Wednesday, March 25, 2009

25 stuff you probably never knew about me

tagged by hana again!


1
always think that the safest way to choose when i got crush on someone is to keep silent (i don’t give a damn until forever).

2
i can eat lots of foods in a time, until you hardly believe how that skinny little body gets so stuffed.

3
though that, i feels so grateful because i have not had to worry anything about diet planning or whatever weigh decreasing planning that mostly sounded ‘not working at all’ and sometimes eerie.

4
i never get my weight turning over than 46 kg.

5
i really get my first ear piercing when i was 20 years old.

6
i preferred to drive manual car than an automatic. it is my prime paranoid and i do not know why.

7
i went to no doubt’s concert when i was 15 years old while the next day was PMR’s trial.

8
i never attend any gigs (even my best friend performs there) and i still have not thought of attending any, because i got so drown in crowds ah!

9
my target is to get married in the age of 26; even i still do not have any stable, serious love ship now.

10
i do not eat durians and even can not smell it.

11
as i am growing older, i find that i get so reserved day by day.

12
i think my english is bad but i am still using it now haha

13
i can not easily cope with changes.

14
i might be seen tough outside (yeah i often heard people talking about me, my fierceness), but i cried mostly everyday before i get doze off at night. it is nothing despondency, just that my fear on Allah and how i foolishly felt life is so unfair on me whereas it was no big deals at all!

15
i have lots of friends, best friends, mostly girls.

16
i am a woman who does not know how to be a woman – make up thingy and all girly girly stuffs are so hard for me to cope with.

17
i have 6 siblings, and i am the fourth, but i wonder why every time people guessing; i was the first child of the family.

18
says i have to meet you, but you are on meeting or something that i have to wait there. so there is a waiting room, filled with sofas or any comfortable chairs and furniture. i am the kind of person, WHO WILL NOT JUST SIT STILL THERE AND WAIT FOR YOU. instead, i will ‘checking’ every gap in that room. people called that what; HYPER-unusually energetic? tak kisah la labu.

19
i ‘think’ i am charitable though i looked and act fierce most of the time.

20
my dream car is always kia – spectra, even it is 2009 now.

21
my first priority is my family.

22
in any relationships, i hated to be so attached. for me; loving and caring does not mean you have to be there twenty four seven for the needs.

23
i never have an eagerness to go on clubbing though i am not so anti-social. even, i never attended any and i am proud of that.

24
i regrets with my terrible past life. but i learned living the new life now based on that past life.

25
no one ever tease me with the word; gedik. but GARANG, it is like always.

.

Friday, March 20, 2009

like i do not have things to do

tagged by hana (facebook)

.

1. Open this website : http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx

2. Take the Personality Quiz

3. Copy Paste the result to Facebook

4. Tag your friends including me :)



Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

(mana mana anda yang berjambang mahu berani berani dekati daku, sila auto-save ayat ayat di atas)

Your readiness to commit to a relationship:
You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

The seriousness of your love:
Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.

Your views on education
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:
You have plenty of dream jobs but have little chance of doing any of them if you don't focus on something in particular. You need to choose something and go for it to be happy and achieve success.

How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.


dan tag pun jatuh kepada sesiapa yang tekun membaca ini.

Friday, March 6, 2009

ngorat ke


awak tau tak.. hidup saya ni selama ni sunyii je..
kalau lah awak jadi soulmate saya, mesti nanti hidup saya huru hara..

uhhhh?? apeee diaaa?? HURU HARA KAU CAKAPPPPP??!!!

eh eh takk..
ceria.. maksud saya ceria!!


hampeh. T___T

Thursday, March 5, 2009

nak yang perfect


cik Y:
serious wey, aku tak suka betul dengan set set laki yang nak approach aku guna sms la call la
kenapa la tak jumpa direct je kan, dah tu confess..


cik X:
wey.. kita ni pompan, memang SELALU JE NAK YANG PERFECT..

padahal bagi laki, dorang nak buat sesuatu dengan paling simple.


ouh ye ke?
PANGG!



.dialog lebih menceritakan.

Sunday, March 1, 2009

jangan buat orang menggelabah gelabah


kau ni pahal ni call aku lagi ni?
aku busy siut tolonglah.. ey banyak kerja la bla blah bla

ak allla relax aa

yelahh aku busy gila la buat tu buat ni bla bla bla
bla bla bla bla

haa sekarang cepat cakap kau nak apa?
aku busy gila ni bla bla bla

.. ok. aku nak kau je.

gelabah siut gelabahhhh.


PRANGGGGGGGGGGGGGGGGG !!


ok. sekarang ni siapa nak gantikan daku handphone baru?
nak sony ericsson macam cik x punya je.

Saturday, February 28, 2009

alah setakat cinta manusia

sessi bincang dengan rakan, nak convoy ke kenduri kahwin seorang member di Muar 14hb mac ni.



hey wey.. kau ada contact *** tak?
dah lama tak contact, last contact pun last month kalau tak silap

ouhh tu la tu.. sekarang ni dia senyap je.
sejak habis belajar memang aku tak dapat contact dia lansung.

tapi hari tu beriya jugaklah ajak aku gi kenduri kahwin dia dalam tahun ni.
eeaa dia dah putus lah..

serious wey?

ye lahhh..

wey, kan lama diorang bercinta tu.. sejak diploma..
(sekarang dah grad degree)

'abang' dia kan hari tu sambung belajar kat KL, lepas tu jumpa orang lain

ouhh yeeeaaaa?

...


kesian.
kau bercinta lama lama pun, kalau tak da jodoh.. hmm..
baik je kau setia bercinta dengan Allah.
itu ada balasan yang sangat pasti.

dan kepada rakan rakan yang selalu questioning;



eh? dia nak kahwin dahh?
lahh cepatnyaaaa.. dengan siapa ntah tu
dah lah baru kenalll..
dia frust sangat dengan kekasih dia yang lama kut, bercinta lama sangat, tu yang terus kahwin
tu...





kita tak payah lah wondering itu dan ini, membuat spekulasi kononnya kawan tu frust ka apa ka. terlanjur ka apa ka. at least dia sedang bertarung dan membina keberanian nak membina masjid.

bagi daku, tempoh yg lama bercinta tu tak menjamin lansung kebahagian kau di future nanti.
berserah jelah kat Allah.
alah putus cinta dengan manusia je, apa barang??

dari kau putus cinta dengan Allah?
nauzubillah!!

Monday, February 23, 2009

pendek akal

haha. ini semua rentetan cerita dari kursus kahwin tu la.
lecturer kat depan tu tanya;


kalau suami awak kata;
"beramboooss kau dari rumah ni",
* talak kinayah: lafaz talak tak nyata, yang berkehendak kepada niat *

apa yang awak nak buat??

a) keluar dari rumah tu terus (ikut cakap suami tu lah)
b) stay je kat rumah tu lagi.

in the meantime lepas si hubby tu menghalau, dia pergi kerja.

dengan jiwa yang lurus bendul dan daku rasa cukup bagus, daku rise up hand pada jawapan 'a'. dan tak ramai pun yang ikut jejak langkah lurus tu.

kenapa?
SEBAB DAKU NI MEMANG JENIS YANG EMOSI TERIMA REJECTION.
once somebody say NO TO ME, i will take it and just leave.

yang menjadi hal 'pendek akal' di sini, bila lecturer tu sambung, buat ulasan jawapan.

siapa siapa yang jawab 'b' tu, ada back up plan la kiranya.
bila suami tu balik kerja, isteri ni layan la suami, sedia makan la minum la, picit picit la dan saat saat akhir nak mendapatkan kepastian masa dah malam tu, sebelum ehem ehem tu, tanya balik pada suami, adakah dia maksudkan untuk cerai masa dia suruh beramboooss tu.

so, hubby tu, setelah dilayan baik baik takkan la nak say; 'yes, i mean it' kan?


yang mnjawab 'a' tu, memang dah selamat la; pendek akal !

tapi apa natijahnya pada kes yang jawab 'b'?

suami tu, kena tanggung la dosa dia, antara dia dengan Allah la, sebab hukum talak tu dah jatuh sebenarnya.

so, sedia maklum, daku kan ada perangai ala ala ego tak mengaku kalah kadang kadang kan? so, untuk membela diri sendiri di sini;

adalah lebih elok jawapan 'a' bagi daku, sebab daripada menjadikan suami tu rasa serba salah dengan Allah, lebih baik la dia terang terangan, jelas dengan akibat seterusnya. ey faham tak?
yelahkan, kalau isteri tu dah blah, suami mesti fikirkan, apa benda yang dia dah cakap/buat sebelum ni.

kalau betul dia nak teruskan niat cerai, ok, end up kat situ.
kalau dia menyesal, dan betul betul mahukan isteri tu balik, dia tahu kat mana dia halau isteri dia, so cari balik!

perempuan memang sensitif ok.
itu memang tak boleh diubah.
suami kena belajar untuk handle diri sendiri yang nak handle isteri sensitif ni.
macam tu jugak isteri, kena handle diri sendiri untuk handle suami.


so, to becoming husband, ingat ni ok.
daku auto-save tau.

Saturday, February 21, 2009

mencari cari

hari ni dengan esok,
daku pergi KURSUS KAHWIN ok. :)
so elok benarlah entri ni dengan aktiviti weekend ni.
enjoy reading :)

.


Renungkanlah Sedalam-dalamnya.
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.

Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang.

Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.
Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


credit to i.kazuo.
sumber: BERNAMA

Friday, February 20, 2009

abah

the situation:
sitting for test 1; solid waste and hazardous waste management

trettttttt.. trettttttttt.. (as if it means as a vibration sound) :P


.

New Message
[abah.bigboz]

19/02/09 09:01AM
abh nk deposit some money into yr bank. which yu prefer cimb or muamalat? pl reply immediately

. .

[ reply ]

ayt tgh test ni. knapa nak bank in duit? ive enuf money for now

..

..

..

New Message
[abah.bigboz]

19/02/09 10:30AM
abh dh bank in 400 dlm cimb awak.


.





uh?



HAPPY BIRTHDAY ABAH :)
*20th of february 1950*

Friday, February 13, 2009

tension

kes final year project. diskusi santai bersama sama rakan se-makmal :)


K : kawan saya tu lagi la, dia terlampau tension sampai tak buat lab.

T : you tau tak, apa yang buat you tension sebenarnya ialah; YOU TAK BUAT APA APA.

daku : siut. betul la tu! (dalam hati je la)


insaf insaf.

Thursday, February 12, 2009

lembut

daku ni jenis yang ntah aa kenapa ntah jadi macam allergic je tengok spesis lelaki lembut ni. allergic bukan apa, rasa macam; bila dengar spesis tu bersuara, alahai macam nak bagi penumbuk je rasanya.

serious sorry la. memang mereka tak bersalah pun.

dan yang menjadikan satu titik keinsafan di sini, supaya daku akan terus menghormati spesis lelaki lembut adalah;

bila,
selama ni,

TAK PERNAH SEORANG LELAKI 'KASAR' PUN YANG BERSUNGGUH - SUNGGUH BUKAKAN PINTU kereta ka, apa saja la pintu untuk daku,

tapi,

si lelaki lembut yang daku duk allergic dan rasa nak bagi penumbuk tu,
tiba tiba je kan,
BERSUNGGUH - SUNGGUH;
berlari ke arah daku (nak masuk ke sesuatu tempat berpintu) yang penuh barang di tangan
dan kemudian si lembut tu membukakan pintu penuh GENTLE sebelum daku sempat nak tolak pintu guna kaki.
bukan satu je pintu ok, pintu seterusnya pun dia bukakan.
lepas tu dia blah, buat kerja dia semula.

ok. masa tu rasa macam kena sepak je.
benda yang kau kutuk habis habis tu lah yang berbuat baik pada kau.
pergh. insaf!
janji dah tak nak kutuk lelaki lembut sembarangan.

Friday, February 6, 2009

hey eyyy

abang.

berapa kali dah saya cakap, berhenti merokok tu.
saya nak anak!


AKIBAT MEROKOK Apakah kesan-kesan jangka panjang?

  • Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
  • Penyakit Jantung
  • Angin Ahmar / Strok
  • Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
  • Penyakit mulut dan gusi
  • Ulser (perut, peptic)
  • Osteoporosis
  • Kemandulan (tidak boleh hamil)
  • Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
  • Mati pucuk awWW!

.click untuk ketahui lain lain kesan


:P

Saturday, January 31, 2009

puji ke apa

mak dah balik ke Bangi. so secara automaticnya,tanggung jawab menjaga nenek, ada la terlekat sikit kat bahu daku. ah, tak pernah menjadi masalah pun semua ni.

yang menjadi masalah sekarang ni, bila malam tadi;

bermalam berdua je dengan nenek. (eh bukan ini masalahnya)
terasa macam nak mudahkan je segala urusan nenek, like;

isikan kopi panas dalam thermos, so that dia tak payah la bangun buat air.
*nenek selalu terjaga malam

so semalam, dengan hati yang suci dan penuh jujur, daku buatlah air kopi.

pagi tadi, nenek tanya;


kau buat air apa dalam thermos tu?
kopi la nekk..
rasa macam TEH.
...
eh?



kau rasa nenek daku tu puji ke perli ha?

Wednesday, January 28, 2009

penang to kedah o9


daku jealous tengok latest entri cik BUKAN SESIAPA.
ok. daku try version sendiri;

selangor - kL - penang - kedah - selangor
boleh?

SELANGOR.
jumaat 23hb hari tu, lepas je class pukul 12, daku dengan kak mimi terus merempit pulang ke Bangi. eh, tak lupa juga ada pelakon tambahan; kak raja, yang sabar menahan diri melantun lantun di seat belakang kancil yang dipandu begitu hyper, yelah kan mengejar masa :P
plan asal, nak pergi penang naik kereta. sebab tak cukup corumn (gila la nak tanggung tambang minyak tol semua), terpaksalah daku belajar belajar naik BAS.

ya diulangi BAS!


K L.
tiket bas dari Batu Pahat memang haram la nak membolehkan dirinya dibeli, sebab tengah raya cina kan. jadi, daku pun suka je menyusahkan abah dengan menyuruh dia beli tiket dari area Kajang atau Pudu.

jadi, setelah sampai je kat Bangi tengahari tu, abah drop daku dan kak mimi kat stesen LRT; Sungai Besi. nak hantar ke Pudu terus, confirm jam kan. alah KEYYYY ELLLL!!

BAS, adalah kenderaan yang mendatangkan paranoid yang sungguh dahsyat bagi daku. MABUK adalah climax kepada paranoid itu. jadi, terpaksalah daku mencari alternatif;
MENELAN chemical yang bernama DIMENHYDRINATE (50mg).

BAS yang dijanjikan akan depart jam 5.05pm, terkedek kedek delay sampai jam 6.
ya, TERIMA KASIH MALAYSIA!


PENANG.

kak, kita kat mana ni kak?
.. she mentioned someplace that i rudely forgot the name.. perak

later

kak, kita dah sampai mana pulak..?
.. again, she mentioned someplace.. perak

eh WTH? perak lagi!
ya, PERAK SUNGGUH PANJANG.

dan akhirnya jam 12 malam kami selamat sampai di Bukit Mertajam.
ke rumah mak tam kak mimi, dengan MOTOSIKAL. ok!

no no do not get me wrong, i am not complaining here.
daku cuma macam rasa culture shocked kut.

" menjadi gadis rempit di lewat malam ", adalah pengalaman yang SERONOK juga. now i know, kenapa mat rempit suka merempit. boleh ke macam tu? huhu

24hb awal pagi, pengantin yang aktif (kak zaimah), menjemput kami untuk temankan dia make up. this and that and, tiba masa menikah................................................

dot dot panjang sebab dah speechless.

boleh tak, nak SEBAK sama masa akad nikah?
boleh tak..?

:(

boleh tak, nak tumpang rasa sebak bila tanggung jawab UTAMA kat parents kita selama ni dah bertukar tempat ke suami?
boleh tak...?

:(

daku tak nangis lah. sebak je.


KEDAH.
25hb, menghantar pengantin ke rumah pengantin lelaki.
sempat menyibuk, berkongsi pengalaman dengan pengantin perempuan; rasakan suasana di rumah mak mertua kak zai. pergh.
dan malam itu jugak, daku pulang ke Bangi.


ya, dengan BAS.
dua tingkat ok.
bekalan DIMENHYDRINATE
masih mencukupi.
ouh terima kasih Tuhan.


back to SELANGOR.
jam 4.30 pagi, daku selamat sampai ke Hentian Kajang dan di pick up oleh abah. sehari merehat rehat diri, dan esoknya PULANG KE BATU PAHAT.

ouh. gambar, tunggu orang lain yang upload.
daku terlampau malas memegang camera sendiri.





ada cerita sucks tentang KAMU
nirrajimmm!
CHAR KUEW TIAW, KITA TAK DA JODOH LAGI! :(

Friday, January 23, 2009

kahwin gaga

friday. saturday. sunday.


3 days off to PENANG!


yay.




Tuesday, January 13, 2009

bukan lah sengaja

daku ada kawan bernama A, B dan C.
A, B dan C juga adalah kenal mengenali antara satu sama lain.
dulu status daku bersahabat dengan si A adalah boleh dikatakan dalam kategori agak close.
kemudian, B telah melakukan sesuatu yang agak dahsyat kepada C.
sesuatu yang agak dahsyat.
yang masih belum ada jalan penyelesaian antara mereka.

pada mulanya, sebagai seorang perempuan yang emosi, daku pastilah memihak kepada yang zahir dan batinnya nampak benar. atau dalam bahasa pasarnya, sibuk sibuk duk tolong curah minyak tanah ke bara api. A pulak tetap mendampingi B. mungkin ada sebab tertentu.

sekarang ni, daku masih berada dipihak yang daku rasakan benar, cuma dah rasa kurang patut nak mencurah minyak tanah tu. biarlah B uruskan sendiri hal dia dengan C.
yang pastinya, hutang perlu di bayarkan?

hubungan daku dengan A dan B dah macam minyak dengan air.
bertemu dipermukaan, tapi tak boleh nak masuk, nak campur dalam satu sama lain.

sejak kejadian yang agak dahsyat tu,
bukanlah sengaja nak pura pura simpan emas dalam mulut.
tapi memang tak tau nak borak apa dengan A dan B.

boleh tak nak diam je?
itu je.
tak ada niat pun nak putuskan silaturrahim. serious.



Islam melarang umatnya dari tidak bertegur sapa dengan sahabat seIslamnya yang lain dek kerana pergaduhan perkara keduniaan lebih dari 3 hari. Antara yang dimaksudkan pergaduhan kerana sebab dunia adalah kerana tanah, harta pusaka, rumah, tanam bunga masuk kawasan jiran, isu pangkat, isu cemburu wanita dan lelaki dan lain-lain yang tidak ada kaitan secara langsung kepada Islam.

Nabi SAW bersabda :
Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara
seIslamnya lebih dari 3 hari
( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)


Kenapa 3 hari?, inilah sifat fitrah dalam kerana Islam. Walaupun Nabi SAW pernah menasihatkan agar jangan marah dalam sabdanya :-

Ditanya kepada Rasulullah SAW : Apakah yang menjauhkan aku dari kemurkaan Allah SWT , jawab Nabi :
Janganlah kamu marah " ( Riwayat Ahmad, 2/175)

Walaubagaimanapun, kemarahan tetap tidak dapat dielak secara total, justeru Islam memberikan motivasi dan cara bagaimana cara menangani marah dengan pelbagai cara. Apabila ia berkait dengan orang lain, Islam mengajar kita agar jangan terlalu terbawa-bawa sehingga memutuskan ikatan persaudaraan dan persahabatan hanya kerana kes marah & gaduh tadi.

Imam An-Nawawi menyebutkan :-
"Diharamkan tidak bertegur sapa di antara Muslimin ( yang disebabkan punca pergaduhan dunia) lebih dari 3 hari secara jelas dari Nas hadith, dan secara mafhumnya difahami harus untuk melakukan itu (jika perlu) selama 3 hari, dan sesungguhnya dimaafkan sifat demikian kerana manusia sentiasa terbawa-bawa sifat marah"
(Syarah Sohih Muslim, 16/117)

Memang tidak mungkin untuk melenyapkan pergaduhan kerana keduniaan di antara sesama manusia, justeru Islam menggalakkan kemaafan antara satu sama lain.

Islam membenarkan tidak bertegur sapa untuk maksimum 3 hari sebagai memenuhi kehendak fitrah manusia, tetapi tidak lebih dari itu, kerana lebih dari tempoh tersebut akan membawa mudarat kepada ikatan dan keutuhan sesama Islam.

Di dalam kaedah Islam ditegaskan :-
"Kepentingan umum sentiasa di dahulukan atas kepentingan peribadi"
( Az-Zakhirah, 2/467 ; Al-I'tisam , As- Syatibi, 2/116 ; Al-Muwafaqat, 2/367)

Justeru, melayani kemarahan dan keegoan diri adalah kepentingan peribadi, jangan sampai ia melewati batas kepentingan umum. Kepentingan umum yang menjadi objektif Islam adalah masyarakat Islam yang berkasih sayang, bantu membantu dan objektif ini akan terhakis jika semua individu melayani kepentingan dan keegoan dirinya dalam hal ini lebih dari 3 hari.

Cuma perlu difahami, jika tidak bertegur sapa kerana berjauhan, kesibukan dan terputus komunikasi sehingga tidak dapat bertegur sapa lebih dari 3 hari, ia tidak termasuk dalam larangan Islam.

sumber >> www.zaharuddin.net


perempuan kan..?

Friday, January 9, 2009

whoa

Coca Cola = Huggies = River Island
Mc Donalds = Clinique = Disney
Donna Karan New York = Starbucks = Gap
Garnier = Perrier = Kotex
Sanex = Ja Malone = Lancome
Libbys = Tchibo = Loreal
Marks & Spencer = Kleenex = Maybelline
Nestle = Vittel = Revlon
= Wonderbra =

* no more Mc D? it will be the hardest sacrifices that i ever have to do.
* no more minum MILO anda jadi seeehattt dann kuatttt!

That is a list of brands we have found out donate money to ISRAEL.
We need to stop buying from them in order to cripple the ISRAEL economy. It may seem like a small thing to do but it is a start. (to destroy them!)


.those texts received by SMS from abah.

Tuesday, January 6, 2009

sembang kakak kakak

alhamdulillah.

hari ni, bersamaan 9 Muharam, dapat daku menambah pahala berpuasa. esok 10 Muharam, insyaAllah akan daku gagahkan berpuasa lagi.


Riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda:
"Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya".


hari ni berbuka puasa di Gazeebo; nama nak comersial kan. dah beberapa kali lepak makan kat sana sebelum ni (sepanjang daku sambung degree). banyak improvement la daripada dulu, foods pun dah bermacam macam pilihan. kira ok la.

* jealousnya sesetengah blogger best je upload gambar nak show up tempat mereka lepak lepak.
maaflah daku tak da passion nak mengambil gambar smart smart. maybe next time.

gerai kampung je. tapi decoration memang thumbs up la. mana kau nak cari gerai dalam area kampung decorate pakai langsir ala ala bali?

berbalik kepada title; SEMBANG KAKAK KAKAK.

kakak kakak?
sebab tadi kami berempat, daku, kak ina, kak mimi, kak zaimah.
(mereka ini boleh dikenali dari entri ini)

memang sejak sambung degree, daku banyak berkawan dengan kakak kakak. entah kenapa senang je nak masuk line. nak kata matang tu, secara jujurnya kak mimi tu taklah matang sangat lalala.
but the way they think, adalah sangat berbeza dengan rakan rakan sebaya yang berpeleseran sekitar daku. oklah fine lah nak cakap daku ni agak suka suasana yang under control, skema skema, dan tak huru hara sangat. kira dah tak jiwa muda sangat lah. fine, daku terima je. dah selesa macam ni, so what.


best tadi cerita pasal solat dhuha.
*sebelum ni pun ada jugak ura ura nak buat dhuha lepas intai blog The Spiral Eyes.
*ada jugak tengok tengok abah dan mak buat dhuha.

mm.. kau pernah buat?

pengakuan ikhlas tapi busuk, hingga sekarang umur daku 24 tahun, daku tak pernah buat solat dhuha. ok, sila ludah dengan marah untuk daku. tapi janganlah ludah ke muka daku. ludah geram dalam longkang je boleh, untuk tunjuk rasa marah, kesal.

so, 1430H, saksikanlah. daku akan mula buat solat dhuha.


Tuntutan Dhuha

Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari

google je la cara bacaan bacaan, macamana nak dirikan solat tu. info sekarang hujung jari je tak payah lah kau nak kena dress up smart smart bergegas ke kedai buku cari panduan solat dhuha. nak seribu daya.

atau kau malas sangat nak google; nah amik link ni;
http://surau.townplan.gov.my/surau/ebook/Solat_Dhuha.pdf

format pdf terus. tinggal nak print out je.

dan,

sejak kau hidup sampai sekarang ni, confirm sangat tiang tiang agama kau mesti tak terdiri semuanya. lagi lagi masa kau muda jagung sayur. hari tu daku sempat usha dalam paper *Berita Harian kut* bahagian soal jawab agama. solat fardhu yang telah disengajakan tinggal kena qhada. harap maklum.

1430H, saksikanlah. daku akan qhada semua tiang tiang agama tu lepas tunaikan solat fardhu insyaAllah. mana la tau hari hari buat boleh cover semua tiang tiang agama yang tak terdiri dulu.


.mari berpesan pesan sesama insan.

Thursday, January 1, 2009

melayu

cuba kau intai intai blogger dalam blogspot ni, atau mana mana saja la webblog, 5/10, kau akan jumpa luahan blogger yang berbangsa melayu, yang kutuk attitude sesetengah melayu lain. hoo! betul kan. bangsa sendiri pun kutuk bangsa sendiri. tak payah la sensitif sangat, apa? semangat keMELAYUan? kalau semangat tu ada, tapi attitude macam sampah, apa kau nak bangga?? meh sini daku nak cerita kisah yang berbaur 'kutuk bangsa sendiri' jugak.

~~
perkara pertama yang mendatangkan rasa menyampah bila sampai ke kolej masa mula mula daku sampai isnin lepas adalah;

(1)
pihak kolej kediaman yang bersifat pari - pari, bila, tidak menepati kata kata mereka di semester sebelum ni iaitu, TIADA PENUKARAN BILIK.

so daku dengan yakinnya simpan barang dalam locker di bilik sebelum ni, tingkat 3, atas sekali ok. dalam hal ni sila maafkan abah daku, kerana beliau tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk belikan daku kenderaan pacuan empat roda, atau van, atau kenderaan yang lebih besar yang membolehkan daku mengangkut keluar kesemua barang barang, sebaliknya beliau menyediakan sang kancil silver yang sangat setia dan tahan lasak walaupun buatan malaysia. lalala. ouh, cerita selanjutnya,

bila sampai di pejabat hostel nak ambil kunci, terserlahlah kePARI-PARIan pengurusan hostel bila mana daku diberitahu, BILIK KENA TUKAR. pulak. daku yang keletihan, layan je la usha senarai bilik. dan terima kasih kepada pengurusan hostel, blok B je yang free, tingkat atas sekali ok. kau bayangkan betapa akan terjejasnya lemak tak seberapa yang sempat diternak sepanjang duduk di rumah bila terpaksa angkut barang turun beberapa kali dari blok D (blok sebelum ni) dah tu pulak kena transfer ke blok B, beberapa kali juga bawa naik ke tingkat atas sekali.

bahana suka membuat kerja seorang diri, tiada membawa askar atau escort adalah perkara biasa dalam hidup daku. selama ni, tak pernah rasa sangat terrible menjadi seorang independent, sehinggalah hari itu. pergh.
janganlah sistem peranakan daku terjejas. uish.

membuat kerja dengan hati yang membara, dan tak lupa juga menyumpah nyumpah staf hostel, dalam hati je la.
siut betul. melayu, tapi cakap macam pari pari!

daku pun tak sure ini atas arahan pihak atasan ke apa. kalau nak skip something tu, mesti nak guna ayat;

ni arahan pihak atasan dikk.. kita ikut je, tak boleh buat apa apa.
awas pihak atasan. kau telah menganiaya manusia. jangan lupa, doa orang teraniaya makbul.


(2)
sehari lepas tu, sakit otot masa berkuat kuat angkat barang tu tak hilang lagi, ada la pulak masalah lain. kunci yang pihak hostel bagi tak boleh guna. satu hal pulak nak kena heret badan badan dengan perisa tambahan kepenatan otot tu turun, lepas tu naik blok pejabat hostel pulak. lepas complain, staf tu suruh balik bilik dulu, nanti dorang naik bilik.

ok, kalau kau rajin sila la kira berapa kali daku dah turun naik tingkat 3 dalam satu hari tu mulai cerita di sini >>

dah naik balik tingkat 3, lama jugak menunggu, baru la dorang datang. dah la staf tu lelaki lelaki ajnabi, yang masalah kunci tak boleh masuk je. apa kes sampai tiga empat orang datang bilik? tak selesa sungguh! dah tu datang bilik, lepas tu main sua sua kunci dalam tombol dan menabur kata, kunci baru siap jam 3 petang nanti. sila ke pejabat ambil kunci ya. tolong kira dah berapa kali turun naik tingkat 3.

jam 3 petang. ke pejabat hostel;
kunci awak tak buat lagi la. nantilah pukul 5 awak datang balik ambik ye.

WTH.

daku terlalu kecewa nak mempercayai kata kata staf yang mempunyai ciri pari - pari tu, dan mengutip kunci pada pagi keesokan harinya. lepas tu, naik balik tingkat 3 sebab nak try boleh pakai ke tak kunci tu. ouh terima kasih atas usaha anda wahai staf staf pejabat hostel. kunci tu tak boleh pakai jugak. terima kasih sangatlah.

mujurlah hati daku; si gadis yang semakin berusia sedang berang, tidak bertindak keterlaluan dengan menyimbah petrol ke pejabat hostel. daku sempat juga beristigfar, itu pun selepas beberapa kali mulut ni kecundang mengeluarkan sumpah seranah yang agak busuk kepada staf staf pejabat hostel.

dengan hati yang membara, daku berbudi bicara dengan salah seorang room mate baru, mahu pinjam kunci dia dan mahu duplicate sendiri.

di kala itulah, daku lebih menghargai kerja seorang apek cina tua, pembuat kunci yang membuat kerja dengan pantas,
yang awalnya tertidur atas kerusi malas tapi bingkas bangun bila mahu memberi servis, daripada beberapa orang melayu yang membuat kerja entah dia tau ke tak apa benda yang dia buat.

dan daku perlu ke pejabat hostel lagi untuk uruskan hal tu. dengan nada yang angkuh, daku terangkan dengan jelas dan terang;
encik, kunci tu tak boleh guna lagi. tapi tak payah susah susah dah, saya dah pergi duplicate sendiri. kalau nak tunggu pihak encik buat memang lambat GILA. malas saya nak tunggu!!

laaa.. ye keeeeeeee.... berapa ringgit awak buat ni........

respon yang begitu prihatin kan. masa tu tak semena mena daku menyumpah dalam hati, s*ut punya melayu. menyampah!


maaflah. entri ni tak berniat nak menyinggung sesiapa. daku terang terangan bukan seorang racist apatah lagi membenci bangsa sendiri. cuma attitude tu, kalau kau melayu ke kau cina ke kau india ke, lekatkan dalam kepala;
kau buat salah sikit, orang dah boleh mula salahkan kesemua manusia dalam bangsa kau.

marah noo.

Tuesday, December 30, 2008

cuma terkenang

pergh. kacang gila soalan exam ni.
bongkak gila daku bersuara dalam hati. dengan tekun, tunduk je catat jawapan.

pergh. memang ni score A je la. ni nak kena rehat rehat sambil jawab ni. kalau tak boleh famous pulak jadi antara orang terawal keluar dewan.

*sambil cuci cuci mata usha tabiat tabiat manusia yang tekun menjawab. dan ah.
mamat ni, pesal dah bangun pulak? ouh, bukan budak class daku.
tapi.. eh?

sepanjang dia berjalan menuju keluar pintu, kami berpandangan.
lama.
gila.
mula mula nampak macam mamat tu dah atur langkah dia bukan main gagah perkasa. sampailah

PRRANGGGGGG !!!

bodohnye kau. tak nampak ke meja depan mata tu.

mamat tu pun spontan je ketuk kepala dia sendiri. dan bergegas sangat deras keluar dewan.

teringat perkara gelabah yang dia buat, nampak comel la pulak sekarang.


benda ni dah lama gila jadi. tiba tiba je tadi teringat balik setiap saat, setiap action, tentang dia, seseorang; yang sudah daku berpatah arang nak ada apa apa relationship dengan dia.

ouh ye. paper tu daku dapat A flat. :)

Saturday, December 27, 2008

just because

i have my right to remain in silent.
rather than i;

said something deceits or words that might hurt at last.

i just
wanted to be honest,
with all i have.

so please. do not push and,


be content.

Monday, December 22, 2008

frust siut

kenapa mesti mimpi kahwin,
dan masa kemuncak nak lihat siapa bakal suami tu,


TERBANGUN DARI TIDUR PULAK?


bagus nye!

Saturday, December 20, 2008

something was eating me

eating me?
sure. it is nothing to do with something we called love.

somebody from my past life, came to my life, now.
we meet, and we get in talk.
he seemed getting so excited (as i see; his unstoppable speech coming from his mouth).

and, after few minutes get held in conversation, he asked for my phone number.
ok. i just, gave him my number (with the sake of; meeting 'old friend' ?)

then, he,
suddenly,
asked about my LOVE's life.

hey mister.
it is too soon.


i just do not like it that way.


note to puan nurul afinie;
hey. saya tidak boleh tinggalkan komen di entri anda. frustnya.
btw, hijau bukan lagi wedding theme saya. lalala~

Friday, November 21, 2008

hati kita, berpintu pintu

cik x.
berbicara sama kamu tadi, tentang golongan pemuda yang S.YOU.C.K, telah banyak membuka minda. hati kita ni, digambarkan seperti rumah yang berpintu pintu.

seperti,
kita ada 10 pintu. dan satu pintu telah diketuk oleh seorang jejaka, yang mana kita dengan lurusnya, jujurnya, menjemput dia masuk. bersama harapan, semoga dia menjadi tetamu yang menyenangkan setiap masa, dan mungkin seterusnya boleh menemani hidup kita yang berada di sebalik dalam 10 pintu pintu tu.

tapi, apa yang indah diharapkan, menjadi sampah.
pemuda itu rupanya adalah jenis S.YOU.C.K.
jenis yang memperdayakan kelurusan, kejujuran kita.
jenis yang tak tahu apa yang sebenarnya dimahukan.

jadi, kita pun kecewa. dan cuba sedaya upaya untuk menghalau keluar tetamu itu. setelah berjaya halau, kita tutup pintu itu dengan maha kuat.
kita emosi, rasa tak selamat.
rasa, pintu pintu lain mungkin akan dikunjungi dengan pemuda jenis sebegitu lagi.

dengan emosi, kita berlari, segera, menutup kesemua 9 pintu pintu yang tinggal. kita tutup semuanya. tetamu lain, tak boleh datang berkunjung lagi.

kita emosi, kita jadi sensitif untuk mempertahankan diri, memelihara diri. jadi begitu protective.
terima kasih kepada manusia yang TERSANGAT MEMAHAMI.
mereka panggil, menjadi protective itu adalah ego.
kita ego? sangat lah kan?

cik x.
kita tutup pintu sudah agak lama.
apakah semua ini dapat mengelakkan kita dari terus diperdaya?
bagaimana kita nak mencari pemuda yang bukan dari jenis S.YOU.C.K, yang tidak memperdayakan kita kalau kita berterusan menutup kesemua pintu itu?

cik x.
pintu kedua kamu diketuk dengan jejaka lain. jejaka lain, yang kita tak mungkin tahu adakah dia jenis yang S.YOU.C.K, kalau kita tak bagi dia peluang untuk memperkenalkan diri.

cik x.
bukalah pintu tu. tengok dari tingkap je tak akan memuaskan hati.

kita TERLAMPAU FOKUS dengan tetamu dari pintu pertama.

cik x.
daku sebenarnya sudah bosan hidup dengan kesemua pintu tertutup.



tapi paranoid itu masih ada.

Thursday, November 13, 2008

dont try me pak itam!

reply-toclaimsoffice55@gmail.com
toundisclosed-recipients (daku la ni!)
dateThu, Nov 13, 2008 at 11:50 AM


Rotary Club Foundazion.
IMPORTANT NOTICE
Foundation's Officer,
Rotary Club Foundazion,
West African.
Phon Number :+23457162490


The Rotary Club Foundazion, would like to notify you that you have been chosen by the board of trustees as one of the final recipients of a cash Grant/Donationfor your own personal, educational, and business development. The Rotary Club Foundazion, established the Multi-Million groups and now supported by the Economic Community for West African States (ECOWAS), United Nations Organization (UNO) and the European Union (EU) was conceived with the objective of human growth, educational, and community development.

To celebrate the 4th anniversary program In Africa, The Rotary Club Foundazion in conjunction with the Economic Community for West African States (ECOWAS), United Nations Organization (UNO) and the European Union (EU) is giving out a yearly donation of $500,000.00 USD (Five Hundred Thousand United States Dollars) to 20 lucky recipients.

Based on the random selection exercise of internet websites and millions of supermarket cash invoices worldwide, you were selected among the lucky recipients to receive the award sum of $500,000.00 USD (Five Hundred Thousand United States Dollars) as charity donations/aid from the Rotary Club Foundazion, ECOWAS, EU and the UNO in accordance with the enabling act of Parliament. (Note that all beneficiaries email addresses were selected randomly from over 100,000 internet websites and a shop's cash invoice around your area in which you might have purchased something from).You are required to fill the form below and email it to our Executive Secretary below for qualification documentation and processing of your claims. After contacting our office with the requested data,
you will be given your donation pin number, which you will use in collecting the funds.

Please endeavor to quote your Qualification numbers (N-333-6747,E-600-57) in all discussions.

FULL NAMES:
ADDRESS:
STATE:
COUNTRY:
SEX:
AGE:
MARITAL STATUS:
OCCUPATION:
E-MAIL ADDRESS:
TELEPHONE NUMBER:
Mobil phone Number:

SEND ALL YOUR CLAIMS AND INQUIRIES TO THE CONTACT PERSON BELOW

Executive Secretary - Ducan Smith
Phon Number : +23457162490
Email:duncan_smithoffice01@yahoo.com.hk ,claimsoffice55@gmail.com

All information is strictly confidential and will only be used for the Purpose to which it is been requested.Please note that these donations/Grants are strictly administered by Economic community for West African States (ECOWAS), European Union (EU), under delegated powers from the United Nations Organization (UNO). This means that your qualification number will be reffled to know the organisation (ECOWAS or EU) that will handle your payment. You are to keep this whole information confidential until you have been able to collect your donation, as there have been many cases of double and unqualified claim, due to beneficiaries informing third parties about his/her donation.Finally, all funds should be claimed by their respective beneficiaries, no later than 15 days after notification. Failure to do so will mean cancellation of that beneficiary and its donation will then be reserved for next year's recipients.

On behalf of the Board kindly, accept our warmest congratulations.

Regards.

MRS.SUSAN ANGELO
(Foundation officer)


eleh. budget daku mengigil kegembiraan la tu baca message ni. ahhh. penipu!

Sunday, November 9, 2008

kenapa .update.

tadi, masa daku tengah kalut study, daku didatangi oleh seorang sahabat berbangsa cina. dia jenis yang gemar bertanya 'kenapa' untuk apa saja isu.

dia bertanya kenapa babi itu haram dimakan, disentuh?
daku jawab, sebab babi tu binatang yang kotor, banyak memberikan penyakit.

dia tanya lagi, kenapa anjing itu haram?
alamak. memang KANTOI tak tau nak jawab apa.

dan tanya lagi,
dalam perubatan, orang bukan Islam, yang makan babi, boleh tak dermakan darah kepada orang Islam?

damn. damn. menyesal tak mendalami ilmu agama.

situasi soal jawab dengan dia tadi, buat daku terasa CETEKnya pengetahuan agama dalam diri!

balik bilik, apa lagi, berTERIMA KASIH KEPADA INTERNET.
jawapan dihujung jari.

dicopy-paste dari Koleksi Soal Jawab Agama
--------------------------------------------------------------------------

.ANJING.


Walaupun anjing dikenali sbg Man’s best friend, tetapi itu kaca mata di luar Islam. Tetapi pada kaca mata Islam; ia mesti ditimbang dgn Al-quran dan Al-Hadith. Walaupun tidak berbahaya; tidak menyerang manusia, tetapi islam mengambil berat tentang kebersihan. Anjing tidak dilarang utk dibela.

Diriwayatkan dari Ibn Umar R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa yg membela anjing, kecuali anjing yang dilatih untuk berburu atau anjing yang menjaga ternakan, maka pahalanya akan berkurangan setiap hari dgn dua qeerath.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari 5059, Muslim 2941, dalam riwayat yang lainnya diriwayatkan keduanya menyebut 1 qirath)

Perkataan qirath merujuk kpd jumlah besar pahala; sekiranya pahala seseorang itu dikurangkan dalam 1 qirath, maksudnya dia berada dlm keadaan dosa, kerana hilang pahala adalah seperti mendapat dosa, keduanya menunjukkan ia adalah sesuatu yang haram kerana ia menjadi penyebab mendorong ke arah itu.
Kesimpulannya:

  1. Boleh bela anjing dgn syarat ia menepati kehendak syarak
  2. Anjing hendaklah diletakkan di luar rumah (Malaikat tidak akan masuk ke dlm rumah yg ada anjing di dalamnya; hadith riwayat Bukhari 3225)
  3. Hendaklah berhati hati dengan kenajisan anjing kerana menyentuh anjing dalam keadaan basah, perlu disucikan 7 kali dengan air suci dan 1 kali air bercampur tanah (Hadith Sahihain dari Abu Hurairah)

.TERIMA DARAH DARIPADA BUKAN ISLAM.

ok yang ni, masih tak dapat jawapan yang jelas. tapi perkara dibawah mungkin membantu kau faham sikit tentang darah.


Para ulama sepakat bahawa darah adalah benda najis. Semua imam mazhab menyatakan hal yang sama dalam hal ini.
Namun mereka mengatakan bahawa darah yang najis itu adalah darah yang keluar dari dalam tubuh kita. Sedangkan darah yang ada di dalam tubuh dan sedang bekerja menyebarkan makanan, oksigen dan lainnya, tidak dikatakan sebagai najis.
Sebab kalau darah di dalam tubuh kita dinyatakan najis, bererti tubuh kita pun najis juga jadinya. Dan kalau tubuh kita najis, bagaimana kita shalat, thawaf dan sebagainya?
Di sisi lain, para ulama juga menyatakan bahawa tubuh manusia, kafir atau muslim, tidak termasuk benda najis. Kalau pun ada ungkapan di dalam Al-Quran tentang kenajisan orang kafir, maka para ulama sepakat bahawa yang dimaksud dengan najis di dalam ayat itu bukan najis secara hakiki, namun najis secara majazi.
Pada hakikatnya tubuh orang kafir bukan benda najis. Buktinya mereka tetap dibolehkan masuk ke dalam masjid-masjid mana pun di dunia ini, kecuali masjid di tanah haram.
Kalau tubuh orang kafir dikatakan najis, maka tidak mungkin Abu Bakar minum dari satu gelas bersama dengan orang kafir. Kalau kita belajar fiqih thaharah, maka kita akan masuk ke dalam salah satu bab yang membahas hal ini, yaitu Bab Su’ur.
Hukum darah orang kafir yang dimasukkan ke dalam tubuh seorang muslim tentu bukan termasuk benda najis. Ketika darah itu baru dikeluarkan dari tubuh, saat itu darah itu memang najis. Dan bekas mengisi darah tentu tidak boleh dibawa untuk shalat, kerana bekas darah itu najis.
Namun begitu darah segar itu dimasukkan ke dalam tubuh seseorang, maka darah itu sudah tidak najis lagi.
Dan darah orang kafir yang sudah masuk ke dalam tubuh seorang muslim juga tidak najis.
Sehingga hukumnya tetap boleh dan dibenarkan ketika seorang muslim menerima pemindahan darah dari penderma yang tidak beragama Islam.


.UPDATE.


web Koleksi Soal Jawab Agama dah menjawab soalan daku.

hidayati Berkata:

sahabat saya (bukan Islam) bertanya, kalau contohnya seorang cina yang makan benda yang haram untuk dimakan bagi kita orang Islam, seperti katak, babi dan sebagainya, boleh tak derma darah kpd orang Islam? sebab daging babi tu dah menjadi sebahagian daripada ‘darah’ mereka.
JAWAB
Assalamualaikum wbt. Apa yang dia makan tiada kaitan dengan darah nya.


kepada anda yang beragama Islam, bersedialah dengan ilmu ilmu yang macam ni.

Thursday, October 30, 2008

tentang kesyukuran, perkara mengingati nikmat kurniaan Allah.


andai kata Allah nak mengambil semula hak-Nya ke atas penglihatan yang dipinjamkan kepada daku sekarang, pengakuan secara tak malunya, daku tak rela, daku tak bersedia. terlalu banyak benda yang daku kesalkan, terlalu remeh perkara yang menjadi santapan mata daku selama daku hidup.

kalau ada nisbah, mungkin hanya 4/10, 4 tu hanya perkara yang berfaedah dan dituntut dalam Islam yang daku sempat manfaatkan guna kedua mata ni selama daku hidup. selebihnya memang sungguh tak dimanfaatkan.

sekarang, apa yang daku sangat kesalkan, bila dulu stress menghadapi hidup, nak cari alternatif menghilangkan stress, pastinya menggunakan mata, tengok movie.

kenapa eh tak guna untuk baca Quran?
kenapa sekarang bila mata dah kabur baru nak sedih tak dapat baca Quran?

readers, semua.
daku gagahkan diri untuk post entri bukanlah atas sebab menagih simpati anda semua. kalau boleh, daku mahu anda semua bersyukur atas segala perkara yang sangat mudah anda miliki.

hari ni daku diberitahu doktor, luka dalam mata kiri dah mengecil. tapi mata kanan pula tumbuh selaput. mungkin allergic pada treatment. daku tetap bersyukur atas Allah berikan keupayaan untuk mata kiri ni kembali terbuka luas. daku sedar tak semuanya milik daku. lepas satu, satu pula masalah yang timbul. ini dugaan.

daku teringat betapa berusahanya daku yakinkan insan kesayangan; nurul afinie dulu bila dia ditimpa musibah.
Allah menguji kesabaran kita, kerana Allah sayangkan kita. dan Allah hanya berikan sesuatu yang termampu kita harungi. sekarang memang itu yang daku pegang. bersyukurlah, daku ditimpa musibah sekarang. mudah mudahan kesakitan teramat sangat yang daku tanggung ini untuk membalas dosa daku yang tak terhingga.
nurul afinie pesan;
TOLONG JANGAN PERNAH PUTUS ASA!
daku usaha ok. sebab daku berkeinginan sangat dapat tengok wajah kelahiran anak kamu yang begitu demand suruh mama dia layan coffee kat starbucks!

perkara yang paling daku BENCI adalah, bergantung hidup pada orang lain. dan sekarang, daku tak boleh elak, dari menyusahkan hidup cupin setiap hari. kesabaran cupin, ketabahan cupin menjaga daku memang sesuatu yang sangat mengharukan. ini melebihi hebatnya dari kisah cinta. ini adalah ertinya sahabat susah dan senang.
cupin, Allah je yang mampu balas segala jasa kau.

bila kita ditimpa sakit, baru kita akan berusaha dekat diri kepada Allah kan?
kesakitan ini memang begitu menginsafkan. syukurlah sakit ini bukan sepanjang masa. ada masanya ia menyerang, daku tak termampu untuk buat apa apa selain berselawat dalam hati dan menahan nafas selama yang boleh.
mungkin ini caranya Allah mengajar daku untuk terus mengingati-Nya.



.gettouchedbykamu?.

Thursday, October 16, 2008

tentang cinta manusia, perkara duniawi.

yeah kamu.
kalau kamu terus membaca ini, hati kamu akan terdetik itu adalah kamu. ya memang daku sengaja. supaya kamu tahu keinginan daku, adalah untuk kamu mengerti kenapa daku begitu protective tidak menerima kamu, dulu.

kamu, sehingga hari ini, kamu adalah seorang yang begitu satu dalam hidup daku. datangnya cinta dari kamu, hanya sekali, satu, tidak similar lansung dengan yang lain. keikhlasan kamu, kesungguhan kamu, adalah satu, tiada seperti lain, buat daku sentiasa ingat.

tapi kita begitu muda saat kita ditemukan. muda, apa yang kamu fikir tentang cinta?
pegang tangan?
berduaan?
dating?
kita ada agama, kita muslim. kamu tahu itu nafsu, hasutan syaitan. ada caranya menjalinkan hubungan yang halal. tapi saat itu kita masih tidak layak, tidak wajib menjalinkan hubungan. jadi daku bengis terhadap kamu, semoga kita tidak bersatu saat itu. semoga kita tak terpesong. daku minta kamu putus asa. dalam hati, daku ada juga tidak rela.

kamu pergi. perlahan, demi perlahan.
suara kamu, untuk kita, suatu hari, akhirnya bersatu dengan halal, kamu harap. daku sambut, dalam hati ada ragu, ada rasa untuk pegang kepadanya.

sekarang?

adakah itu masih dipegang kamu?
adakah kamu mempelajari untuk memahami kelakuanku terhadap kamu dulu itu?

kamu, daku teruskan hidup, memang kita ditakdirkan berjauhan.

di saat daku memohon kepada Allah untuk dipertemukan jodoh yang baik, suami yang membimbing daku ke jalan-Nya, dan memberikan zuriat yang soleh dan solehah, daku pejamkan mata. dan bayang kamu, seperti pula ada.
apakah?
astagfirullah.

apakah status hidup kamu sekarang? ah dunia ini kecil. sekecilnya langkah kita. namun kita masih tak dipertemukan kembali. juga daku takut untuk menemui kamu, kalau kamu masih tewas, iman lemah kepada nafsu hasutan syaitan. kehidupan menjadi seorang isteri, hanyalah daku berikan kepada lelaki yang daku yakin boleh membimbing daku ke jalan Allah.

KALAU
benar sekarang daku sanggup menikahi pemuda lain, redhai lah pernikahan daku. kamu harus tahu, cinta kamu bukan tidak diterima dulu kerana ia hina.
ia tidak hina, cuma terlalu duniawi.
membawa kelalaian. tapi daku serius, tahu ia ikhlas. satu - satunya ikhlas, daku hampir terima!
dan kamu harus tahu, cinta untuk daku adalah sepatutnya setelah cinta kamu terhadap Allah, terhadap Rasulullah dan agamamu Islam, kemudian keluarga kamu. daku tak mahu menjadi cinta yang utama.
ia duniawi.

k e n a p a .

kenapa kalau kamu bukan jodoh daku, daku masih mengingati kamu? rindu? adakah ini dugaan untuk imanku?
teguhkah iman kamu sekarang?

jika ya, dan jika bukan jodoh kita untuk bersama, daku doakan semoga kamu dipertemukan dengan jodoh yang baik, dan sentiasa mengingatkan kamu tanggungjawab kamu, seorang muslim.
jika jodoh kami bersama, daku mohon ya Allah ya Tuhanku, permudahkanlah penyatuan jiwa kami.


maaf. tidak dibenarkan komen.
.janganberanitanyasiapa.

Thursday, September 25, 2008

yang tiada.


daku teringatkan seseorang. 


 seorang tailor kesukaan = arwah andak daku. (adik kepada abah) dia mengidap sakit malignant brain tumor. arwah kerap mengalami sakit kepala, dan mengambil jalan mudah dengan hanya menelan pain killer. penyakit tu mula dikesan selepas syawal 1426, dalam masa hanya 3 bulan selepas itu, sempat berumah di hospital putrajaya, kemudian ditempatkan di wad neurologi HKL, dibotakkan kepalanya, dipotong tempurung kepalanya dan meninggal dunia di situ.
2nd of march 2006, 7.30 pm.

*2nd of march 2006*
adalah hari kelahiran abang daku. abang daku yang ketika kecil diasuh oleh arwah.
*7.30 pm*
adalah masa tamatnya abah daku menyudahkan ayat terakhir surah yaasin yang memang dibacakan untuk arwah sebelum menerima panggilan dari hospital memberitahu arwah sudah meninggal dunia.
*7.30 pm*
adalah masa sesudah daku memanjatkan doa selesai maghrib. daku berdoa; semoga perjalanan arwah menghadap-Mu ya Allah, dipermudahkan. dan pertama kalinya daku menyuarakan, daku halalkan segala makan dan minum arwah, dan daku relakan nyawanya dipulangkan semula kepada-Mu ya Allah, jika itu lebih baik daripada melihat arwah terkujur kaku di katil wad.
*3rd of february 1963*
adalah hari lahir arwah. 0302 dan arwah pergi pada 0203. figura dan kebetulan.

~~~~
daku sempat menjaga arwah semasa dia pertama kali dimasukkan ke hospital putrajaya.
hanya satu malam. dan satu malam itu, sebenarnya hati daku sudah terdetik bahawa arwah akan pergi dalam masa yang terdekat. jujur daku katakan, kerana sepanjang malam tu, daku memerhatikan arwah banyak menuturkan perkara yang tak sepatutnya. bila sakit kepalanya menyerang, dia berkali - kali tanya;

..ayah (arwah atuk) mana?..
dan dia, kerap mengulangkan cerita lama. tentang cita - cita daku melanjutkan pelajaran ke swinburne-australia terkubur akibat kegawatan kewangan keluarga. arwah bersungguh - sungguh kata, mahu jualkan rumahnya untuk menampung perbelanjaan ke sana. ah.
saat itu lah, daku menyuruh arwah berehat saja, tak perlu banyak berfikir, nanti sakit kepalanya akan menyerang. doktor pesan jangan bagi arwah banyak 'berfikir'. makin banyak difikirkannya makin sakit akan dirasakannya. bila sakit menyerang daku mengurut kepalanya, perlahan, sambil berselawat. daku tahu itu tak membantu, cuma ransangan sentuhan mungkin boleh mengurangkan sakitnya ketika itu. setelah arwah terlena, daku terasa sangat sayu melihatnya. daku letih, tapi daku tak mahu lelap. daku ketakutan, kalau - kalau Allah ambil nyawa arwah ketika daku tidak sedar.

sebelum daku ke hospital menjaga arwah, daku sempat capai nashkah surah yaasin simpanan daku. perbuatan spontan. dalam kegelapan malam di wad hospital putrajaya, daku bacakan surah yaasin disebelahnya. itu pertama kali daku membacakan yaasin untuk arwah.

arwah mempunyai keluarga yang boleh dikatakan tidak sempurna. maaf. daku berterus terang di sini, daku TIDAK PERNAH HORMATKAN SUAMI arwah. kerana; (bukan mahu mengaibkan) lelaki itu adalah bangsa yang tidak menghormati insan yang bergelar isteri, lelaki itu tidak berusaha untuk patuh kepada agamanya. anaknya 3 perempuan. yang pertama, sedang menunggu arwah di pintu syurga. (meninggal beberapa hari setelah lahir, sakit jantung). yang kedua dan yang ketiga, kini membesar bersama dengan lelaki yang daku tak pernah hormat tu. keadaan mereka, memang sangat menyedihkan sekarang, dan daku bersyukur Allah mengambil roh arwah daripada menanggung peritnya hidup sekarang.

setiap kali menyambut aidilfitri, aidiladha, memang terasa hambar. arwah yang daku kenali, seorang yang mempunyai 'kemahiran hidup' yang baik. pandai memasak, pandai menjahit, menghias bunga. arwah sekeluarga menyewa rumah berdekatan dengan rumah keluarga daku. bila ada resepi masakan baru yang dicubanya, pasti kami (daku dan kakakku selalunya) akan dipelawa ke rumah. arwah merupakan seorang pengusaha taska. kadangkala daku dan kakakku diminta menolong menjaga anak - anak di taska.
~~~~

abah bertanyakan sama ada daku mahu mengikutnya untuk membawa pulang jenazah arwah ke rumah. daku tak punya kekuatan. daku hanya memilih untuk tunggu sahaja di rumah.
dan saat tibanya jenazah arwah di rumah, daku terus menangis bila mendengar abah memberi salam, sayu, kepada orang - orang di rumah. jenazah diturunkan dari van, diusung masuk ke rumah daku, semua itu daku perhatikan dari tingkap bilik mak. dan akhirnya, daku memberanikan diri untuk berada berdekatan dengan jenazah. 3 kali surah yaasin sempat ku bacakan untuk arwah. daku sayu melihatkan kakakku yang tidak mempunyai kekuatan untuk melihat lansung jenazah walaupun sehingga dikebumikan. dia memang agak rapat dengan arwah berbanding daku.

dah dua kali rumah daku menerima jenazah, arwah atuk dan arwah andak. dan syukurlah kedua - dua urusan menguruskan jenazah berjalan lancar. ramai yang datang membantu. dan ketika menguruskan jenazah arwah andak, daku terdengar seseorang bersuara;

... nanti, masa nak kebumi, nak taruk bantal daun pandan bawah kepala mayat (arwah). nak kena jahit la sarung bantal tu...
yes. kali ini, daku yang jadi 'tailor' untuk arwah. daku tak ingat, sama ada daku sendiri yang menawar diri untuk jahitkan sarung bantal tu atau daku disuruh oleh sesiapa.
tersedu - sedu juga daku menjahitkan sarung bantal untuk arwah. dalam hati mengenangkan, inilah pertama kali daku 'menjahit' pula untuk arwah. daku cuba menjahit sarung bantal itu sebaiknya walau dalam sedu. :(

dan pada jumaat 3rd of march 2006, keesokan harinya, jenazah arwah dikebumikan di tanah perkuburan sungai tangkas, kajang. tempat sama di mana arwah atuk dikebumikan. tika daku bersiap, memilih baju kurung, daku sayu melihat closet. hampir kebanyakan baju kurung dalam closet daku dijahit oleh arwah.

dan pada hari terakhir daku mengiring arwah ke kubur, adalah dengan baju yang dijahitnya.
.alfatihah.
semoga rohnya dicucuri RAHMAT-MU ya Allah

.RINDU:(.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...