hahaha seriously, daku macam dengar ada suara suara busuk dalam kepala. (kadang kadang). dramatic betol dah macam babak orang sakit jiwa dalam drama drama television gitu.
well, TODAY is my birthday.
( ada dengar sikit bunyi cengkerik)
tak ada apa sangat yang berubah melainkan masa bekerja adalah menjadi satu commited pada daku. double jobs are paying me tiredness and oh sometimes as a way to escape.
to escape from what?
itulah jawapan yang kita tak berapa nak tahu.
setiap kali pergi kenduri kahwin rakan rakan seangkatan, masa bersalam dan mengucapkan tahniah, sebenarnya daku nak sangat tanya soalan yang sangat susah kot nak dapat jawapan.
SOALANnya berbunyi begini;
CAMANE KAU BOLEH ISTIQOMAH MENCINTAI DIA DAN BERKAHWIN DENGAN DIA.
i s t i q o m a h .
seriously, DAKU mempunyai masalah dalam menapak hubungan cinta yang istiqomah pada seorang. oh BUKANlah ini ayat penyataan bahawa daku ini seorang player cis. contohnya seperti,
ada seorang jejaka, datang nak approach, kemudian daku seperti biasa memberikan peperiksaan bertingkat tingkat (selalunya berdasarkan keperluan agama la). oh tak guna la muka hensem tapi solat tak jaga. oh tak guna la cinta separuh mati katanya tapi cinta dia pada Allah sipi suku pun tak capai.
lepas tu, datang lagi sorang jejaka approach. ok kau bukak langkah, meh sini masuk, masuk bagi bunga. so sekejap je nanti daku akan tinggalkan jejaka A ni lepas jumpa jejaka B. lepas tu bila jejaka C datang, perangai jom lompat lompat pun berlaku.
daku ada terbaca dalam majalah solusi pasal jodoh jodoh ni.
KENA ISTIQOMAH DALAM MENJALINKAN HUBUNGAN. fuh.
masalahnya, bekas calon calon;
(perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. sedar diri ini taklah begitu baik, tapi tak pernah berhenti berusaha nak menjadi 'baik'. jadi kepercayaan begitu menjadi datum untuk daku menilai nilai jejaka yang pernah singgah menyedekah kasih sayang)
1.
dulu pernah (oh sekarang pun dia masih lagi) ada seorang jejaka yang supercinta pada daku. tahap dia maha duniawi. kalau dalam drama melayu memang sweet like cokelet la, BUT NOT TO ME. hari hari mau call, hari hari mau sms, hari hari mau report. mual betol. makin larikan diri, makin dahsyat dia kejar. dia tak hensem (ini bukan kutukan rambang, kutukan ini bertujuan lain), lepas tu bila daku reject reject dia, mula la cakap apa dosa dia tak hensem? apa dosa dia lebih muda dari daku? apa dosa dia berketurunan tak baik? percayalah, terlalu MEMULIAKAN cinta manusia lebih daripada cinta Allah adalah bukan satu perbuatan yang baik. huh
2.
lepas tu jejaka supersilence. tenggelam timbul pastu tenggelam pastu tah manetah hanyut. hari ni confess jatuh kasih, esok lusa hilang dalam pasir jerlus. daripada daku rasa nak mengenali lebih lanjut, dah terus tak berminat dah. awak ni tak faham ke saya ni jenis yang malu nak mencari. jadi bila dah jumpa jejaka lain, dia pulak muncul lagi, dengan kata kata yang pra-kecewa ucapkan selamat berbahagia la apa la. ok, babai to the type.
3.
jejaka separa ikut budaya-hedonism. dia cool, tapi daku cukup berkira bila tengok dia merokok lah. kaki karaoke lah. main game poker dalam fb lebih lebih lah, lepak berpelesiran malam malam sangat dengan kawan kawan dia lah. daku tahu itu hak tapi tah la kenapa la tegar sangat nak mencari at least yang difikirkan setaraf level daku terhadap keimanan kepada Allah. mestilah lelaki lebih sesuai dijadikan untuk membimbing perempuan. jadi, bila dia guna alasan 'awaklah bimbing saya' automatic daku amik lane laju, potong!
4.
pernah jugak tersuka seseorang tetapi selalu angkat bendera putih sebab selalunya terLALU SEGAN nak memulakan langkah. ok babai hahaha
kutuk kutuk je pandai kan. hahaha lepas tu, pernah kena maki dengan salah seorang jejaka;
AWAK TU MEMILIH SANGAT.
masalahnya kita ada hak memilih yang kita fikirkan terbaik untuk kita kan?
lepas tu ada pulak nasihat sinis cakap;
terimalah seadanya. cinta itu bermaksud menerima segala kekurangan dalam diri orang yang dikasihi.
KEKURANGAN FIZIKAL ok daku boleh terima kerana siapalah daku ni taklah sejelita vanida imran.
hal hal tak hensem, kurus, itam, pendek itu bukan kelemahan yang diambil kira.
KELEMAHAN YANG NYATA DAN YANG DIAMBIL KIRA ADALAH;
kurangnya KECINTAANNYA KEPADA ALLAH, RASUL-RASULNYA.
boleh tak tunjuk sikit sifat sifat menjadi pemimpin dan pembela agama.
fuh. emo saya di hari menambah usia hehe
-update: scandal baru kawan sekelas lama♥
minta minta la lepas ni lebih istiqomah DENGGG!