Sunday, July 22, 2012

adam says (1)

adam jumpa semula dengan kekasih lama hawa yang sebelum ini dah tinggalkan adam terpinga pinga tanpa alasan putus yang relevant. 

dulu, adam rasa hawa adalah wanita yang terbaik pernah dia jumpa.
adam sekarang telah commit in a relationship with someone else.
someone else yang tidaklah difikirkan sesempurna hawa.

tapi akhirnya adam tekad untuk teruskan niat bernikah dengan kekasih dia sekarang.


walaupun dia tak se-sempurna awak, tak pa, saya terima seadanya. kerana saya percaya dia akan improved.

oh TUHAN. begitu inspired kata kata ini.

Saturday, July 21, 2012

truuuue story on 2004 brooo!

TITLE: KUASA TUHAN MENCABAR KUASA MANUSIA DI BARIO

Monday, June 11, 2012

(at last; the end) novel

bab akhir (kot).
saya bersetuju untuk dia usher saya ke parking kereta. sebab saya malas nak argue itu dan ini dengan dia. kebetulan pulak dia parking kereta sama aras dengan saya. dan kebetulan jugak, kereta kami selang dua tiang je. bila dah sampai kat kereta, saya harap sangat pengakhiran cerita tak lah menjadi sesuatu yang complicated dan tragic. jadi saya macam break the silence;

'oklah, sampai sini jelah ye.  urmm...' 
(bodoh sangat terkaku diam)
lepas tu dia diam je dengan muka tenang sambil tolong bukakan pintu kereta macam cerita korea. kekok betul saya.

'awak, jaga diri okay.'
'thanks, sebab settingkan dinding batasan sepanjang masa ni okay' suara sayu.
ok damn it. dia pun faham apa perlunya dinding tu ok, so rasanya tak perlu kot berterima kasih T__T

'ok insyaAllah. emmmm ' 
(saya berharap akan cakap sesuatu untuk break the awkward-air). 

lepas tu saya terspontan je tanya;
'haaaa.. mana nyee kad kahwin yang kata nak bagi tu?'

lepas tu dia gelak kuat kuat. keadaan dah jadi tak tegang semula. 
dan tak mungkin ada perjumpaan untuk kali kedua. confirm.

sahaja aku melepaskan segala kemahuan nafsu mengada ngada, kerana Allah Taala.

Monday, May 21, 2012

cakes for a soul






life is grrreaat with tonnes of thoughful companies :)
posted from Bloggeroid

Friday, May 18, 2012

kesian

H A N T A R 

(sambung) novel

bab lain.
setelah peristiwa baru nak mula berani mengorat ****** tapi tak jadi tu berlalu, saya berharap saya dah tak akan berhubung dengan ****** lagi. satu(utama), sebab malu. dua, sebab tak nak ganggu hubungan orang lain. tiga, sebab, wajiblah move on.


bab lain.
rasanya, dalam lebih kurang seminggu selepas tragedi kemaluan itu berlaku, ****** tiba tiba je call saya. mula mula saya sangat cuak nak angkat. dah macam macam saya fikir. adakah dia nak melakukan sesuatu yang saya takut akan berlaku itu berlaku (oh mann no!). saya tak angkat pun call dia. sebab masa tu maghrib, waktu waktu yang saya tak suka nak berkomunikasi dengan manusia melainkan darah daging sendiri. dia call saya tiga kali, bagus, sebab saya rasa macam dia ni ikut sunnah je. hahaha. esok pagi, dia text pulak.
' salam. hai cik. saya ada kat semenyih ni ada projek. dekat tak kalau nak jumpa? '


beberapa kali saya taip perkataan, lepas tu saya delete balik lepas tu saya taip lagi lepas tu saya delete balik. saya rasa sangat serba salah. walaupun sebenarnya tak patut rasa bersalah pun.
' eh perlu ke nak jumpa? hahaha '
saya fikir, wajiblah saya mencipta dialog dialog selamba, supaya saya sendiri tak rasa stress dan fikir bukan bukan pasal apa yang akan berlaku.
' saya rasa perlu '
okay. masa itu, saya rasa macam; bodohnya saya, kenapa saya balas text dia. lepas tu saya ignore, lepas setengah jam dia call. saya takut nak angkat, lepas tu saya intend nak hang up call je, tapi ke-reckless-an saya, saya pergi slide button answer. bagus.
' oh ok. awak nak bagi kad jemputan ea '
saya cuba sedapkan hati sendiri.

bab  lain.
ye. kami berjumpa. tanpa mahram, so saya suruh dia bawak kawan dia. lokasi; hahahaha sesuatu tempat yang sangat bising dan ramai gila orang. supaya tak wujudkan suasana dan rasa; pelik.
' so here is the plan.'
start dia cakap macam tu, saya hanya banyak pejam mata dan urut urut kening. plan. ada pulak dia buat plan?


bab lain.
saya.. bertunang dengan orang yang saya baru kenal. mak saya bising bising sebab saya tak ada steady girlfriend, so dia punya idea nak tunangkan saya dengan geng tupperware dia. sepanjang saya kenal dia (tunang), tak banyak benda yang saya tertarik. frankly speak, dia perempuan yang biasa biasa je. tak pakai tudung, kurang peka aurat sendiri, tak matang blablabla. kalau saya tinggalkan dia, mesti mak saya marah gila. awak rasa awak sudi tak kalau awak jumpa keluarga saya, dan saya cakap kat mak saya, sebenarnya saya tak nak nikah dengan tunang saya. 


bab lain.
awak, memang gila.
ini suara dalam hati je, muka reaksi selamba (tahan nangis, takut tiba tiba)

bab lain.
jangan anggap saya nak riak dengan amalan amalan yang saya dah cuba buat untuk dapatkan keredhaan Allah. saya cuma nak cerita, macammana saya dapat gerak hati yang saya yakin, ini atas bantuan Allah. malam malam lepas saya balik kerja parttime, saya akan curi masa nak mengadu masalah dengan Allah. saya buat solat hajat untuk meminta pada YANG BERKUASA YANG MAHA MEMBERI tentang keinginan keinginan saya. saya mintak jugak keredhaan dan ketabahan hati jika saya tak dapat apa yang saya harapkan bukanlah apa yang terbaik untuk saya. saya dapat rasa ini, bukan sesuatu yang betul. hati saya walaupun ada goosebumps dalam hati, ada butterfly dalam perut, hati saya tak diberatkan untuk meng-iya-kan benda ni. saya ambil masa nak explain kat dia. oleh sebab masa lama sangat saya ambil masa nak fikir, dia dah respons dulu.
' saya minta maaf. saya sebenarnya tak patut buat macam ni. kan? '

OH YA ALLAH TERIMA KASIH KERANA KURNIAKAN DIA GERAK HATI UNTUK BERFIKIR SEDEMIKIAN.
just in the right time!

SELAMAT

sekarang saya bangga dan faham,
 kenapa orang kesayangan saya selalu marah marah 
bila saya nak celebrate birthday beliau.

Tuesday, May 8, 2012

(anggap jelah ini cerita) novel.

bab 1 pengenalan
saya (bukan nama sebenar) seorang perempuan yang tak hot, yang tak ayu macam dalam drama melayu tv malaysia. saya biasa biasa je. dah empat tahun pun bergraduasi dari universiti tempatan negeri selatan. walaupun saya berjaya bergraduasi, saya tidak berjaya dalam hubungan serious bercinta yang terjalin sepanjang tempoh belajar tersebut.

bab 2 bibit bibit
sekarang saya hidup bekerja makan gaji seperti biasa. walaupun bukan macam drama melayu yang selalu ending-nya best, saya rasa, hidup saya sekarang tak perlu nak merungut banyak banyak. kadang kadang je. bila terlintas, kenapa hidup kawan tu lagi best lagi dari hidup saya. lepas tu, saya recover balik. saya ambil positif, maybe hidup dia saya nampak macam best, mungkin dari sudut lain, dia rasa hidup dia tak best dan dia nak jadi macam orang lain jugak.

bab 3 sepi
kadang kadang saya rasa sedih. saya tak jumpa lagi jodoh saya. orang lain senang je. saya sakit hati dengar lawak orang putih yang saya baca kat 9gag;

sangat ironic bila orang yang lebih hodoh/jahat/teruk dari kita, sekarang dah ada soulmate.

saya rasa lawak tu melampau, sebab saya rasa ada orang yang cantik dari saya, tapi dia ada soulmate. rasa sedih ni mengada ngada sikit, nak recover kena baca Quran banyak banyak, kena baca tafsir sekali, lepas tu dia pergi la. kadang kadang iktibar tu jadi penguat semangat. kuat semangat, sampai terpengaruh sangat nak keluar carik jodoh sendiri.

bab 4 ikhtiar
kalau perempuan, cakap pasal 'keluar mencari jodoh sendiri', kena cakap slow slow. malu. orang kata macam perigi cari timba. lepas tu ada pulak yang back up kata; eleh dulu Siti Khadijah pun pergi pinang Nabi Muhammad SAW. ehemmmmm! tak ada siapa siapa pun berdaya nak tolak perempuan mulia macam tu. tak ada yang setaraf. kadang kadang saya lemah, tak nak cuba ikhtiar. kadang kadang saya nak cuba. lepas tu, saya berani nak cuba.

bab 5 jumpa
kebetulan, saya nak dermakan buku bukuan ilmiah sepanjang saya belajar diploma dan degree di satu library kolej. saya bawa la buku yang melambak lambak tu ke library. lepas tu saya tinggalkan kat kaunter, saya kata saya nak derma. lepas tu orang kat kaunter suruh saya isi form. saya isi, sambil orang kat kaunter tu check buku buku saya. sebab lama sangat, saya cakap kat orang tu, saya nak balik terus, kalau ada apa apa call je. dia pun angguk.
saya jalan jalan dulu tengok kolej lama saya ambil memori. lepas tu dapat call;
'dik, nanti naik balik library boleh? ada barang tinggal'.

saya jawab;
'oh ok.' sambil fikir, apa pulak yang saya tinggalkan.

bab 6 perasan
' ni haa akak jumpa dalam buku calculus adik '
sambil dia sengih sengih hand over satu kertas jadual calculus statistik. lepas tu saya tengok, eh itu bukan saya punya. tapi saya terkejut, teruja dan terus minta diri nak balik dekat kakak library tu. sanggup lari lari anak masuk kereta, bukak air-cond.

bab 7 petunjuk

cik, saya nak berkenalan dengan awak. selalu tak sempat nak tegur awak sebab lepas kelas je awak mesti balik awal. ****** 018-*******.

bukan satu nota, ada beberapa nota selit kelakar yang minta tolong perasan dia. saya baru teringat, memang dia ada pinjam buku buku saya walaupun masa tu saya ada jugak fikir, bukan pakai sangat pun buku tu. tapi tulah saya ni lambat pick up kot. ok, lepas tu saya rasa nak nangis. sebab 4 tahun lepas, masa saya tahun akhir di universiti, saya memang ada usha seorang jejaka ni secara santai, tak serious pun.

kelas saya agak tak menentu sebab saya buat jadual sendiri. kejap kejap masuk kelas budak elektrik, kejap kejap kelas budak pendidikan, kejap kejap kelas mekanikal. tapi dia agak handsome dan saya rasa orang macam tu tak sempat kot nak perasan saya. saya rasa macam satu petanda. sejak kebelakangan ni, saya tegas mendisiplinkan diri sendiri untuk meminta kat Allah, tunjukkanlah jodoh saya. saya fikir banyak kali, adakah ini jawapan?

bab 8 berani kerana nak tahu kebenaran
saya berani kan diri. nak call ****** tanya khabar. hahahaha (dalam novel tak valid kot ada hahahha macam ni). satu hari yang tenang, saya call dia. saya harap dia masih pakai nombor tu. ini adalah pertama kalinya saya melakukan ikhtiar secara tindakan fizikal. saya harap saya dapat kenal dia lebih dekat dan kalau ok, harap harap dapat melanjutkan hubungan yang lebih diredhai Allah. jauh saya fikir. saya dapat call dia.
' assalamualaikum. ****** ke yang bercakap ni? '
‘ye saya ******. kenapa? u ni siapa?’
‘saya yat, uthm?’ saya buat nada soalan, dengan harapan otak dia cepat berfikir.
‘ ahhhh serious ke ni? yat outsider dari kelas statistic tu ke?’
‘ oh ye saya lah tu’

saya tak sangka, dulu masa saya belajar, ada satu baju kurung yang sangat saya tak selesa pakai sebab besar, tebal dan agak old fashioned corak dia. baju tu lah yang ****** suka tengok saya pakai. saya tak sangka jugak, dia tau kedai mana yang saya suka beli lauk, dan kat mana tempat favourite saya parking kereta comel saya bila saya pergi dewan exam. banyak benda benda yang simple dia hafal pasal saya. terharu betul. tapi dulu rupanya geng dia panggil saya minah kerek. kurang hajar.

lepas tu saya jelaskan macam mana saya jumpa note dia . dia gelak je. orang kata, bila kita senyum sambil bercakap, orang yang dengar tapi tak nampak tu boleh detect. saya macam perasan je dia senyum sepanjang bercakap. lepas borak borak angin, saya macam terdiam rasa awkward tiba tiba. dengan tiba tiba jugak saya poyo gila tanya;
‘awak dah kahwin ke? alamak kenapa saya tak tanya soalan ni awal awal tadi?
lepas tu dia gelak gelak super macam kelakar sangat je. lepas tu dia diam sendiri.
dia tanya saya, apa yang buat saya call dia sekarang?
saya diam, tak tau nak cakap apa.
kenapa awak tak call saya 3 bulan yang lepas?’
saya dah rasa, ini bukan satu jalan cerita yang menarik. saya nak tanya kenapa, tapi dia dah tanya soalan lain bertalu talu.

bab 9 pencarian hikmah hikmah
‘ saya baru je bertunang 3 bulan lepas.’
dia bertunang dengan anak kawan mak dia. mak dia carikkan jodoh. senang betul. dia cakap macam tu, terus saya urut urut kening. saya rasa setiap yang berlaku tu bersebab, tapi sebab yang ni mungkin susah sikit nak jumpa. saya minta maaf, nak cakap sebab ganggu dia, dia dah potong dulu;
‘..minta maaf sebab lambat jumpa saya?’
saya gelak je tapi memang saya rasa boleh jugak kalau nak cakap macam tu. dia dah bertunang, saya tak akan ambil risiko. saya sebenarnya tak kecewa sangat. sebab walaupun saya dah pasang niat nak menjalinkan hubungan kerana Allah Ta’ala, dan kerana Allah Ta’ala jugak saya redha kalau benda jadi macam ni. mungkin dengan berlakunya macam ni, Allah nak ajarkan sesuatu tentang mencari jodoh. mungkin saya tak cukup berdisiplin mendekatkan diri kat Allah.
‘..awak, jangan fikirkan sangat. saya rasa mungkin saya bukan yang terbaik untuk awak. Sebab tu kita ditemukan macam ni..’
saya rasa, bagus jugak ayat macam tu keluar dari mulut dia. walaupun saya tak mengorat dia lagi, dia dah faham niat saya call dia. tak ada lah saya malu sangat.
dia tak bagitau bila dia nak nikah, saya rasa bagus jugak dia tak cakap. kalau dia cakap, lepas tu ajak pulak saya pergi kenduri dia, mesti saya rasa awkward gila. dia nak add facebook saya, ops. saya terus deactivate facebook saya hahahahahaha tak ada kena mengena.

bab 10 move on
setelah beberapa hari pergi dari tragedy, saya dah mula yakinkan diri saya. ini bukan tindakan yang paling bodoh pernah saya buat. sepatutnya saya rasa lega, saya dah mencuba. walaupun gagal, saya redha. dan semestinya ada hikmah disebalik setiap yang berlaku, cuma saya je lambat pick up apakah hikmah disebalik semua ni. tak apa, yang penting redha. lepas tu sekarang dah reactivate facebook balik. hahahahahahahahahahahaha

penutup
setelah difikirkan kembali, lepas ni nak tukar doa doa lepas solat. mungkin nak doakan supaya jodoh saya yang menemukan saya. sebab saya tak sanggup la nak mencari lagi. malu haha. saya doa je banyak banyak. 




malu, lepas tu bila fikir dua tiga kali; kelakar. hahahaha

Wednesday, April 18, 2012

peperiksaaan.

rasa macam nak terai
harap harap lah soalan tak bocor.


hua hua hua

Friday, April 13, 2012

pasepaaaaaa

dinnnnnnnnn  ang nak tau dak, aku accident malam kemarin, langgaq vios lama depan sikit traffic light seri bangi


oo ya ka? ang ok ka, reta teruk ka?


dak aih, reta vios tu dak remuk apa pon. no plate reta aku ja lengkong sket. itu ja


owner vios tu ok ka?


kami stop reta tepi jalan, lepas check reta takda apa, dia minta phone no aku, tapi aku kata tapayah la sebab takdak papa pun kan


laki ka?


haah


muda?


pasepa tanya lagu tu?


anggggggg la paseeeeeepa tak bagi no ang ke dia???!!!! kot la jodoh angggggg


seriouslyyyyyyyyyyyyyyyy ?!!!
 (sambil tarik tarik tudung kepala tak boleh terima situasi)



-kadang kadang, orang yang mengambil berat, fikirkan benda yang super kelakar untuk kita hahaha


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 13, 2012

so, alhamdulillah.

when i start to hit the keyboard; feel like, nothing to be spread down here. every time.

i liked to note about my job, how sucks it sometimes are, but then, i heard from anyone else, their life are so much more sucks; like 5000 times sucker than mine. 

so, Alhamdulillah.

i liked to tell my nervousness of; hey ***, when will you replied me either i get the job or not? mannnnnnnn, i am waiting like a forever here. then, i think, i should be content, on what i have had been hire now. it is not actually bad, it pays me enough. imagine how many people out there left jobless? 
so, Alhamdulillah.

i liked to note about my love, how it give a huge punch, no, it such a whole in the heart, but yeah then, i heard, someone was dumped in a totally horrible situation more sucker than in movies are. hahaha 
so, Alhamdulillah.

i liked to note about my initial intention of buying properties like a, house, maybe, but oh come on, it worth like a hell expensive. so maybe, i will leave the think tank to my future partner, maybe we can share, or maybe only just him can afford haha, but of course, the plan will eventually be real when the right-he is arrived too. 
so, Alhamdulillah.

i liked to be trained to be more understood-able or more sensitive with the feeling of someone towards me. so that, i will not be hearing the same old cliché words of; 
sebenarnya, dari dulu lagi aku suka kau, tapi kau …….. . 

okay, this one is so crap! so out of the relevant league is not it? ^____^

i liked to have child. rrrrrrrr.. since it seems like marrying the right-man in this nearly time is impossible, i guess i have to adopt a child, yeah. no, maybe it will wait for a year when my earned worth to raise a child. seriously. haha 

i liked to complete a health cycle of sleeping hours now. but i cannot, but i guess i have to try.

BECAUSE it is Monday tomorrow. 

so, Alhamdulillah.


my english is a crap yeah, i am still alive. haha

Monday, December 12, 2011

penang-kedah 2011 (membiasakan diri habiskan masa di negara negara utara)



cuti cuti malaysia lagi lah saya dihujung tahun 2011.
wedding, shopping, fishing dan yang paling epic adalah, meng-hiking-kan diri kat Penang National Park, Teluk Bahang.


S U B H A N A L L A H






anda pernah dengar kan lagu selena gomez; ah ahlike you like a love song bebey tu kan?
nak nyanyi kat kekasih jugak, tapi nak tukar jadi;


ah ahlike you like a hiking trip bebey.


bersusah payah menyusur denai, tersangkut kat akar kayu la apa la, dan kemudian dapat tengok teluk yang warghhhhhh so much make my eyes teary.



i love how the feeling of hiking teach me how to be fully patience before reach the bay. 
and i,  hope i will love and be loved on way like that.

Friday, December 2, 2011

jangan risau, everyone shall taste death

rasanya malam ni semua kaki blog, kaki twitter kaki internet segala sibuk update tentang pemergian zarith nadira binti zarina


apa yang paling syahdu mengenangkan kematian kepada individu lain ni, 
sebenarnya bukan pada keseluruhan perjalanan hidup si mati, 
tapi,
pada saat yang sama-bayangan hadapi kematian kita sendiri pulak nanti.




innalillahi wa 'inna lillahi rojiun. 
walausiapa pun anda, selamat pulang menemui Pencipta wahai zarith nadira.

Thursday, December 1, 2011

marah yang menyesatkan -monolog membuang masa

menjaga hati dan perasaan kesayangan anda 
adalah lebih bermakna setelah berkahwin.
sebab Allah bagi pahala.

menjaga hati dan perasaan kesayangan yang belum pasti menjadi pasangan anda yang sah, adalah sangat menyampahkan (boleh tak cipta perkataan sedemikian?).
dah la tak dapat pahala berganda pun.

belajar belajar minta maaf boleh?
sebab minta maaf tu is a sign of maturity
sebab minta maaf tu is not a sign of weakness

tolonglah jangan buat benda jadi lebih susah boleh tak?
tolonglah jumpa blog ni boleh tak?
tolonglah jangan bazir masa yang tinggal ni boleh tak?
tolonglah jangan paksa saya larikan diri sampai sesat dalam marah


sebab?
sebab saya seorang PEMALAS, yang malas 'nak mulakan semula'.

Saturday, October 29, 2011

1st stranger on 2011

berfoya foya dengan stranger adalah bukan perkara mulia.



bosan kot kadang kadang. 'terpaksa' chat dengan stranger. 

ok tipu terpaksa.
haha

Tuesday, October 25, 2011

surat kepada

penyerahan surat oleh saya kepada yang berkenaan ahhoiiii


Menteri berkenaan,


saya sedang merancang berkahwin.  setelah berkahwin, kami merancang untuk melahirkan zuriat. saya dan bakal suami saya adalah daripada golongan yang biasa biasa sahaja. mungkin tidak berapa berkemampuan mendapatkan rawatan lanjut sepanjang tempoh hamil di hospital swasta islamik yang selalunya berkos tinggi. 


bolehkan tuan/puan berikan jaminan, atau menggubal dasar, atau menjalankan perlaksanaan supaya segala urusan kami di hospital kerajaan nanti diuruskan dengan individu yang sepatutnya seperti doktor muslim, muslimah dan tidak sesukahati menjadikan kami sebagai subjek (bahan tontonan) dalam kajian para pelajar medik membuat rujukan kes tertentu seperti yang telah berlaku sebelum ini.


 ini kerana saya perlu prihatin dengan kewajipan saya sebagai seorang muslim terutama dalam penjagaan aurat saya.


saya percaya, menteri menteri di negara Islam juga jelas dan prihatin dengan masalah ini.




cc. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di negara ISLAM.


untuk rujukan

Sunday, October 23, 2011

korbankan kesayangan

salah satu obsession daku pada zaman 2011 adalah DUIT, 
YES U ARE; MONEY.
duk kumpul kumpul membukit lepas tu tah macam tak ada nafsu nak belanja, 
bangang punya kerja.


so,
bila dah dikurniakan Allah rezki yang melimpah ruah tak putus putus, ditampar pulak dengan SUARA SUARA MENYERU atas kewajipan melaksanakan ibadah qurban.


oh ye. raya haji nak dekat dah. sekian pengumuman.
(jangan gaduh laki bini rebut balik kampung ok)


tahun ni adalah tahun pertama nak buat qurban atas satu bahagian nama sendiri. setahun satu bahagian sampai cukup 7 bahagian, boleh? hehe


Dipetik daripada Kitab Sabilal Muhtadin bahawa Nabi Muhammad bersabda bermaksud: 


“Perbesarkanlah korban kamu, kerana ia menjadi tungganganmu di atas titian siratulmustakim pada hari kiamat nanti."



InsyaAllah, qurban ni akan berlansung di Kemboja.

Wednesday, September 7, 2011

nama saya materialistik

ye saya.
kesedaran pertama yang datang sendiri tak perlu ada orang tampar, goyang-goyang bahu;

SEMAKIN BANYAK SAYA MENGUMPUL HARTA DUNIAWI,
SEMAKIN KURANG SELERA NAK BERKOMUNIKASI SECARA 'TRADISIONAL' DENGAN MANUSIA SEKELILING.

okay, sekarang, terangkan apa kaitan tajuk entry dengan tulisan 'caps lock' di atas.
tak ada kaitan kan?
dah agak dah.


Wednesday, August 24, 2011

meeting. serious.

woh. 
pernah tak anda punya slot meeting dengan majikan, 
sepatutnya, sepatutnya, 
sepatutnya serious bincang pasal progress company, 
tiba-tiba,
tiba-tiba,


bos anda rancak borak pasal 
WAHABI, 
PEMUDA KAHFI
ect. berkaitan ?


lepas tu anda blur. sebab kurang bersifat astro (tak menyerlah sangat dalam conversation).






CIS. bye. nak google.

Saturday, August 20, 2011

10 malam terakhir BERMULA SEKARANG

daku kira musibah musibah yang melanda telah melunturkan sikit semangat menghadapi 10 malam terakhir ramadhan. benci gila perasaan kecewa ni dah ibarat annoying dengan lalat yang terbang main main depan makanan berbuka puasa.

HANYA ALLAH YANG TAHU,
HANYA ALLAH YANG BERHAK TENTUKAN,
APA YANG TERBAIK UNTUK SETIAP HAMBANYA.

daku (belajar belajar) redha.
urmmmmm kalau menangis time bulan puasa ni, puasa batal tak?
nak google. bye.

Friday, July 15, 2011

udnir terlabik sudah

" kalau lah kedah ke bangi tu 5 minit je boleh sampai... "



ai malu siput siput. damnn

Sunday, July 10, 2011

Saturday, June 4, 2011

doa dua hala

perlu diingat, daku sebagai pe-merapu dalam blog kepunyaan sendiri ini masih menagih maksud maksud dan ilmu ilmu akhirat. jadi kata spontan yang agak tidak berkiblatkan iman, adalah tidak disengajakan.

kenapa nak title doa dua hala.

sebab, baru baru ni, daku rasa superkecewa. BUKAN DENGAN KETENTUAN ALLAH. tapi dengan kudrat sendiri yang tidak dipaksa semaksima habis cuba mendapatkan apa yang terbaik. merujuk kepada kudrat fizikal, bukan mental. mental dah arrange bermacam macam acara grand. tapi tah kenapa body ni boleh layan sang syaitan, suh lepak, lepak dulu bro sap sap rokok dulu camtu.

tahun 2011 ni, antara target yang diletakkan adalah, mencari harta duniawi semaksima yang mampu supaya tahun 2012 boleh kahwin ulalala. bukan fokus utamalah tu, itu ayat pemanjang cerita blog je. suka buang masa kau yang baca :P
berharap, dapat melangkah satu tapak atas dari yang ada sekarang. contoh; pekerjaan.

peluang sangat halus. lagi lagi kerja kerajaan. huh tak delah harap sangat. semua orang pun bila tanya apa kerja yang lagi better, mesti nak jawab ouhh kerja kerajaanlah yang relax, banyak benefitlah apalah semua ada pencen, loan rumah bagai.

eh merapu da.
tadi sebenarnya nak cerita pasal DOA DUA HALA.

kenapa ek dua hala.
sebenarnya, daku selalu berdoa, random. oho jangan kau sangka daku bercerita ni atas niat riak ka apa ka. fitnah tu fitnah! nak berkongsi pengajaranlah.

selalu daku berdoa macam ni;

(sungguh sungguh)
YA ALLAH YA TUHANKU, PERMUDAHKANLAH URUSAN KU UNTUK ..(cerita sekian sekian),

banyak kali doa macam tu. dan TAK SEMUA pun dimakbulkan Allah. kecewa gila babun lepas tu makan hati gila fikir, apa lagi tak cukup ke doa doa aku selama ni. 
jangan duk ikut perangai syaitan ni.

lepas tu, lepas banyak membuka jiwa, merenung logic, INSAF.
sepatutnya, doa di atas (ULANG SEMULA), sekarang ditambah dengan memberikan option kepada diri sendiri atas ketentuan Allah. contohnya;


dan,
jika,
DITAKDIRKAN DAKU TIDAK MENDAPAT SEPERTI APA YANG DIHAJATKAN,
maka,
KAU KURNIAKANLAH KESABARAN YANG MENEBAL DALAM JIWAKU,
KAU TUNJUKKANLAH HIKMAH DISEBALIK KEKECEWAAN ITU.

hanya Allah SAHAJA yang SENTIASA tahu apa yang terbaik untuk kita.
doa doa yang dipanjatkan kepada Ilahi, bukanlah dapat balasan kosong je. berdoa dan bergantung harap kepada Allah, dapat PAHALA jugak. MULIA betul ALLAH. kita meminta minta pada Dia, Dia bagi pahala. 
kalau nak lebih faham, bagi contoh macam, kau nak pinjam satujutaRM kat kawan kau. dalam masa kau kata nak pinjam duit tu, dia tak bagi lagi pinjam duit dengan amount yang kau mintak. tapi dia bagi kau duatigapuluhribuRM sebab ganjaran kau bercakap-minta pada dia. so, dapat ke tak dapat duit satujutaRM yang kau mintak tu sebenarnya kau dah dapat duit extra lain. daku harap kau faham.

baru baru ni, melimpah ruah Allah turunkan rezki kepada daku dalam pelbagai segi, walaupun bukan apa yang diharapkan dapat. tapi daku tahu, ada hikmah disebalik semua yang berlaku. planning berubah ubah ikut arus. syukurlah dapat rasa diberi nikmat daripada tak menerima apa apa lansung.
ALHAMDULILLAH.
DOA DUA HALA MEMANG MAKIN LAMA MAKIN LEMBUTKAN HATI.


Julai, Allah dah offer satu peluang, jadi daku takkan sia sia kan. 
lagi lagi benda yang melibatkan masa depan :)


* cerita tak best sejarah hari ini
spy-man adalah tunangan orang. YA ALLAH TUNJUKKAN HIKMAH ATAS PERKARA YANG BERLAKU.

Saturday, May 21, 2011

voices in my head

hahaha seriously, daku macam dengar ada suara suara busuk dalam kepala. (kadang kadang). dramatic betol dah macam babak orang sakit jiwa dalam drama drama television gitu.

well, TODAY is my birthday.
( ada dengar sikit bunyi cengkerik)

tak ada apa sangat yang berubah melainkan masa bekerja adalah menjadi satu commited pada daku. double jobs are paying me tiredness and oh sometimes as a way to escape. 
to escape from what? 
itulah jawapan yang kita tak berapa nak tahu.

setiap kali pergi kenduri kahwin rakan rakan seangkatan, masa bersalam dan mengucapkan tahniah, sebenarnya daku nak sangat tanya soalan yang sangat susah kot nak dapat jawapan.

SOALANnya berbunyi begini;

CAMANE KAU BOLEH ISTIQOMAH MENCINTAI DIA DAN BERKAHWIN DENGAN DIA.

i s t i q o m a h .
seriously, DAKU mempunyai masalah dalam menapak hubungan cinta yang istiqomah pada seorang. oh BUKANlah ini ayat penyataan bahawa daku ini seorang player cis. contohnya seperti,


ada seorang jejaka, datang nak approach, kemudian daku seperti biasa memberikan peperiksaan bertingkat tingkat (selalunya berdasarkan keperluan agama la). oh tak guna la muka hensem tapi solat tak jaga. oh tak guna la cinta separuh mati katanya tapi cinta dia pada Allah sipi suku pun tak capai.

lepas tu, datang lagi sorang jejaka approach. ok kau bukak langkah, meh sini masuk, masuk bagi bunga. so sekejap je nanti daku akan tinggalkan jejaka A ni lepas jumpa jejaka B. lepas tu bila jejaka C datang, perangai jom lompat lompat pun berlaku.

daku ada terbaca dalam majalah solusi pasal jodoh jodoh ni. 
KENA ISTIQOMAH DALAM MENJALINKAN HUBUNGAN. fuh.

masalahnya, bekas calon calon;
(perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. sedar diri ini taklah begitu baik, tapi tak pernah berhenti berusaha nak menjadi 'baik'. jadi kepercayaan begitu menjadi datum untuk daku menilai nilai jejaka yang pernah singgah menyedekah kasih sayang)

1. 
dulu pernah (oh sekarang pun dia masih lagi) ada seorang jejaka yang supercinta pada daku. tahap dia maha duniawi. kalau dalam drama melayu memang sweet like cokelet la, BUT NOT TO ME. hari hari mau call, hari hari mau sms, hari hari mau report. mual betol. makin larikan diri, makin dahsyat dia kejar. dia tak hensem (ini bukan kutukan rambang, kutukan ini bertujuan lain), lepas tu bila daku reject reject dia, mula la cakap apa dosa dia tak hensem? apa dosa dia lebih muda dari daku? apa dosa dia berketurunan tak baik? percayalah, terlalu MEMULIAKAN cinta manusia lebih daripada cinta Allah adalah bukan satu perbuatan yang baik. huh

2.
lepas tu jejaka supersilence. tenggelam timbul pastu tenggelam pastu tah manetah hanyut. hari ni confess jatuh kasih, esok lusa hilang dalam pasir jerlus. daripada daku rasa nak mengenali lebih lanjut, dah terus tak berminat dah. awak ni tak faham ke saya ni jenis yang malu nak mencari. jadi bila dah jumpa jejaka lain, dia pulak muncul lagi, dengan kata kata yang pra-kecewa ucapkan selamat berbahagia la apa la. ok, babai to the type.

3.
 jejaka separa ikut budaya-hedonism. dia cool, tapi daku cukup berkira bila tengok dia merokok lah. kaki karaoke lah. main game poker dalam fb lebih lebih lah, lepak berpelesiran malam malam sangat dengan kawan kawan dia lah. daku tahu itu hak tapi tah la kenapa la tegar sangat nak mencari at least yang difikirkan setaraf level daku terhadap keimanan kepada Allah. mestilah lelaki lebih sesuai dijadikan untuk membimbing perempuan. jadi, bila dia guna alasan 'awaklah bimbing saya' automatic daku amik lane laju, potong!

4. 
pernah jugak tersuka seseorang tetapi selalu angkat bendera putih sebab selalunya terLALU SEGAN nak memulakan langkah. ok babai hahaha

kutuk kutuk je pandai kan. hahaha lepas tu, pernah kena maki dengan salah seorang jejaka;
AWAK TU MEMILIH SANGAT.

masalahnya kita ada hak memilih yang kita fikirkan terbaik untuk kita kan?
lepas tu ada pulak nasihat sinis cakap;

terimalah seadanya. cinta itu bermaksud menerima segala kekurangan dalam diri orang yang dikasihi.
KEKURANGAN FIZIKAL ok daku boleh terima kerana siapalah daku ni taklah sejelita vanida imran.
hal hal tak hensem, kurus, itam, pendek itu bukan kelemahan yang diambil kira.

KELEMAHAN YANG NYATA DAN YANG DIAMBIL KIRA ADALAH;
kurangnya KECINTAANNYA KEPADA ALLAH, RASUL-RASULNYA.
boleh tak tunjuk sikit sifat sifat menjadi pemimpin dan pembela agama.

fuh. emo saya di hari menambah usia hehe




-update: scandal baru kawan sekelas lama♥
minta minta la lepas ni lebih istiqomah DENGGG!

Sunday, April 10, 2011

Saturday, April 9, 2011

oh cengkerik bunyik kuat gila

kau kena belajar percaya pada first instinct, sebab first instinct itu adalah sesuatu yang benar dan penuh racun (kadang-kadang).
JANGAN CTRL+A! JANGAN!

NAMPAKNYA DIA BETUL BETUL DAH BERTUNANG.

maka makin kuatlah bunyi cengkerik. sekian, terima kasih.




-oh! rasa super duperr tercabar-

Monday, April 4, 2011

bongkar lagu lama lama dia bagi hukhuk




Jealousy
, turning saints into the sea
swimming through sick lullabies
choking on your alibis
but it’s just the price i pay
destiny is calling me
open up my eager eyes
‘cause i’m Mr Brightside
.

Saturday, April 2, 2011

tak jealous tapi dengki gila

dupdapdupdap lalu depan rumah bekas kekasih,
curi pandang tengok tengok dah naik khemah.
dem! takkan dia majlis dulu kot dari daku.
 

itu bukan jealous. itu dengki.
lagi satu, dengki tu menutup relevant.
SEBAB,
mana la ada naik khemah kat rumah tunang lelaki.

haha astagfirullah.
macam la takda benda penting lain nak difikirkan panjang :P

Tuesday, March 29, 2011

kau tak payah tanya meh sini aku nak cerita

dem.
lama gila post ni perap tak publish publish!
terima kasih kepada kakanda sebilik yang mengingatkan daku tentang pemilikan blog datnsendiriseri ni.

nah post peram!


*sepatutnya tajuk entry ---> vary various

first.
jawapan kepada istikharah dan hajat yang diusahakan istiqamah selama sebulan berturut memberikan kekuatan untuk terus sendiri dan itu bukan alasan untuk tidak berusaha membaiki diri sendiri menjadi wanita yang baik KERANA nyatanya LELAKI YANG BAIK ADALAH UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK. insyaAllah. details ceramah yang berkesan dalam jiwa bolehlah merujuk kepada majalah solusi isu29.
dem. membakar jiwa betul.


second.
sangat sangat berusaha memberikan yang terbaik lebih atau setara dengan apa yang telah diberikan sebelum ini;
ouh maaf, ini merujuk kepada amanah kerja.
stress sikit. 
sikit je.

third.
redha dengan ujian Allah yang tak seberapa. bila diduga berhadapan dengan ketidakmatangan seseorang yang melulu menuduh punca tepat di muka. UNTUK RECORD PERIBADI; SAYA PEMUSNAH KEBAHAGIAAN ORANG.
small the matter. piece of cake.
kelemahan dia adalah kelebihan untuk kita.


fourth.
nak tukar kerja, tetapi selepas program yang diarahkan sempurna bersidang. bukan semata atas dasar isu personal. hanya mahukan pengalaman yang berbeza.
anyone? ada info untuk job vacant?




fifth.
kena ngorat dengan jejaka OKU.
bukanlah merendah - rendahkan martabat anda wahai jejaka. tapi jalan ceritanya agak kurang menepati gaya hidup islamik, which I DO NOT LIKE IT VERY MUCH. lepas tu bila dia buat perangai tak senonoh, daku mula la terkait kaitkan kecacatan fizikal dia sebagai sebahagian daripada kata maki, contoh (tak tepat);
ESHHHH DAH LA TEMPANG, SUKA PUSH PUSH ORANG LAK TU EEE.
soorrrrrrrrrryyyyyyy to sayyyyyyyyyyylah!


sixth.
NAK BERCUTI CUTI UTARA MALAYSIA bersama geng geng bujang (soon-notanymore) UTHM. ya Allah berikanlah kami rezeki untuk berjumpa untuk hubungan kami semua lebih harmoni.


seventh.
baru daku rasa derita merindu.


eighth.
ya Allah. matikanlah si dia jika dia tak mampu mampu menanggung kesakitan, dan jika mati itu lebih baik untuk dirinya. dan hidupkanlah dia jika dia berupaya untuk teruskan berjuang dan jika itu lebih baik untuknya.


ninth
susahnya hidup sebelah rumah laki bujanggggggggggggggggggggggggggggg!
HUARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.


ok bai. esok meeting.

Thursday, December 9, 2010

eh bebi

bebi, i nak tanya u sepuluh je soalan. nanti u jawab dalam kertas kajang tau. 220 patah perkataan.

Sunday, October 31, 2010

petua awet muda

nenek nenek sekalian, tak perlulah risau kalau takut terlampau nampak macam nenek nenek sangat.
good news allll, i have found the formula to how to look young before your truly age. seperti dibawah;


1) tak buat apa apa
testimonial dari H(pangkal huruf dari nama sebenar)
aku rasa budak budak zaman sekarang ni dah over-dress melebihi dari yang sepatutnya. so, bila kita dress up biasa biasa je, nampak macam kita ni naive dan muda daripada budak budak over-dress ni "


2) ulang je petua nombor 1.




Sunday, October 24, 2010

Thursday, October 7, 2010

kenapa saya perlu berusaha jadi perempuan solehah

Hadis Riwayat Muslim sabda Nabi Muhammad SAW;
Sesungguhnya dunia ini pada keseluruhannya keseronokan, 
dan sebaik - baik keseronokan ialah 
perempuan yang solehah.



million thanks to hadi the contributor :)

Tuesday, October 5, 2010

beras percuma

tapi 
bukan untuk kaulahtamakhaloba!


http://www.freerice.com/

Saturday, October 2, 2010

kawan merintih

kawan kawan tengah dilanda musim kemarau cinta manusia.
putus tunang, putus cinta.
WOI TOLONGLAH JANGAN SAMPAI BERCERAI.


" yat, aku ni jenis yanggg tahh la ekk.. biar aku yang patah hati, sakit hati, 
tapi jangan sampai aku yang buat orang lain sakit hati "
*budget tu perilaku mulialah


" ouh yeahh? hurm ..aku pulak,(TAK NAK KALAH) kalau diberi kudrat untuk bertahan, 
aku nak jadi macam; biarlah aku susah, tapi tak menyusahkan orang "


" dohh.. janganlah lari tempo. sekarang ni aku yang punya drama. 
kau tak payah la pulak nak lawan madah aku "


"oh oh oh ok "
*diam pasrah. dan rasa super poyo (TAKNAK KALAH WOI)



Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Edulfitri.



ya Allah ya Tuhan,

kami memohon kepadaMu iman yang berkekalan
dan kami memohon kepadaMu hati kami yang khusyuk
dan kami memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat
dan kami mohon ditetapkan keyakinan yang besar
dan kami memohon amal yang soleh
dan kami memohon tetap dalam agama Islam
dan kami memohon diberi kebaikan yang melimpah - limpah
dan kami memohon kesihatan yang sempurna
dan kami memohon kesyukuran atas kesihatan kami
dan kami memohon kecukupan.

ya Allah ya Tuhan kami,
terimalah sembahyang kami,
puasa kami,
rukuk kami,
pengabdian kami
dan sempurnakanlah apa yang kami lakukan selama sembahyang
ya Allah, ya Allah, yang Maha Pengasih dan Penyayang.

selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat - sahabatnya sekalian dan segala puji bagi Allah Pengatur Alam.

-doa sesudah solat witr-




MAAF ZAHIR BATIN

Friday, August 20, 2010

hati hati mangsa terbaru

اكو منچينتايمو كران اڬام يڠ اد ڤدمو، جك كاو هيلڠكن اڬام دالم ديريمو، هيلڠله چينتاكو ڤدمو


Imam Nawawi

Saturday, August 14, 2010

yang namanya .. J

jodoh.


selalu orang cakap jodoh tak datang bergolek. kan?
hellow? siapa yang nak jodoh datang bergolek
nanti cacat, comot siapa nak ?


selalu orang cakap jodoh tu, kita sendiri kena usahakan.
tapi, dengan cara yang betul.


selalu orang cakap;
KALAU DAH JODOH TU BERSAMA JUGAK NANTI


tapi, setelah difikirkan berkali kali di malam hari sunyi,
jodoh itu adalah;


kesanggupan kau terima segala kelemahan si dia.
kesungguhan kau berkongsi kelebihan yang ada dengan dia
keinginan kau kongsi segala kelemahan yang kau ada dengan dia
vice-versa.


OK SEKARANG RASA 
KESIAN DENGAN ORANG(KALAU ADA) SANGGUP TERIMA KELEMAHAN YANG ADA DALAM DIRI ini 
dan, mungkin,
VICE-VERSA.

Wednesday, July 28, 2010

saya izinkan awak kahwin lain

haha
tiba tiba je nak cakap pasal poligami.

sebab, pada hari yang bertuah; eh di mana pulak tuahnya sedangkan daku terlupa tarikhnya bila! 
hurm. yang penting, pengisian hari tersebut; 
outting bersama watak kecintaan sejak lima tahun lepas, bertempat di mid valley mega mall, menyentuh bab bab cinta manusia yang duniawi nilah, kemudian bercerita pasal HAL SERIOUS HAL KAHWIN LAH APA LAGI.
dan terselit sedikit hal poligami. =)

dah lama kot tak lepak midvel! (nama manja mid valley mega mall)
lepas tu diskusi sambil layan pizza hut pulak. memang syahdu betul.

ops! FOCUS; POLIGAMI.

teringat dulu, ramai rakan rakan sejantina (hai, daku perempuan, bagi yang tak tahu) bagi pandangan tak percaya, bila daku utarakan daku tak kesah pun dimadukan. dan paling keji, bila rakan bukan sejantina mengepal penumbuk acah depan muka daku yang tak jelita ni, sambil berdialog;
KAU GILE KE YAT NAK BERMADU ?

tak. daku tak gila. daku redha.
aicehh.

begini.
setiap perkara yang diciptakan untuk kita, pasti ada manfaatnya.Allah SWT berfirman: 
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang saja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”. (Surah An-Nisa’, ayat 2)

perlu diingatkan kat sini, daku bersetuju untuk berpoligami, 
tapi, bukan bermaksud, beriya iya nak berkempen nak suruh suami suami berpoligami. 
sebab HEI, DAH BACA SLOW SLOW TAK AYAT KAT ATAS TADI?
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang saja ..

come on lah.
dunia sekarang dah makin ramai wanita wanita,
 yang baik perlu disayangi, dan yang kurang baik perlu dididik. 
lelaki, memang terang terangan akan tewas pada satu nafsunya; wanita. 
dah memang fitrah seorang lelaki macam tu. 

jadi, bila nanti kita (wanita), dah bersuami, pikul tanggung jawab serba serbi terbahagi dekat anak anak lagi, dekat urusan rumah tangga lagi, lagi pulak kalau bekerja, akan ada masa untuk sang suami yang tak terbayar.

kalau suami tu jenis yang boleh bertahan, dan tahap kesabaran tu melangit, boleh lah kot nak stay, tak mencari 'hiburan' kat luar. tapi, dengan keadaan sekarang; zaman kapitalis (pinjam tag-line kau addy!), hiburan semata mata, dengan keadaan manusia yang semakin jahil ni, tak tergoda ke suami kita nak join sama.
so, solusi nya,
KITA JUMPA TOK BOMOH, BOMOHKAN SUAMI KITA SUPAYA SAYANG KITA JE. 
haha NAK MAMPOS?

jealousy?
of courselah ada okay!
tapi, besar ganjarannya kalau kita lebih meredhakan suami kita menjalinkan hubungan yang halal dengan wanita lain, daripada tah sepah sepah je dia jumpa perempuan tepi longkang. kita ni kan manusia, khalifah Allah di muka bumi, dikurniakan akal dan fikiran, maruah dan harga diri. bukan macam haiwan, nak buat sex je on; tanpa akad nikah kan.

jealousy dengan perempuan memang kawan baik kan?
baru baru ni daku baca dari buku - Sejarah Hidup Nabi Nabi (Qashasul Anbiyaa') 1980 -, tentang kisah Nabi Ibrahim AS dengan isterinya Siti Sarah dan dayangnya Hajar. terang terangan depan Siti Sarah diturunkan malaikat kepada Nabi Ibrahim AS membawa khabar berita bahawa akan lahirnya Nabi Ismail AS (anak dari rahim Hajar) dan Nabi Ishak AS (anak dari rahim Sarah). 

selepas Hajar melahirkan Nabi Ismail, Siti Sarah jealous sebab Hajar mengandung dulu sebelum dia, dan disuruhnya Nabi Ibrahim AS hantar Hajar jauh jauh dari penglihatannya. Allah SWT kemudiannya mewahyukan kepada Nabi Ibrahim AS agar keinginan dan permintaan Siti Sarah dituruti untuk sesuatu hikmah yang tidak diketahui. dan akhirnya ditinggalkan Hajar dan Nabi Ismail yang masih breast-feeding oleh Hajar di Mekah, dengan hanya berbekalkan makanan dan minuman yang terhad, disekelilingnya hanya batu gunung dan pasir.

sedangkan isteri Nabi pun tak tertahan tahan jealous, inikan pulak kita.
TAK. bukan bermaksud, SILALAH JEALOUS. maksud daku disini, JEALOUS ITU SESUATU YANG NORMAL. bersabarlah. banyak pahala kita boleh dapat dengan bersabar.


ye.
daku redha dan insyaAllah akan bersedia jika suatu hari nanti dimadukan. 
tapi, sekarang ni tengah mencari bakal suami bijak berlaku adil 
dalam memberi kasih sayang kepada setiap zuriatnya, setiap isterinya, 
memberikan didikan agama (INI PALING PENTING), supaya setiap zuriatnya menjadi anak anak yang soleh dan solehah, supaya isteri isterinya menjadi isteri isteri yang solehah dan saling hormat menghormati madu madunya dan terutama suaminya.


daku mencari bakal suami yang sangat layak untuk handle poligami. 

SANGAT LAYAK.

baca dua kali, slow slow sambil urut dada anda
get what i mean?
anda tak berani kan?  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...