday, April 4, 2011

bongkar lagu lama lama dia bagi hukhuk




Jealousy
, turning saints into the sea
swimming through sick lullabies
choking on your alibis
but it’s just the price i pay
destiny is calling me
open up my eager eyes
‘cause i’m Mr Brightside
.

Saturday, April 2, 2011

tak jealous tapi dengki gila

dupdapdupdap lalu depan rumah bekas kekasih,
curi pandang tengok tengok dah naik khemah.
dem! takkan dia majlis dulu kot dari daku.
 

itu bukan jealous. itu dengki.
lagi satu, dengki tu menutup relevant.
SEBAB,
mana la ada naik khemah kat rumah tunang lelaki.

haha astagfirullah.
macam la takda benda penting lain nak difikirkan panjang :P

Tuesday, March 29, 2011

kau tak payah tanya meh sini aku nak cerita

dem.
lama gila post ni perap tak publish publish!
terima kasih kepada kakanda sebilik yang mengingatkan daku tentang pemilikan blog datnsendiriseri ni.

nah post peram!


*sepatutnya tajuk entry ---> vary various

first.
jawapan kepada istikharah dan hajat yang diusahakan istiqamah selama sebulan berturut memberikan kekuatan untuk terus sendiri dan itu bukan alasan untuk tidak berusaha membaiki diri sendiri menjadi wanita yang baik KERANA nyatanya LELAKI YANG BAIK ADALAH UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK. insyaAllah. details ceramah yang berkesan dalam jiwa bolehlah merujuk kepada majalah solusi isu29.
dem. membakar jiwa betul.


second.
sangat sangat berusaha memberikan yang terbaik lebih atau setara dengan apa yang telah diberikan sebelum ini;
ouh maaf, ini merujuk kepada amanah kerja.
stress sikit. 
sikit je.

third.
redha dengan ujian Allah yang tak seberapa. bila diduga berhadapan dengan ketidakmatangan seseorang yang melulu menuduh punca tepat di muka. UNTUK RECORD PERIBADI; SAYA PEMUSNAH KEBAHAGIAAN ORANG.
small the matter. piece of cake.
kelemahan dia adalah kelebihan untuk kita.


fourth.
nak tukar kerja, tetapi selepas program yang diarahkan sempurna bersidang. bukan semata atas dasar isu personal. hanya mahukan pengalaman yang berbeza.
anyone? ada info untuk job vacant?




fifth.
kena ngorat dengan jejaka OKU.
bukanlah merendah - rendahkan martabat anda wahai jejaka. tapi jalan ceritanya agak kurang menepati gaya hidup islamik, which I DO NOT LIKE IT VERY MUCH. lepas tu bila dia buat perangai tak senonoh, daku mula la terkait kaitkan kecacatan fizikal dia sebagai sebahagian daripada kata maki, contoh (tak tepat);
ESHHHH DAH LA TEMPANG, SUKA PUSH PUSH ORANG LAK TU EEE.
soorrrrrrrrrryyyyyyy to sayyyyyyyyyyylah!


sixth.
NAK BERCUTI CUTI UTARA MALAYSIA bersama geng geng bujang (soon-notanymore) UTHM. ya Allah berikanlah kami rezeki untuk berjumpa untuk hubungan kami semua lebih harmoni.


seventh.
baru daku rasa derita merindu.


eighth.
ya Allah. matikanlah si dia jika dia tak mampu mampu menanggung kesakitan, dan jika mati itu lebih baik untuk dirinya. dan hidupkanlah dia jika dia berupaya untuk teruskan berjuang dan jika itu lebih baik untuknya.


ninth
susahnya hidup sebelah rumah laki bujanggggggggggggggggggggggggggggg!
HUARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.


ok bai. esok meeting.

Thursday, December 9, 2010

eh bebi

bebi, i nak tanya u sepuluh je soalan. nanti u jawab dalam kertas kajang tau. 220 patah perkataan.

Sunday, October 31, 2010

petua awet muda

nenek nenek sekalian, tak perlulah risau kalau takut terlampau nampak macam nenek nenek sangat.
good news allll, i have found the formula to how to look young before your truly age. seperti dibawah;


1) tak buat apa apa
testimonial dari H(pangkal huruf dari nama sebenar)
aku rasa budak budak zaman sekarang ni dah over-dress melebihi dari yang sepatutnya. so, bila kita dress up biasa biasa je, nampak macam kita ni naive dan muda daripada budak budak over-dress ni "


2) ulang je petua nombor 1.




Sunday, October 24, 2010

Thursday, October 7, 2010

kenapa saya perlu berusaha jadi perempuan solehah

Hadis Riwayat Muslim sabda Nabi Muhammad SAW;
Sesungguhnya dunia ini pada keseluruhannya keseronokan, 
dan sebaik - baik keseronokan ialah 
perempuan yang solehah.



million thanks to hadi the contributor :)

Tuesday, October 5, 2010

beras percuma

tapi 
bukan untuk kaulahtamakhaloba!


http://www.freerice.com/

Saturday, October 2, 2010

kawan merintih

kawan kawan tengah dilanda musim kemarau cinta manusia.
putus tunang, putus cinta.
WOI TOLONGLAH JANGAN SAMPAI BERCERAI.


" yat, aku ni jenis yanggg tahh la ekk.. biar aku yang patah hati, sakit hati, 
tapi jangan sampai aku yang buat orang lain sakit hati "
*budget tu perilaku mulialah


" ouh yeahh? hurm ..aku pulak,(TAK NAK KALAH) kalau diberi kudrat untuk bertahan, 
aku nak jadi macam; biarlah aku susah, tapi tak menyusahkan orang "


" dohh.. janganlah lari tempo. sekarang ni aku yang punya drama. 
kau tak payah la pulak nak lawan madah aku "


"oh oh oh ok "
*diam pasrah. dan rasa super poyo (TAKNAK KALAH WOI)



Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Edulfitri.



ya Allah ya Tuhan,

kami memohon kepadaMu iman yang berkekalan
dan kami memohon kepadaMu hati kami yang khusyuk
dan kami memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat
dan kami mohon ditetapkan keyakinan yang besar
dan kami memohon amal yang soleh
dan kami memohon tetap dalam agama Islam
dan kami memohon diberi kebaikan yang melimpah - limpah
dan kami memohon kesihatan yang sempurna
dan kami memohon kesyukuran atas kesihatan kami
dan kami memohon kecukupan.

ya Allah ya Tuhan kami,
terimalah sembahyang kami,
puasa kami,
rukuk kami,
pengabdian kami
dan sempurnakanlah apa yang kami lakukan selama sembahyang
ya Allah, ya Allah, yang Maha Pengasih dan Penyayang.

selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat - sahabatnya sekalian dan segala puji bagi Allah Pengatur Alam.

-doa sesudah solat witr-




MAAF ZAHIR BATIN

Friday, August 20, 2010

hati hati mangsa terbaru

اكو منچينتايمو كران اڬام يڠ اد ڤدمو، جك كاو هيلڠكن اڬام دالم ديريمو، هيلڠله چينتاكو ڤدمو


Imam Nawawi

Saturday, August 14, 2010

yang namanya .. J

jodoh.


selalu orang cakap jodoh tak datang bergolek. kan?
hellow? siapa yang nak jodoh datang bergolek
nanti cacat, comot siapa nak ?


selalu orang cakap jodoh tu, kita sendiri kena usahakan.
tapi, dengan cara yang betul.


selalu orang cakap;
KALAU DAH JODOH TU BERSAMA JUGAK NANTI


tapi, setelah difikirkan berkali kali di malam hari sunyi,
jodoh itu adalah;


kesanggupan kau terima segala kelemahan si dia.
kesungguhan kau berkongsi kelebihan yang ada dengan dia
keinginan kau kongsi segala kelemahan yang kau ada dengan dia
vice-versa.


OK SEKARANG RASA 
KESIAN DENGAN ORANG(KALAU ADA) SANGGUP TERIMA KELEMAHAN YANG ADA DALAM DIRI ini 
dan, mungkin,
VICE-VERSA.

Wednesday, July 28, 2010

saya izinkan awak kahwin lain

haha
tiba tiba je nak cakap pasal poligami.

sebab, pada hari yang bertuah; eh di mana pulak tuahnya sedangkan daku terlupa tarikhnya bila! 
hurm. yang penting, pengisian hari tersebut; 
outting bersama watak kecintaan sejak lima tahun lepas, bertempat di mid valley mega mall, menyentuh bab bab cinta manusia yang duniawi nilah, kemudian bercerita pasal HAL SERIOUS HAL KAHWIN LAH APA LAGI.
dan terselit sedikit hal poligami. =)

dah lama kot tak lepak midvel! (nama manja mid valley mega mall)
lepas tu diskusi sambil layan pizza hut pulak. memang syahdu betul.

ops! FOCUS; POLIGAMI.

teringat dulu, ramai rakan rakan sejantina (hai, daku perempuan, bagi yang tak tahu) bagi pandangan tak percaya, bila daku utarakan daku tak kesah pun dimadukan. dan paling keji, bila rakan bukan sejantina mengepal penumbuk acah depan muka daku yang tak jelita ni, sambil berdialog;
KAU GILE KE YAT NAK BERMADU ?

tak. daku tak gila. daku redha.
aicehh.

begini.
setiap perkara yang diciptakan untuk kita, pasti ada manfaatnya.Allah SWT berfirman: 
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang saja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”. (Surah An-Nisa’, ayat 2)

perlu diingatkan kat sini, daku bersetuju untuk berpoligami, 
tapi, bukan bermaksud, beriya iya nak berkempen nak suruh suami suami berpoligami. 
sebab HEI, DAH BACA SLOW SLOW TAK AYAT KAT ATAS TADI?
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang saja ..

come on lah.
dunia sekarang dah makin ramai wanita wanita,
 yang baik perlu disayangi, dan yang kurang baik perlu dididik. 
lelaki, memang terang terangan akan tewas pada satu nafsunya; wanita. 
dah memang fitrah seorang lelaki macam tu. 

jadi, bila nanti kita (wanita), dah bersuami, pikul tanggung jawab serba serbi terbahagi dekat anak anak lagi, dekat urusan rumah tangga lagi, lagi pulak kalau bekerja, akan ada masa untuk sang suami yang tak terbayar.

kalau suami tu jenis yang boleh bertahan, dan tahap kesabaran tu melangit, boleh lah kot nak stay, tak mencari 'hiburan' kat luar. tapi, dengan keadaan sekarang; zaman kapitalis (pinjam tag-line kau addy!), hiburan semata mata, dengan keadaan manusia yang semakin jahil ni, tak tergoda ke suami kita nak join sama.
so, solusi nya,
KITA JUMPA TOK BOMOH, BOMOHKAN SUAMI KITA SUPAYA SAYANG KITA JE. 
haha NAK MAMPOS?

jealousy?
of courselah ada okay!
tapi, besar ganjarannya kalau kita lebih meredhakan suami kita menjalinkan hubungan yang halal dengan wanita lain, daripada tah sepah sepah je dia jumpa perempuan tepi longkang. kita ni kan manusia, khalifah Allah di muka bumi, dikurniakan akal dan fikiran, maruah dan harga diri. bukan macam haiwan, nak buat sex je on; tanpa akad nikah kan.

jealousy dengan perempuan memang kawan baik kan?
baru baru ni daku baca dari buku - Sejarah Hidup Nabi Nabi (Qashasul Anbiyaa') 1980 -, tentang kisah Nabi Ibrahim AS dengan isterinya Siti Sarah dan dayangnya Hajar. terang terangan depan Siti Sarah diturunkan malaikat kepada Nabi Ibrahim AS membawa khabar berita bahawa akan lahirnya Nabi Ismail AS (anak dari rahim Hajar) dan Nabi Ishak AS (anak dari rahim Sarah). 

selepas Hajar melahirkan Nabi Ismail, Siti Sarah jealous sebab Hajar mengandung dulu sebelum dia, dan disuruhnya Nabi Ibrahim AS hantar Hajar jauh jauh dari penglihatannya. Allah SWT kemudiannya mewahyukan kepada Nabi Ibrahim AS agar keinginan dan permintaan Siti Sarah dituruti untuk sesuatu hikmah yang tidak diketahui. dan akhirnya ditinggalkan Hajar dan Nabi Ismail yang masih breast-feeding oleh Hajar di Mekah, dengan hanya berbekalkan makanan dan minuman yang terhad, disekelilingnya hanya batu gunung dan pasir.

sedangkan isteri Nabi pun tak tertahan tahan jealous, inikan pulak kita.
TAK. bukan bermaksud, SILALAH JEALOUS. maksud daku disini, JEALOUS ITU SESUATU YANG NORMAL. bersabarlah. banyak pahala kita boleh dapat dengan bersabar.


ye.
daku redha dan insyaAllah akan bersedia jika suatu hari nanti dimadukan. 
tapi, sekarang ni tengah mencari bakal suami bijak berlaku adil 
dalam memberi kasih sayang kepada setiap zuriatnya, setiap isterinya, 
memberikan didikan agama (INI PALING PENTING), supaya setiap zuriatnya menjadi anak anak yang soleh dan solehah, supaya isteri isterinya menjadi isteri isteri yang solehah dan saling hormat menghormati madu madunya dan terutama suaminya.


daku mencari bakal suami yang sangat layak untuk handle poligami. 

SANGAT LAYAK.

baca dua kali, slow slow sambil urut dada anda
get what i mean?
anda tak berani kan?  

Thursday, July 15, 2010

and i am thinking two, is better than one

menurut ceritera para ulama', Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang sebelah kiri di waktu dia lagi tidur, sehingga ketika dia terjaga, ia melihat Hawa sudah berada disampingnya.


dia ditanya oleh malaikat;
wahai Adam! apa dan siapakah makhluk yang berada disampingmu itu ?


jawab Adam sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya;
seorang perempuan


tanya malaikat lagi;
siapakah namanya ?


jawab Adam;
Hawa


bertanya lagi sang malaikat;
untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini ?


Adam menjawab;
untuk mendampingiku, 
memberi kebahagiaan bagiku dan 
mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah.




- Sejarah Hidup Nabi Nabi (Qashasul Anbiyaa') 1980 -




aw :)

Saturday, July 3, 2010

engine

daku;
" bob. camane kau define 'vogue' (kat perempuan) ? "


bob;
" hurm.. ok. vogue tu macam urmm. ok lah aku bagi contoh kereta.. "
" vogue tu macam body kereta la .. "


daku;
oh.. kalau kira orang tu modified sampai orang lain kagum gila tengok tu maknanya vogue lah eh? "


bob;
" haa.. macam tu lahh "


daku;
" abis tu, kalau perempuan perempuan macam aku ni kategori apa ? "


bob;
" urm.. kau ni macam engine lah "
" kalau kereta tak ada engine, mana boleh jalan kan.. ? "




OH TIBA TIBA RASA BANGGA.
TERIMA KASIH BOB :D

Friday, June 18, 2010

tak boleh berhenti benci

kerana;
terasa tersangat TAK BEST
bila tengok

LELAKI MUSLIM
PAKAI
RANTAI LEHER.




tak cool ok.
sangat mencemarkan view.


e !

Thursday, June 17, 2010

hello

hey blog =)
i am not dead.
just that my lappy is dying.


hey blog =)
i am not dead.
just that my double jobs is occupy-ing the time.


hey blog =)
i am not dead.
and still i do not have a lover; ouh do not you worry about that.


hey blog =)
i am not dead.
i am soo sorry i finally have another private blog.


hahaha.
i am sorry.
saya busy kumpul duit.
bai.

Monday, May 24, 2010

alahai omak

baru lepas tolong mak kat dapur tadi.
tiba tiba je dia tanya;
MAK NAK TANYA AWAK NI, SELALU YANG CALL TU SIAPA?
PAKWE KE?


damn.

daku diam je.
buat buat khusyuk potong potong.

mak tak puas hati;
SIAPA?

then daku balas;
ALAHHH.. MAK NI. SIAPA PULAKKKK

mak;
YANG MANA SATU NI?
YANG BESAR BESAR TU KE?
YANG BAWAK KERETA KUNING TU?



daku;
(diam. cis! cis!)
MAK MENGINTAIIIIIII EHH HARI TU?

mak;
KALAU PILIH PAKWE TU,
BIARLAH PILIH YANG SEMBAHYANG.

ok.

Tuesday, May 18, 2010

gediknya ko nehh

nak buat second blog, nak type balik semua ayat ayat favourite yang telah di high-light dalam tafsir Quran.


nak buat third blog, nak start cerita pesal perasaan jiwa yang tak tertahan tahan handle cinta manusia.


ok. 


taruk kedua dua belah tangan anda di mulut (bertindak sebagai pembesar suara, padahal tak efektif pun), bayangkan berada di depan muka daku dan jerit kuat kuat;




GEDIKKNYAAAA KO NEHHHHH




terima kasih.

Sunday, April 18, 2010

forgive and forget. eh do you really forget?


itu masalahnya sekarang ni.

memang tak ada manusia yang perfect pun. kita MUNGKIN boleh maafkan seseorang dan kita boleh senang senang lupakan kesalahan dia? as simple as that? tak mungkin, the forget only left in the phrase. not in your mind.

mungkin kita memang tak dapat lupakan something yang keterlaluan, ok fine. ia kekal jadi peringatan, reason; untuk kita lebih berjaga jaga dengan keadaan sekeliling, sebagai guideline on the future. tapi kita tak perlulah nak keeps on selling people badness to random societies out there.

walau apapun yang akan berlaku, as if kita sepatutnya positive; orang yang menganiaya kita tu bertaubat dan menyesal, kita pulak pergi jaja cerita buruk dia. bayangkan, maybe dia baru je nak mula kan environment baru kat somewhere, tapi tak boleh sebab status dia dah terjejas atas sebab cerita yang kita jaja tu dah sampai kat environment baru dia.

kadang kadang kita nak tolong orang lain. kononnya nak bagi orang lain berjaga jaga sama dengan si dia yang dah menganiaya kita ni, so itulah niat kita sampaikan cerita. ingat sampai bila bila konsep; JAGA AIB ORANG LAIN, SUPAYA AIB KITA AKAN TERJAGA.

Allah berkuasa mengawal segalanya. even kalau kita tengok samdolsatu geram dengan samdoldua, dia siap nak hantar sihir bagai bagi samdoldua menderita. tau tak sebenarnya, kalau samdoldua tu terkena sihir hantaran samdolsatu pun atas kebenaran Allah. Allah boleh je nak dismiss kan sihir samdolsatu tu. tapi Allah dah benarkan benda tu jadi kat samdoldua; jadikan sebagai dugaan dan mungkin untuk uji kesabaran samdoldua; macamana dia nak manage hidup macam tu.

wallahualam bissawab

so dalam kes kita teraniaya, semua yang telah berlaku adalah dalam lingkungan pengetahuan dan kebenaran Allah. tah tah kita ni dianiaya sebab sebelum ni secara tak sengaja kita dah teraniaya orang lain.


Allah maha Adil.

let’s just forgive and learned.
even i know you are deathly cannot forget.

Saturday, April 17, 2010

apa perasaan kau bila kau get your closed friend caught red-handed on doing immoral thing?


baru baru ni daku terlibat dalam satu kejadian jenayah kecil. no, it is not me doing that. in the case, daku menjadi salah seorang daripada witness, atas satu kejadian yang tak bermoral di tempat kerja. dan yang paling perit untuk ditelan, menjadi saksi kepada sesuatu kejadian yang tak bermoral yang dilakukan oleh seorang kawan rapat, yang bernama eleven.

introducing eleven, my closed friend.

kenapa eleven; sebab tak perlulah kan nak expose nama sebenar kat sini. tak nak mengaibkan sesiapa, dan tujuan update entry pasal ni adalah untuk peringatan diri sendiri dan kalau kalau ia boleh mendatangkan iktibar kepada orang lain.

rapat, means, hurmmm.. baik. layanan dia selama kitorang berkawan memang baik. dia banyak bagi bantuan pada beberapa perkara yang perlu diuruskan dalam hal peribadi daku. well of course dia tak perfect, cuma layanan baik dia tu dah memadai.

after eleven get caught red-handed doing that immoral thing, dia terus walk away without saying things. bila jadi macam ni, perasaan daku mula berbelah bahagi. paling obvious, masa mengumpul bukti untuk hang dia pada status guilty. terus berharap, eleven is not making a mess. maybe it was just misunderstanding or biased judging.

but evidence had a big mouth more that you could imagine. eleven is proven guilty. in the trial between eleven and eleven’s foe, eleven not defends eleven-self well. eleven get easily choked and proved guilty by the physical and mental judgment.

after that, eleven just get away from there, without say anything so it is like give me a pang on the face. that is how i am losing eleven, my closed friend.
i was thinking of sending to eleven a short text maybe. asking; what is up now with you. even eleven did something wrong; eleven never did anything wrong to me. i shall not ignore eleven’s gone. tapi, dia akan reply ke text daku? dia akan treat daku macam biasa ke as like we did before?

daku kecewa. mungkin kecewa kat diri sendiri, sebab kenapa tak cuba warning eleven for what eleven did wrong. maybe eleven could changed and tried to fix things right.

atau mungkin kecewa kat eleven, kenapa perlu dia buat semua ni, sedangkan dia sebenarnya tak perlu buat semua ni.

i do not hate u eleven. because eleven never treats me wrong.
but i hate what eleven did wrong.

because; i have just learned;

دان جاڠنله كامو چمڤورادوقكن كبنرن دڠن كباتيلن (كسلاهن) دان جاڠنله كامو سمبوڽيكن كبنرن، سداڠكن كامو مڠتاهويڽ
[Al - Baqarah : 42]



Sunday, April 11, 2010

why should we thank a cheap sale


BELONGING by SAMEEM ALI


MAGPIE by JILL DAWSON


because it helps to get myself at least two books and on the same time i didn’t have to bother with my savings. :D
it costs RM5.00 for each; at Carrefour Alamanda, Putrajaya.

Friday, March 26, 2010

berasmara dengan mereka

daku ke BOOKFAIR 2010 dan berjaya menghadiahkan diri sendiri dengan beberapa buku yang harganya betul betul menepati KONSEP "JIMAT: OUH-PLEASE-LAH-BILA-NAK-BERGAJI-BANYAK-NI-DAMN-BETUL".
ye, konsep yang begitu jelas.




tergerak hati nak beli buku ni untuk mak dan abah dan SEMUALAH SIBLING ;





yang ni pulak, untuk diri sendiri supaya dapat beri panduan macamana nak membataskan pergaulan dengan calon soulmate (masih dipertimbangkan)  haha






lepas tu yang ni, rasanya macam sesuai jugak untuk bacaan motivasi sendiri. tapi tiba tiba rasa macam nak bagi sangat kat euqifar OUH JANGAN TANYA KENAPA;




ini memang obvious untuk diri sendiri dan kalau boleh nak share dengan kesayangan berpangkal nama X (dengan harapan dapat merawat jiwa lara dia sekarang);


(gambar ni kecik gila)



DAN PALING TERKILAN BILA INI;
TIDAK DAPAT DI MILIKI KERANA HARGANYA BETUL BETUL TIDAK MEMBERI MUKA KEPADA ISIAN NOT NOT KERTAS BERWARNA DI DALAM WALLET KESAYANGAN DAKU. RASA MACAM NAK BERGOLEK GOLEK MANJA MENGGODA SESEORANG SUPAYA MEMBELIKAN INI UNTUK DAKU !

Wednesday, March 10, 2010

SABAR HIDAYATI

هاي اورڠ-اورڠ يڠ برايمان، جاديكنله صبر دان صلاة سباڬاي ڤنولوڠمو ، سسوڠڬوهڽ الله بيسيرتا اورڠ-اورڠ يڠ صبر
Al-Baqarah: 153


sabar yat. sabar.

yes i am (damn) worried

it is ALL about my feelings. so you are just wasting your time on reading this.
*cubaan mengurangkan rasa gelabah ayam di jiwa*


status daku dengan euqifar sekarang adalah ‘hanging’. daku decide untuk tak decide apa sebenarnya relationship kitorang. sebab? saja nak menggatal, saja je nak suka tengok dia menyeksa diri berusaha keras, saja je suka nak jadi kejam.
boleh?
TAK.
sebenarnya ada sesuatu dalam kepala ni susah nak luahkan bagi orang faham. ok. kita cuba keluarkan symbol question mark yang berkarat dalam kepala tu eh. YAHHH TARIKKKK !
bukan daku sengaja nak delay declares relationship dengan euqifar. entah kadang kadang rasa macam tak perlu kot nk serious declare INI KEKASIH SAYA, SO SAYA TAKEN, SAYA HANYA MILIK DIA, DIA HANYA MILIK SAYA. bagi daku relationship before marriage ni sangat goyah dan agak tak kemana.
kan lebih baik biarkan dia exploring around dan mungkin dia akan jumpa orang yang lebih baik dari daku. HEY INI BUKAN DRAMA SCRIPTS, ini yang benar. lepaskan pergi insan kesayangan anda, anda tau dia memang milik anda bila suatu hari nanti dia kembali.
hurmm..
rasanya dah terlampau banyak dia berusaha, dan dia banyak berubah menjadi lebih baik dari diri dia yang sebelumnya. dan paling daku menyampah dengan diri sendiri;
yes, i am satisfied with all his confessions.
(satu) kau takperfect pun, tapi kau yang terbaik yang pernah aku jumpa.
(dua) aku nak kau jadi perempuan yang terakhir dalam hidup aku.
(tiga) kau sebahagian daripada hidup aku.
ok, tau, kau mesti rasa macam nak muntah keluar isi hijau kan? 
cuma semalam, ada benda yang meragukan.
daku dapat texts dari nombor euqifar, macam ada someone else yang guna phone dia cuba bagitau yang euqifar accident. tak tahu lah mana datang keyakinan diri duk percaya INI MESTI HELAH euqifar SENDIRI NAK SEEKS ATTENTION DAKU. daku buat kerek jelah reply text dia macam tak bernafsu caring.
do not play me ok.
lepas tu, rutin malam terbaru euqifar tak berlaku malam tu. daku tak terima call or text selamat malam dari dia. damn. tiba tiba rasa macam risau. asal terjaga je daripada tidur, menggelabah raba handphone, check inbox, damn TAK ADA NEW TEXT.
lepas tu, tunggu lagi sampai pagi. try call dia tak pick up. BUKAN RUTIN HARIAN DIA JUGAK. Sebab dia tak pernah tak pick up call. INI MEMANG BETUL BETUL MERISAUKAN OK.
so sekarang, daku dah macam ada bisul dekat jantung. gelabah ayam!
kurang hajar, ini sebab dah jatuh cinta ke apa?!
بودوه

Sunday, February 28, 2010

confusing

صحابة اين تله ممڤڠاروهي داكو اونتوق منوليس جاوي اونتوق كالي ني

ترلالو باڽق ڤركارا نق دلواهكن تاڤي انته كناڤ ماچم تق تركلوار لنسوڠ
دي ده مولا بوات صلاة استخارة، داكو بلوم بوليه
دان باچ اين اونتوق كاو راس سنديري ماچم مان ڤراسان يڠ مرونتون جيوا تو

Thursday, February 25, 2010

ini betul betul serious



slow down man! kau kejar apa ni?

Tuesday, February 9, 2010

so he made his confession.

i seemed has lot to spread down here but always, i don’t have a gut to do that. started with somebody who extremely made his confession about how he falls for me. i didn’t get chocked, i was been in controlled.

the best thing about him that i’ve shortly learned was that he is the man who don’t prior ego on the first move. come on, he is a male. and every male that i knew has always put ego on their first move. but this man is different.

he says whatever he wanted to say.

how he falls for me is something that he can’t explain it well to my face. but i am glad; much appreciate the way how he sees in me. i always wanted to know, what is in me that make people fall for. ouh yeah, i don’t have that fabulous look, skinny (but now not really on the belly), tanned and everything that just normal.

he is a couple year younger than me, which i don’t give a fuck on that.
since the day he made his confession and till now, i still remain in chill. try to not give him hope and asked him to believe in fate.

oh man, i think being 25 years old by this year make me losing my sense of excitement.


euqifar, thanks.

Friday, January 8, 2010

ntah camana ntah

situasi 1.
girl date dengan lelaki اسلام, tapi bila sampai waktu waktu solat, lelaki اسلام tu buat tak kesah je.

situasi 2.
girl date dengan lelaki كافير, tapi lelaki كافير ni rela hati jadi reminder;
'ouh sekarang dah masuk waktu solat, nak solat dulu tak? i tunggu' .

sekarang kau pilih!


ouh ye. AVATAR LIMA BINTANG ok. :D

Sunday, November 22, 2009

realiti cinta


~ hari ni, setelah sekian lama baru daku ada mood nak menaip.

lepas graduasi dan menetap kembali di hometown, daku dipertemukan dengan sahabat sahabat baru. dan cerita cerita baru pun ada. wow wow, take it easy, ni bukan nak bercakap pasal cinta jiwang sang pari pari segala yang indah.

lelaki dan perempuan.

lelaki kita bagi nama boboi ok, yang perempuan nak bagi nama apa best eh? nini lah.
ok boboi ni, background family dia boleh lah kita bagi grade moderate, sederhana serba serbi. parents yang tak berkiralah nak terima menantu yang macam mana asalkan bukan gadis gadis busuk perangai.

nini pulak, background family dia agak lorded lah gitu. ayah nini accountant, mak nini doktor. walaupun nini ni macam gayanya kurang mendapat belaian kasih sayang parents dia yang sangat commit kepada kerja kerja grand gitu, tapi kira oklah didikan agama dia membentuk dia ada la jatuh dalam kategori gadis gaya ala ala muslimah. kiranya keperibadian tu masih suci dan tak terpengaruh dengan gaya muda mudi clubbing sana sini tak tentu arah semua.

maka boboi dan nini pun bercintalah.

dan jeng jeng jeng halangannya, ayah nini ni (ouh ada rhytme ninini best pulak bila baca laju laju), jenis yang demand calon calon menantu. tak nak accountant pulak (padahal dia tu accountant).

daku faham situasi ni. si bapak mestilah nak yang terbaik untuk anak. tapi soal jodoh ni agak kurang setujulah bila boleh pulak dia terus terus kata "BAPAK NGAK MAHU PACAR KAMU BERKERJA SEBAGAI AKAUNTAN. FULL STOP TAKE IT OR LEAVE IT" ecey. eh kira ok la kut kan daripada tak kerja, ataupun jual dadah ka apa ka.

entahlah. setiap manusia mesti ada sebab yang tersendiri.

hubungan boboi dan nini mulanya agak bertahan la, bercinta senyap senyap. sampailah bapak nini tu tau yang boboi tu akauntan. serangan mula hebatlah kan.

boboi tu daku bagi title sebijik; KURANG GAGAH.
sebab, bila dia dapat tau bapak nini banned calon menantu kerja akauntan, terus dia macam;
"OK THAT IS IT. I AM GONNA TURN OFF NOW"

ouh anda semua, itulah dia sifat sifat kurang gagah.

daku tak berada ditempat dia, so mungkin kurang faham celaru celaru dikepala hotaknya tu. tapi sebagai lelaki lah kan, tak salah kan kalau boboi AT LEAST CUBA jumpa ayah nini, slowtalk, pillowtalk ke apa talk ke, tanya baik baik;

" UNCLE, APA MASALAH U TAK SUKA ACCOUNTANT JADI MENANTU U? I ACCOUNTANT KAT COMPANY CABUK PUN KIRA HALAL APA GAJI I. I BOLEH JE BUAT IMPROVEMENT DALAM KERJAYA I. GIMME SOME TIMES. CHANGE NEEDS TIME LA UNCLE. "

haha sukahati daku je. tapi at least la, boboi tu kena jugak jumpa bapak nini, tunjukkan kesungguhan. tak setuju lansung daku bila si boboi ni, once dah dapat tau yang bapak si nini macam in a way to reject dia, dia terus stop. sambil pura pura bersiul dan berkata kuat kuat depan rakan rakan "ADA LAGI APA AWEK CUN" padahal sebenarnya nak menutup luka dalam hati. hampeh.

kesian nini.

hari ni daku belajar, dugaan cinta hadir dari sudut yang berbeza beza.



hurmmmmmmmmmmmmmm.

Sunday, October 25, 2009

malas

W H A T
Y O U
G I V E

Y O U
G E T
B A C K.



cuba cubalah pandang belakang sekali sekala.
kadang kadang jawapan terlekat kat masa lalu.

Friday, October 23, 2009

kalau diberi peluang

come up to meet you, tell you i'm sorry
you don't know how lovely you are

i had to find you
tell you i need you
tell you i've set you apart

tell me your secrets
and ask me your questions
oh, let's go back to the start

running in circles
coming up tails
heads on the science apart

nobody said it was easy
it's such a shame for us to part
nobody said it was easy
no one ever said it would be this hard

oh take me back to the start

i was just guessing
at numbers and figures
pulling the puzzles apart

questions of science
science and progress
do not speak as loud as my heart

oh tell me you love me
come back and haunt me
oh and i rush to the start

running in circles
chasing our tails
coming back as we are

nobody said it was easy
oh, it's such a shame for us to part
nobody said it was easy
no one ever said it would be so hard

i’m going back to the start


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...